Masih lagi kecewa dengan keputusan pemeriksaan mata untuk Lasik tempoh hari, tapi apakan daya, itu sesuatu yang tak dapat diubah. Takpelah. Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk memanjakan diri saya dengan sepasang cermin mata baru. Okaylah kan, ada alasan nak shopping XD
Cermin mata yang saya pakai setiap hari sekarang ni telah dipakai sejak 2002 (zaman sekolah menengah dulu). Dah beratus kali jatuh, pernah bengkok sampai hilang bentuknya dan macam-macam lagi kisah dengannya.
Tak dilupakan dipakai ketika bersama bekas-bekas kekasih (dan skandal) yang dulu, dipakai ketika menduduki SPM, dipakai ketika pergi ke peringkat kebangsaan pertandingan bola keranjang dan macam-macam lagi event yang bermakna dalam hidup saya. Banyak betul kenangan.
Sedar atau tidak, dah 10 tahun saya pakai cermin mata yang sama. Walaupun ada sepasang yang lain dibuat sebelum terbang ke Moscow dulu, namun yang baru tu tak tahan lama menyebabkan saya kekal bersama cermin mata ini.

Jadi tadi pergilah shopping dan jumpa bingkai ni. Dah lama sebenarnya nak pakai cermin mata full frame macam ni, saje nak ubah penampilan. Terima kasih kepada teman yang membuat pilihan tersebut untuk saya. Memang pilihan yang tepat =)
Sebenarnya belum siap lagi yang baru ni. Tadi tak buat terus lens baru sebab bingkai tu beli kat tempat mahal, confirm kos untuk lens pun mahal. Jadi esoklah saya cari mana yang sesuai dan murah sedikit untuk siapkan cermin mata tu. Apa-apa pun, tak salah untuk bergaya dengan cermin mata baru tu dulu kan?


Comments
46 responses to “Cermin Mata Baru”
wah, hensem owner blog ni.
pehh dah pakai full frame.. nampak macam geek.. heheh
nice!
nmpk lebih matured design full framed ni.
dulu teringin nk pakai spek, konon nk nampak educated.
last2 dpt pening kepala je. huhu
aku pon baru wat spek baru smlm. tapi rekod 10 tahun ko xleh aku kalahkan.haha! aku punya spek skrg since 2008, baru 4 tahun. tp sbb aku selalu pening n power dh naik, tpaksa wat yg baru..
Saya salut dengan Ariff Shah, kacamata-nya masih tetap awet dipakai walau dah 10 tahun beda dengan saya belum genap 1 tahun pasti beli lagi karena rusak. Sata kurang pandai merawat barang jadinya mudah rusak..
Nice share Ariff Shah dan sukses selalu buat anda
Sya sebelum ni pakai half frame, pastu rasa nak ubah imej, pakai full frame lbh kurang spek ariff ni lah, tapi warna merah. Tapi tak pernah pula Sya pakai spek sampai 10 tahun. Paling lama pun 7 tahun. paling sekejap 1 minggu je, sebab spek kana curi. hampeh tul. Spek pun nak curi.
Kesian, spek pun kene curi, saya pun paling sekejap seminggu tapi salah sendiri. tdo tak bukak spek, tau-tau spek bengkok kene tindih. haru betul
saya memang kena pakai full frame memanjang… sebab kalau pakai yg half atau xde frame langsung, alamatnye… sumbing la lens saya hehe nak spek baru jugak! tapi… nati2lah :(
wahhh~ dah boleh jadi barang antik cermin mata tu .
saya pun masih simpan cermin mata pertama dulu .
elok je lagi :)
tapi simpan jelah kan? tak pakai lagi.
Mmmm…cermin mata. Once, again dah jadi Clark Kent. Ok lah bila ubah citarasa. Ada jenis orang yang pakai apa sahaja, masuk dan kena. Untuk saya sekarang selain bingkai, lensa lebih utama sebab dah kena buat 3 in 1. Rabuh jauh, dekat(tahap awal) dan pertengahan(komputer). Selain ‘transition mode’. Bertukar!(Bila panas terus jadi gelap, untuk tak silau dan pedih)
Memang kos tinggi untuk cermin mata macam tu
Yup nampak muda, padanlah masih muda kan ;)
Nampak smart ;)
Perghh…. budak kaca mata memang hensem sokmo….
mmg nampak muda gitu he3..
pakai spek 10 tahun? tak pening pulak kepala kalau power naik?
pergh..nampak segak bro :)
kat KL aku tau satu tempat murah.. kalo mai sini.. PM aku. photogrey leh dpt rm90 je.
Whoa… 10 tahun… Lamanya pakai spek yang sama…. Sy paling2 pun 5tahun tukar spek lain… Anyway, kini mata kmu dah boleh melihat dalam HD.
fuyyooo…ni berapa lama pulak nak pakai yg ni bro hehehe
gila lamaaa betul speck yang lama tu. 10 tahunnn. lasak speck tu. haha.
neway,new speck. new look. plus,tambah muda. hahaha
nampak geek si ex-mozac sorang ni.
Wah nampak matang.. hehehehe
lama gilaaaa pakai spek mata tuu. setia betul. hehe
org smart, pakai apa pun smart..
lasik byk pulak kompilasi kalau x kena gaya
Ok tarik balik apa yang dikatakan hari tuhh (tak ensem, kalah abangensem..hehe) Ok Approved dan endorsed Ngam Hoooooo..haha..kena dgn muka..
memang respek la 10 tahun boleh pakai benda yang sama tanpa jemu,,,
cayalah..10 tahun pakai spek sama..
Wah, makin ensem!
Kalah AE…
makin macho bro….
gambar tahun 2004 tu skema habes…ehehe..macam lucu pulak tengok..
tapi gmbar skang mmg terserlah awet muda nya tu..;p
muka dalam gambar MRSM macam ketua pengawas jerk… hehe..
Serious nampak lebih muda dan comel.
:)
Haaa… beza gambar masa sekolah dan sekarang…
Masa kini tampak lebih muda!!!
:) hihii sungguh kacak itu bingkai cermin mata..
pilihan design yang simple mengikut mata :P
Fuhh.. Pakai spec or not, bro masih mampu mencairkan emak-emak anak dara untuk berebut menjadi mertua.. Hahaha.. Gurau je bro.. kan kak siti?
Emm cantik. Bergaya dan menarik..Hehehe..Tapi muka tak banyak berubah..pakai tips apa???hehe
Cermin mata jenis bingkai penuh ini tidak makan dek zaman walaupun agak retro. Saya sebenar lemas mengunakan cermin mata kerana rasa diri terkongkong disebalik cermin mata.
suri rasa bgtu tahun ni baru pakai secara serius tu pun rasa terpaksa pakai..klu tak kabur semuanya…
peh. 10 tahun pakai spek yg sama je? aku time skolah dulu setahun sampai buat spek 3 kali setahun. hilang la, patah toksah cakap.
hakikatnya,
orang yang dah hensem..
pakai apa pun akan nampak hensem..
orang yang dah hensem..
pakai apa pun akan nampak hensem..
Ariffshah Lelaki kacak bergaya!!
walau apa pun.. bro tetap kelihatan muda dan kacak.. (dari AE)
gambar 2004 ada kumis….heee
hahaha.. itulah. tengok balik rasa kelakar
ok tu tukar baru after 10 years…yg ni betul2 nampak 18 tahun…so layanzzzz