Tiga bulan lebih cuti, okaylah tu. Sepanjang tiga bulan ni, not bad. Macam-macam dapat buat, macam-macam yang berlaku dan dapat.
Februari
Dapat menyertai seminar hartanah kelolaan Abang Ensem. Dalam seminar ni dia ajar semua perkara basic tentang pembelian hartanah dan sedikit tentang pelaburan hartanah. Bagus untuk first timers dan bakal pembeli rumah.
Mac
Ariff Shah Dot Com didaftarkan sebagai sebuah perniagaan. Serius sikit. Dengan ini, bila cukup setahun nanti kenalah buka fail di LHDN. hmm…
17 Mac saya menerima anugerah Upcoming Blogger of the Year. Alhamdulillah ada yang sudi mengundi saya untuk tersenarai sebagai finalis.
Di samping kesibukan main superbike sampai jatuh, saya turut mengikuti AE ke utara untuk sesi seminar khasnya di Penang. Dapatlah free trip ke Pulau Pinang dan Kuala Kangsar di samping free makan dan minum :P Makan free beb. Siapa tak suka?
Bulan Mac juga memberikan harapan kepada saya untuk menanggalkan cermin mata ini untuk selama-lamanya tetapi harapan tersebut punah sebab mata saya tak compatible untuk rawatan lasik. Rugi. Tajaan bernilai kira-kira RM7,000 itu tak dapat digunakan. Dah takde rezeki, nak buat macam mana?
April
Ikut boss-boss besar Al-Ansar Properties dan Denaihati Network bersama beberapa rakan lain ke Kemboja. Great trip! and most important, makan memang best kat Kemboja. Cuma saya je belum berkesempatan untuk upload gambar makanan kat sana.
Dalam pada itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Denaihati atas segala tajaan yang berterusan dan macam-macam lagi. Juga tawaran bekerja yang saya tak dapat terima buat masa ini. Insya Allah mungkin di masa hadapan.
Mei
Disebabkan kecewa tak dapat lasik hari tu, saya beli cermin mata baru untuk menggantikan cermin mata Harry Potter yang saya pakai sejak tahun 2003 lagi. New look. I like!
Dapat bertemu dengan penulis buku WTF? 23 Properties by 30 yang kini merupakan Best Seller di seluruh negara. Saya juga memulakan segmen buku tersebut di blog ini di mana setiap minggu saya akan kongsikan sedikit snippet olahan semula buku tersebut dalam Bahasa Malaysia. Pembacaan buku ini juga membuatkan saya semakin teruja untuk memiliki hartanah sendiri.
Bulan Mei, rumah saya dapat Fiber internet daripada P1. Setakat ini, masih lagi memuaskan. Dengan kelajuan 5mbps, bolehlah nak lakukan kerja download, streaming Youtube dan webcam serentak tanpa sebarang masalah. Sangat membantu untuk buat kerja di samping melupakan terus TV di ruang tamu.
Di samping itu, buat pertama kali saya mengikuti seminar analisis teknikal pasaran saham. Walaupun seminar ni berbayar, tapi dari segi modul yang disediakan dan support yang diberikan selepas seminar, saya yakin wang yang dilaburkan tadi berbaloi. Sedang berkira-kira untuk memasuki pasaran saham Hong Kong yang lebih besar dan mempunyai peluang yang lebih besar untuk buat duit.
Akhir sekali, saya menerima review unit Samsung Galaxy S3 daripada Samsung Malaysia. Berkemungkinan besar kena pulangkan semula phone ini tapi kalau dapat simpan terus memang best.
*****
Jumaat ni akan melaporkan diri di tempat kerja. Mula menjadi 9-6 worker buat pertama kalinya. Tak dapat dah join event kecuali kalau dilakukan di hujung minggu atau selepas waktu bekerja. Apa-apa pun, harap semuanya berjalan lancar.

Comments
36 responses to “Minggu Terakhir Bercuti”
all the best berkerja tu. rasa cam masa ni cepat betul berlalu kan? betul tak bro ariff?
tiga bulan memang rasa sekejap je.
Mulakan dengan langkah bismillah…semoga rezeki bertambah berkat amin – first gaji boleh belanja he3..
First Time Gaji Bagi Pada Ibu, Bapa, Ibu-Ibu Saudara Sebelah Ibu/Bapa dan Bapa-Bapa Saudara Sebelah Ibu/Bapa one off tapi pada Ibu dan Bapa kena bagi berterusan.
welcome to the kerja 9-6 world. :D baguslah ada target nak keluar dari rat race cepat. tak best pun kerja 9-6 ni. huhu
semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi ya!
selamat berkerja…moga terus maju jaya…
Congratulation ariff dan selamat menempuh alam pekerjaan.. =)
Good luck! Selamat menempuh alam pekerjaan… :)
kalau rs pekerjaan nnt tu xkena dgn jiwa bro, kembalilah berblogging fulltime. potensi sgt besar utk pergi jauh sbg fulltime blogger. hehe
pergh!! banyak gila aktiviti..hehehe
selamat bekerja…kerja elok – elok
ariff ..selamat masuk ke alam pekerjaan sebenar.. you can do it bro..
selamat maju jaya bro.
suasana baru jadual un baru juga..semoga dunia blogging tak terkacau..hehe
Tiga bulan lebih cuti, okaylah tu.
Aku dulu tiga tahun cuti ; atau istilah yg lagi tepat tanam anggur tapi yg sadisnya ada worang cakap … worang la cakap …. peram telur.
Semoga saudara dapat semangat dan keyakinan baru setekag tiga bulan lebih cuti.
selamat datang ke alam pekerjaan. hoho..
Menarik la cerita ariff ni..teruja membacanya..hehe
cuti yang dimanfaatkan sepenuhnya! ape pun selamat berkerja!! moga sukses :)
da lama bcuti..yok bkeje la bro..hehehe pape pun…all da best!
Selamat bro.. Kerja rajin-rajin, kumpul duit beli rumah byk-byk.
Sangat aktif tapi sangat teratur. Nice one bro!
selamat bertugas bro…
welcome to the rat race world!
selamat memulakan penghidupan baru sebagai org yg berkerjaya..all the best to u bro
selamat bekerja ariff..!! koje kat mana yea bro?
Kat Kota Damansara
wah,semuanya nampak teratur sekali… good luck time kerja ya
Lama bro bercuti sejak tamat belajar. (ayat sopan). :-)
Takdelah cuti sangat pun. Banyak kerja lain yang dibuat
selamat memulakan kehidupan bekerja bro.. koje rajin2 ye.. ;-).. maka tamatlah alam cuti.. hehehe
great 3 months holiday..good luck kerja nanti..
Beb, selamat bergelar pekerja ‘makan gaji’. Ingat.. kita bekerja sebenarnya kerana Allah dan gaji yang bakal lu terima nanti adalah untuk pengumpulan modal (duit) yang kemudiannya akan mula bekerja keras untuk lu keluar dari ‘rat race’ di kemudian hari.
Thanks atas nasihat. Memang planning nak keluar cepat daripada rat race ni. Harap semuanya berjalan lancar nanti
good luck bro….lebih byk pencapaian positif in future….
wah, kerja mana pulak? all the best. :)
Some aviation company. Thanks!