Retirement planning adalah salah satu elemen yang saya pelajari dalam Modul CFP (Certified Financial Planner).
Case study di sini sebagai rujukan pembelajaran saya sahaja. Semoga perkongsian boleh memberi manfaat kepada pembaca.
Kes:
- Pasangan umur 35, nak retire umur 55. Ada 20 tahun lagi nak kerja
- Gaji RM7,500 setiap seorang. RM15,000 household income sebulan. Kira T20 Tier 1 berdasarkan pengelasan 2022
- KWSP, SOCSO & EIS seperti biasa yang dipotong dan caruman majikan
- Anak 1, tapi kita abaikan education anak dulu
- Life expectancy sehingga 80, jadi 25 tahun nak hidup selepas bersara.
- Baki dalam KWSP pada umur 35 adalah RM180,000 setiap seorang, jumlah RM360,000
Buat kiraan mudah, bersara umur 55 dan gunakan duit KWSP sepenuhnya semasa persaraan sehingga umur 80.
Assumption yang digunakan:
- Kenaikan gaji sehingga bersara 6% setahun
- Kadar inflasi 3.5%
- Dividen KWSP 5.5% setahun
- Pasangan ini akan gunakan 50% daripada jumlah gaji akhir setiap tahun untuk kelangsungan hidup sehingga umur 80.