ni aku nak kongsi sikit tips untuk menarik lebih ramai pengunjung supaya membaca penulisan kita. Ingat, buat blog ni bukan sebab nak kejar impression supaya dapat earning banyak. Sepatutnya, tujuan asal berblogging adalah menulis dan berkongsi apa yang terpendam dalam kepala hotak ni. Kalau tulis blog setakat nak buat duit, susah blog nak maju. Percayalah.
Tajuk Entri yang Best
Tajuk mesti bagus dan menarik perhatian orang. Kebiasaan yang aku nampak kat GengBlogger, asalkan ada tajuk pasal duit nuffnang, tingkatkan trafik atau tajuk-tajuk yang berunsurkan lucah sikit je boleh kata entri itu dijamin jadi popular. Jadi kat sini kita tahu apa kehendak orang, semua nak duit dan kebanyakan blogger nakal-nakal belaka. Haha.. aku mengaku aku pun nakal kadang-kadang. Bukan nak cakap aku ni sempurna daripada segala dosa-dosa macam ni.
Akhir zaman punya berblogging (awal zaman dulu mana ada orang blogging da..) macam nilah.
Cerita pasal seks, duit dan harta menjadi kegemaran semua ish.. ish.. ish..
Point kat sini, kita kena faham apa yang orang suka baca. Bergantung kepada target pembaca, tajuk yang serius mungkin tidak akan dipandang oleh golongan muda. Samalah juga tajuk-tajuk yang berkaitan dengan wordpress tidak akan diambil endah oleh golongan bloggger di Blogspot (majoriti blogger Malaysia menggunakan Blogspot)
Gambar
Letak gambar pada tempat yang sesuai. Kalau entri panjang berjela-jela, eloklah sangat letak gambar supaya orang boleh amik timeout sekejap semasa membaca. Cuba jadi kreatif, letak gambar dan kaitkan dengan apa yang kita tulis. Nak buat lawak pun boleh. Dengan itu orang tak bosan baca pos panjang-panjang.
Senyuman itu sedekah..
Soundtrack
Soundtrack ni aku tengok Zack Zukhairi selalu guna. Rasanya ramai yang dah kenal Zack. Dia memang kreatif dan sentiasa ada idea untuk menulis. Bakat semula jadi tu, tak ramai yang boleh jadi kreatif macam tu.
Soundtrack ni boleh menghidupkan mood dan suasana ketika membaca.
Kesimpulan dan Pengajaran
Apa yang penting dalam sesuatu penulisan adalah pengajaran dan mesej yang hendak disampaikan. Kalau mesej tak jelas dan pembaca tak faham dengan apa yang kita cuba sampaikan, memang diorang akan terasa hampeh, seolah-olah masa mereka telah dibazirkan begitu sahaja.
Cuba biasakan diri untuk menceritakan sesuatu point by point. Kalau ko nak cerita semua benda dalam satu perenggan memang bercelaru la otak. Betul? Ni semua basic dalam penulisan karangan semasa SPM dan PMR. Rasanya semua dah tau.
Tulis biar simple dan bersahaja
Ok yang ni susah sikit aku nak ikut. Aku sendiri kadang-kadang terserius semasa menulis, mungkin sebab aku ni memang orang yang serius.
Dunia berblogging ni, sekurang-kurangnya dunia blogging yang aku dan kau berada sekarang ni memang demand benda yang simple je. Orang tak baca benda serius-serius. Itu sebab blog Zack Zukhairi yang tak serius tu ramai orang suka. Baca blog dia dan belajar. Lagi satu boleh tengok blog brader Melz gak. Ni pun sempoi je. Masa awal-awal start dulu aku banyak cedok ilmu daripada blog dia. Thanks bro!
Jadi itu je setakat ni. Yang penting korang enjoy berblogging dan jangan cilok orang lain punya entri sudah.
Ariff Shah: Part 2 jalan-jalan Beijing akan menyusul. Sabar.. Boleh baca Jalan Jalan Beijing (Part 1) kepada yang belum baca lagi.

Comments
28 responses to “Dapatkan Lebih Banyak Trafik Dengan Penulisan yang Menarik!”
penulisan pon dah takde law dah sekarang nie…
[…] ni kita dah bercerita tentang cara nak dapatkan trafik (online & offline [1][2] ), tips blogwalking, cara nak optimize blog untuk pengunjung kita dan […]
Salam perkenalan. Jalan-jalan, terjumpa pulak. Anyway, nice info.
salam singgah. terima kasih kerana sudi berkonsi tips. MO orang baru dalam penulisan blog ni even dah mula buat blog since 2009 tapi baru dalam tempoh sebulan ni explore dunia blog yang sebenar and ramai blogger rupanya di dunia ni.. heheh… tahniah atas perkongsian dan penulisan bermanfaat anda..
Teknik yang aku perasan dalam blog.ariff ni utk menarik perhatian aku ada jumlah tips/ jumlah bilangan sesuatu tentang entri tu.
10 Blog Menarik, 4 Tips Blog, Tips Dapatkan….
p/s: kena banyak baca blog copyblogger.com utk hasilkan penulisan yang menarik.. hehe..
huhu..saya tak pandai buat tajuk entri yang menarik..
Thanks bro..mmg cukup membantu
Salam. Tips yang menarik bro. Tapi tu la. Tajuk entri tu sangat2 membantu kan? Tapi aku ni kadang-kadang pakai main letak je. Huhu ~
Kadang-kadang nak la jugak tulis ikut hati. Kalau asyik nak kejar keyword je, lama-lama diri sendiri pun rasa malas nak tulis.
aku pn bnyk cedok ilmu dr melz gak..heh
aku x sampai hati nak buat entry dgn tajuk yg lucah! sbb aku bawah umur!!
ekekekek.. gurau!
betul.. salah stau cara! aku setuju!
nanti aku buat.. lepas tu aku letak kredit bawah tu. ‘Belajar dari blog arif’. ekekeke
.-= Cerita terbaru tED|.. =-.
Haha. Boleh2. Takde masalah. Tajuk lucah takpe, jangan seluruh entri tu lucah sudah.
Hahaha~
Tedi, buat tajuk berbulu, gebu, tembam dan sebagainya cepat.
Nanti bila orang buka2, tengok kamu tengah tulis pasal Dak Utih~
Kih3~
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Tembam – Seluar Dalam – Merah Jambu – Pelukan Dan Ciuman Hangat – Basah Nikmat – Masa Untuk Tarian Tiang. Hebat Juga Cara Kamu! =-.
cam aku kenal jee beruk tuu
.-= Cerita terbaru BEN ASHAARI.. PELARI PECUT ! =-.
suke zack juga!!
hahaha. aku kidnap beruk ko kejap. Jangan mare..
kalau nak tajuk PANAS kena ikut style Harian Metro memang hari-hari guna tajuk PANAS!!!!!
.-= Cerita terbaru denaihati.. Cadangkan HADIAH untuk contest baru. =-.
HAahaha. Itu panas sangat sampai aku naik meluat baca. Aku bukak Harian Metro tu boleh kira berapa kali dalam setahun. Surat khabat buang masa betul!
wah,mantap tips yang diberikan ariff..namun,betul katamu itu…
P/s :Awas,anda sedang diperhatikan…Hik3…
.-= Cerita terbaru eyriqazz.. My ? Cheque From Nuffnang =-.
uh.. sape yang sedang usha aku ni?
Seram gak kadang-kadang nak menulis ni. Silap cakap boleh saman saman dah. Bukan kat jalan raya je kena saman, pasal blog pun dah boleh buat kes saman.
Aku tulis apa yang aku nak tulis..
Kadang2 main keyword gak tapi aku tak layan keyword lucah tu..
orang lain biorlah
Yang penting cara dia kena betullah. Kalau entri mengarut-ngarut lepas tu tajuk pun mengarut orang takkan minat gak
nice sharing… selain keyword lucah dan dunia hiburan, penulisan yang jujur mungkin akan mendapat perhatian.. :P
Wah otai kasi pandangan.
Betul2. Kalau entri ngan tajuk asyik tipu orang je, lama-lama orang fed up gak.
Hahaha~
Eh, napa entri aku tak naik time kamu print screen?
Ini tidak adil~
Hahaha~
Apa pun, aku setuju dengan ko~
Memang nak catch people attention guna tajuk.
Laju trafik aku dapat kalau tajuk aku membunuh orang~
Hahaha~
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Shafaza Zara Syed Dan S.F. Zahrah – Tipis Penghadang Dua Dunia. Layakkah Kamu Hukum Aku Dengan Mengatakan Aku Tidak Layak Menjadi Guru? =-.
Dapatkan Lebih Banyak Trafik Dengan Penulisan yang Menarik! | blog.ariff…
Kali ni aku nak kongsi sikit tips untuk menarik lebih ramai pengunjung supaya membaca penulisan kita. Ingat, buat blog ni bukan sebab nak kejar impression supaya dapat earning banyak. Sepatutnya, tujuan asal berblogging adalah menulis dan berkongsi apa…
tips yg bagus! hehe, tajuk entry paling membantu hit, tapi kalau asyik buat tajuk ‘panas’ saja hilanglah kesucian blogging..eh. suci ke. hakhak!
zack mmg suka wat sound. tu pasal aku suka blog die. melz mmg sempoi, la ni rajin wat videolog, lagi tambah2 sempoi, huhu, err..tapi blog ko pun aku suka gak, selalu ada entry buat org rasa ‘terkena’. haha!
.-= Cerita terbaru nursarah.. graffiti: bukan sekadar contengan. =-.
Orang rasa terkena?
Erk.. macam kadang-kadang tak sengaja pun ada. Ades~
Kena mintak maaf banyak2 kat orang macam nih.