Pengalaman Jatuh Superbike

Reading Time: 2 minutes

hahahaahha… padan muka.

Pagi tadi pergilah ke pusat belajar memandu untuk amali 8 jam. Ini adalah jam pertama saya. Mula-mula try motor Honda Shadow. Dah pusing 3 round dengan Honda tu, try Kawasaki pulak.

Kawasaki ni lagi ringan daripada Honda Shadow. Ringan di sini bermaksud handle dia ringan. Motor tu masih lagi berat, berkali-kali ganda lagi berat daripada saya. Jadi sepatutnya nak kawal motor Kawasaki ni lagi senanglah, memang senang pun.

Gambar hiasan

Tapi entah macam mana masa tempat ujian brek kecemasan tu boleh jatuh. hahaha.. Ada hantu tolak kot..

Bila motor dah jatuh, nak angkat balik tak larat. Kelakar betul. Terpaksa tunggu instructor datang tolong angkatkan. Rupa-rupanya angkat motor tu dari bahagian seat belakang lagi senang daripada angkat di bahagian handle motor. Hilang macho sekejap.. Takpe.. ni jam pertama..

Lagipun lagi elok jatuh motor sekarang daripada dah ada superbike sendiri beli mahal-mahal nanti jatuh pulak tengah jalan. Lagi malu beb. At least sekarang dah ada pengalaman jatuh superbike sampai calar.

Gambar tak hensem.. ala.. nak tunjuk kat abang polis/jpj je. Lain la kalau ada awek yang jadi polis

Apa-apa pun, kalau jatuh, matikan enjin dulu, angkat, free gear then baru start balik ye. Jangan tak free gear tu.


Posted

in

by

Comments

33 responses to “Pengalaman Jatuh Superbike”

  1. razila Avatar

    Kalau saya kene angkat motor tu…sure sampai ke sudah xterangkat punya. Xper nnt dah dapat lesen B full boleh banga sebab bukan semua orang boleh dapat B full =P

  2. Ekspresi Ruang Avatar

    nak angkut superbike ke lps ni?
    Z1000 ok gk.
    teringin nk ada lesen motor. mcm best je bwk motor besau2 ni.

  3. noorsyamsul Avatar

    Camne boleh jatuh bro. teringat kat awek ke masa tu? Lepas dapat lesen bolehlah bawa awek ronda2…

  4. wazy Avatar

    Ni mesti menjadi kenangan yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila,apa yang penting bro selamat dan kena berhati-hati di lain hari

  5. JAI Avatar

    Fuhh..Superbike tuhh..kesian, kalau gua ado compom gua gelak guling-guling..wakakakaka

  6. Eswahyudi Kurniawan Avatar

    Dari pengalamanlah kita belajar bro…

  7. Naziman Avatar

    Setakat ni saya tak pernah lagi jatuh motor. Tapi memang lawak la. konfom hilang macho angkat motor dari handle. hehe

  8. KiD Avatar

    waaaahhh… minat superbike yea..? hati2 bro.. dah terror nanti, sure gembak dengan superbike sendiri.. :)

  9. Anarm Avatar

    baru jatuh sikit tuu.. aku ni dah 7 kali ke 8 kali ntah jatuh motor siap berjahit kat dagu.. rilek je bawak motor lg sampai sekarang.. terbang landing atas kereta orang pon penah.. hahaha..

    ni nak kena belajar tips cover malu ni bila jatuh motor.. macam kes ko ni, patutnya time motor tu ko dah angkat, ko hempas motor tu lagi sekali.. konon2 nak testing kuat ke tak kuat body motor tu.. kah kah kah..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hahah.. kena lepak ngan ko macam ni. banyak benda pasal motor yang aku boleh blaja

    2. Megat Avatar
      Megat

      samalah aku pun, dah pernah terbang atas bumbung kereta orang tapi kesiannya tak landing atas kereta tapi jatuh atas jalan seberang belah sana. huhuhu.

      rupanya kisah nilah yang dok kecoh tu eh? kahkahkah

  10. LynnAiza Avatar
    LynnAiza

    errrkkk.kasut pon tanggal ke?hahaha.
    goodluck next trial.

  11. fiq09 Avatar

    Gua pernah test drive EVO 7.. Tapi rasa macam biasa je. Turbo je lebih angin. Kereta malaysia persona Eligence gua punye enjin campro 1.6 pun apa kurangnya. Belilah barangan buatan malaysia.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kereta2 ni tak reti lagi. poket pun tak mampu nak tanggung

  12. Rizal Avatar

    2 tahun pegang lesen L B full ni… last2 dapat lesen D , terus tak ambik dah lesen B..hohoho

  13. iz izara Avatar

    hati-hati next time.. :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      will do. hehe =)

  14. abangensem Avatar

    Nasib baik gua tak pandai bawak motor, at least ada la alasan kalau gua nak bonceng motor awek macam masa kat ITM dulu. Best siot dapat peluk pinggang awek.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ada ke bonceng awek.. hahah

      1. Zarul Umbrella Avatar

        hahaha..Arif, org2 hensem je boleh buat mcm tu..org2 macho mcm kita tak buat mcm tu hehehehe

  15. beliamuda Avatar

    Pergh, calar tu beb. Inilah dilema orang bertubuh kecil kalau naik superbike. Apabila jadi benda macam ni la yang jadi payah.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kalau tengah jalan jatuh confirm kena minta tolong orang

  16. titan Avatar

    biasalah tu. sapelah yang naik motor tak pernah jatuh. mat rempit pun siap terbang-terbang lagi. ok aje sampai sekarang. hehe..

  17. Lisa Hz Avatar

    nt post la lagi interesting stuff dlm proses nk amik lesen superbike ni eh. my husband da bnyk kali ckp nk naik motor pg ofis sbb hari2 msk ofis lambat kalo naik kete. huhu

  18. akubiomed Avatar

    Saya mempunya pengalaman mengunakan ZZR250 dahulu memang pegang bawah seat untuk double stand. Malu kalau jatuh bersama motor besar. :-)

  19. lAl Avatar

    Kalau xjatuh mana nak taw jaga diri…ahahahhaha…. at least skali jatuh ckup dah… nk kasi insaf.. :P

  20. akid Avatar

    hahah.. dh merasa mcm mane jatuh moto baru la layak dipanggil penunggan motor =P lg 1, seb baik ko jatuh masa latihan amali. bukan masa test jpj. Kalu masa test jpj jatuh, serius malu siut…

  21. KNizam Avatar

    x free gear kalu, lompat galah la! hehehehe :)

  22. Queen Teratai Avatar

    dari pengalaman lah kita dpt belaja kan… errrrr muda lg rupanya… :)

  23. namee roslan Avatar

    superbike calar ke orangnya yang calar ? hehe. good luck. :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      orang tak calar. dont worry. sempat dah lompat ke tepi sebab tau bukan superbike sendiri. haha

  24. chii Avatar

    wahh..amik lesen B full ya…chii pun dlm planning nak amik lesen yg sama

  25. Hasni Avatar

    Nampak moto bike tu mcam serius ,sampai seat belakang mcam tercabut jer,tapi alhamdullilah bro ariff terselamat .