Review P1 Fiber

Reading Time: 2 minutes

P1 Fiber. Same equipment as Unifi

Amat bertuah kerana diberi peluang untuk mencuba sendiri P1 Fiber melalui pakej OnePlan 169. Untuk pengetahuan semua, dari segi infrastruktur, P1 menggunakan rangkaian fiber daripada TM. Dalam erti kata lain, kualiti P1 Fiber ni sama sahaja dengan Unifi. Kalau Unifi down, maka downlah jugak P1.

Dari segi peralatan, rasanya semuanya sama dengan pelanggan Unifi. Dapat Dect phone, Broadband Termination Unit dan Premise Gateway untuk wifi. Cuma dengan P1, dapat peralatan tambahan iaitu modem Super Wiggy. Modem ini boleh digunakan untuk capaian internet ketika anda di luar dan berada dalam lingkungan rangkaian 4G P1. Kuota yang diberikan untuk on-the-go broadband ialah 3GB dengan kelajuan 1Mbps. Rasanya kuota tersebut memadai untuk kegunaan sebulan ketika anda berada di luar.

Kelajuan pun standard Unifi lah kan. Tak percaya tengok sendiri speed test untuk pakej OnePlan 169 5Mbps. So far, takde masalah langsung dari segi connection. Sangat berpuas hati.

Fiber by P1 speed test

Pakej ini untuk siapa? Macam yang saya cakap dulu, memang sesuai untuk blogger dan sesiapa sahaja yang menggunakan laptop di luar untuk bekerja. Anda boleh menjimatkan kos mobile broadband anda sebab pakej ini dah didatangkan sekali dengan modem 4G P1 percuma.

Untitled

Lagi satu, kalau kat rumah dah ada perkhidmatan kabel tv seperti Astro, rasanya takde orang yang menonton siaran tv yang diberikan sekali melalui pakej Unifi. Betul tak? Jadi daripada kita dapat apa yang tak mungkin kita gunakan, eloklah ambil pakej dengan modem 4G tadi, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berada di Lembah Klang. Nak kasi orang lain guna modem 4G tadi pun boleh, tapi jangan jual pulak ye. Modem tu dipinjamkan oleh pihak P1 kepada anda.

Saya tak gunakan modem 4G ni, jadi mungkin akan diberikan kepada adik saya (itupun kalau tempatnya ada coverage P1). Dengan itu, bolehlah terminate plan broadbandnya yang memakan kos sehingga RM50 sebulan. Tak ke jimat tu?


Posted

in

,

by

Comments

25 responses to “Review P1 Fiber”

  1. Ekspresi Ruang Avatar

    malangnya kawasan aku ni blom ada lg fiber. kawasan2 yg dkt ngan area UniMAP mmg untung sbb rsnya laluan kabel fiber ditanam dulu kt kawasan tu. pakai yg 50 sebulan pon jd la. nk berblog je pon. huhu

  2. Wan Gerrard Avatar

    nak upgrade ke fiber la lepas ni..menarik2

  3. Mus Avatar

    lambat lagi rasanya teknologi ni nak sampai sabah..

  4. semudah itu Avatar

    naak cbe jugakla p1 ni

  5. semudah itu Avatar

    ermmkalo cam tempat aq ni x kabel telefon pakai bb jer heheh tpi nak gune p1 boleh ke tu??

  6. Juan Avatar

    saya skrg pakai streamyx 4Mb, rasanya ok ker x kalau bertukar kepada apa yg ariff pakai

  7. halif Avatar

    Saya sedang gunakan perkhidmatan ini tapi macam biasa la, jika hujan lebat mcm isyarat terganggu la. tak pasti kenapa. Cam kecewa pun ada jugak.

  8. hackerkini Avatar

    Tmpt saya belum ada coverage P1 nie…tapi memang best kalau ada nie…untunglah org yang ada coverage tu :P

  9. hatiputera Avatar

    teringin jugak nak pakai P1 fiber nie,,,sekarang nie pakai broadband prepaid jer monthly lebih kurang rm100,,,kalau pakai P1 fiber lagi jimat tak,,,ariff

  10. ProfHariz Avatar

    Kawasan rumah aku p1 tak de lagi bro

  11. boni Avatar

    alahai…menariknya……..tapi kat bukit beruntung da ada ke coverage dia ye??

  12. MK Kimi Avatar

    akhirnya dpt dah P1 fiber yg dinanti2 kan? peluang besarlah nak menang kete glof gti tu yek..hehe

    anyway, ko sign up pelan P1 aku baru je terminate pelan P1 semalam. Selamat mencuba bro

  13. KiD Avatar

    saya pakai staff package aje lah.. ini yang mampu.. =)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      untunglah dapat staff package

    2. wanabe Avatar

      staff package dpt bape kid??nk tya jek..sya staff gak kt cyberjaya tue..hehhehe..

  14. mrazydy Avatar

    kena angkat jugak ni…

  15. Hisyam Avatar

    Tersangatlah cun speed dia bro. Tapi kat tempat saya kat Kelantan ni, area bandar KB je ada P1. Tu pun kawasan bandar, kalau kat luar bandar sikit memang tak dapat la. Bila la diorang semua ni nak datang luaskan coverage. Promo bukan main banyak, dah beli coverage takde. Last2 simpan dalam almari.

  16. wanabe Avatar

    baru nk tukar ke unifi..da 3 tahun pki P1..rasanya unifi lg best kot..murah ckit berbanding P1 fiber..nak lak skg dorg ada buat promotion unlimited..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Lebih suka broadband on the go yang mereka berikan. Senang kalau nak digunakan ketika di luar.

      1. KiD Avatar

        P1 ada kelebihan on the go.. Unifi ada kelebihan bagi basic channel tv guna fiber cable. actually diorang ada macam MoU laaa lebih kurang.. hehehe.. kalau TM ada buat on the go.. hmmmm.. yang lain takde dahhh.. =)

  17. akubiomed Avatar

    Ketika pejabat saya memasang UniFi 2 tahun lepas kontraktor ada beritahu bahawa pembekal komunikasi lain akan mengunakan gentia fiber daripada TM dan pemasangan juga oleh kontraktor dari TM kerana mereka terlebih awal membuat pemasangan kepada pelanggan-pelanggan Unifi. Cuma perkakasan hardware daripada pembekal komunikasi.

  18. Razlan Avatar

    Fuhh! lebih 5mbps tu download rate,memang jeles aku yang pakai streamyx ne,apakan daya . kampung tak banyak option

  19. Izzuddin Fauzi Avatar

    Gila kentang lajunya… Anyway, seronok dapat mencuba kan ;D

  20. anastasyea Avatar

    Tu la .. teringin juga nak guna P1 Fiber ni. Dekat rumah dah ada P1 Wimax. Setakat nie memang OK cuma nak upgrade ke fiber pulak la. Laju sikit .. ^__^

  21. Anarm Avatar

    aku nak langgan P1 Fiber jugak la nanti..