Tips Merendahkan Bounce Rate

Sebelum ni kita dah bercerita tentang cara nak dapatkan trafik (online & offline [1][2] ), tips blogwalking, cara nak optimize blog untuk pengunjung kita dan macam-macam lagi tutorial. Sekarang nak cerita pasal bounce rate pulak. Kalau sesiapa yang biasa guna Google Analytics, mereka pasti tahu tentang term bounce rate ni. Tapi sejauh mana anda faham tentang bounce rate?

Bounce Rate

Baru pasang semalam. Harap maklum.

Nak faham simple je. Anggap blog/website adalah sebuah shopping mall. Entri/content dalam tu adalah kedai-kedai dalam shopping mall tu. Pengunjung blog adalah trafik yang masuk. Kalau orang datang, masuk shopping mall, tak beli apa-apa dan hanya window shopping, mall tersebut tak dapat untung. Samalah macam blog, kalau orang masuk, baca satu page, tak tinggalkan komen, tak buka page lain dan terus blah, maka itu akan menyumbang kepada bounce rate yang tinggi.

Aku kurang pasti formula yang Google Analytics gunakan dalam mengira bounce rate, tapi aku rasa formula tu lebih kurang macam ni. Kononnya kita share entri terbaru kat Facebook. 100 orang masuk ke entri tersebut melalui link tu. 50 orang keluar selepas baca entri tu tanpa membuka page lain atau meninggalkan komen manakala 50 orang lagi samada tinggalkan komen atau buka entri lain dalam blog tu. Maka bounce rate adalah 50%.

Bounce rate yang rendah adalah bukti bahawa website/blog kita berkualiti dan berguna kepada orang yang hadir di situ. Sebagai blogger atau web developer, merendahkan bounce rate adalah sesuatu yang mencabar dan mendapat bounce rate yang rendah adalah penanda aras bahawa website mereka berfungsi sepenuhnya dan berjaya.

Mengapa Bounce Rate Tinggi?

In most cases, bounce rate blog kita jadi tinggi sebab kita tamak. Contohnya entri Redtube Malaysia aku. Entri tu memang laku sebab keyword dia panas. Tapi bounce rate untuk page tersebut confirm tinggi sebab pengguna internet yang cari apa yang mereka mahu tak dapat apa yang mereka mahu. Masuk entri tu, tak jumpa apa-apa content yang berkaitan dengan Redtube, jadi dia tutup terus browser atau cari tempat lain.

Kenapa Perlu Bounce Rate Rendah?

Kualiti. Bila pembaca masuk dari Google Search dan pembaca tadi dapat dijadikan pembaca tetap dan mungkin fan untuk blog/website kita, dah dapat untung jangka panjang kat situ. Kalau orang masuk blog kita, tertipu dengan keyword yang entah apa-apa dan entri pun takde kaitan langsung, ingat orang tu nanti nak datang balik ke? Kita tak suka ditipu, tapi pada masa yang sama kita menipu orang.

Untuk bisnes atau blogshop, bounce rate yang rendah bermaksud trafik yang mereka dapat adalah optimized dan menepati sasaran mereka. Berkemungkinan besar, jualan mereka juga laris. Untuk laman web kebajikan, bounce rate yang rendah bermaksud kempen yang mereka jalankan samada untuk menyampaikan maklumat atau mengutip derma berjaya.

Bounce rate yang rendah boleh dijadikan testimoni untuk mencari sponsor dan pengiklan di laman web/blog kita kerana ia adalah bukti bahawa laman web/blog kita berfungsi pada kadar yang optimum.

Bagaimana Untuk Merendahkan Bounce Rate?


  • Pastikan kita optimize keyword yang releven dengan blog/entri kita. Pilih keyword yang betul untuk dapatkan trafik yang sesuai dengan blog/entri kita. Trafik yang tersesat masuk ni la yang meninggikan bounce rate kita. Jangan tipu orang, tak baik.
  • Content yang berkualiti. Apa-apa sahaja content yang memberi kesan kepada orang lain menjadi tarikan kepada mereka untuk menyelak page di blog kita dengan lebih kerap.
  • Layout yang menyakitkan mata pun boleh meninggikan bounce rate kita. Orang masuk, tengok, rasa menyampah/sakit mat dan mereka pergi. First impression matters.
  • Related entries di penghujung entri adalah cara yang paling berkesan untuk menurunkan bounce rate. LinkWithin juga boleh digunakan.
  • Kurangkan text, banyakkan gambar yang menarik dalam blog.
  • Pastikan blog anda tidak mempunyai masalah loading yang terlalu lama. Siapa sanggup tunggu page load lama-lama kan?
  • Layout yang interaktif dan menarik. Contoh site: css-tricks. Lalukan mouse pada navigation atas tu, atau sidebar, atau kotak-kotak pada footer tu. Ada hover effect yang cun habis. Benda-benda macam tu menggalakkan pengunjung untuk berinteraksi dengan keseluruhan elemen di sana.

***

Pengalaman adalah guru yang terbaik. Lakukan sesuatu dengan target untuk keuntungan jangka masa panjang. Dari situ strategi kita untuk memasarkan blog akan berubah. Content yang kita berikan dalam blog pun berubah.

+ Rakan saya di Denaihati.com pun sedang hangat memperkatakan tentang bounce rate, selaras dengan plan 100 hari bloggingnya. Ikuti apa yang mereka perbincangkan di sana dan apa pula plan 100 hari berblogging anda?

blog.ariff proudly sponsored by

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

63 Comments