Ini juga dipanggil promosi, tapi jangan sampai jadi begini
Selama ni kita dah biasa dengan cara mempromosikan blog secara online kan (SEO, ping blog, Facebook, Twitter, Innit Nuffnang), kali ni aku kasi beberapa tips untuk mempromosikan blog secara offline pulak.
- Hadiri blogger event macam gathering GengBlogger hari tu, berkenal-kenalan dengan blogger lain. Melalui gathering macam ni, semua orang akan tanya pasal blog masing-masing jadi macam tak pelik la untuk cerita pasal blog kita. Cuba kalau korang pergi gathering untuk bekas pelajar sekolah korang, ada ke kawan-kawan korang kisah korang ada blog ke tak?
- Tshirt/cenderamata. Kalau ada bajet lebih sikit, buat tshirt lawa-lawa then buatlah pertandingan kat blog. Kalau tshirt lawa, orang yang menang tu suka pakai jadi bila dia pergi mana-mana nampaklah alamat blog korang. Tshirt tu korang pakai sendiri pun boleh, no problem!
- Graffiti. haha.. Ni luar biasa sikit, tapi kalau korang reti buat graffiti, buatlah graffiti lawa2 kat mana-mana lepas tu tulis la alamat blog korang kan. Cuma janganlah desperate sangat sampai buat iklan kat dinding dalam tandas awam pulak kan. adeh.
- Ah Long style. Kalau tak silap aku, nak print kertas banyak-banyak (1000 ke atas) macam murah je sekarang ni. Jadi kalau ada bajet, korang print iklan blog korang, lepas tu tampal la kat mana-mana ada iklan Ah Long – Kami Mahu Tolong. ekeke.. Yang penting, alamat & nama blog mesti catchy la – benda yang orang senang ingat.
- Sticker kereta. Korang ada kereta sendiri? Print satu sticker yang lawa2, tampal kat belaka bumper kereta korang. Time traffic jam confirm orang belakang korang akan hafal alamat blog korang.
- Tangkap gambar dengan blogger popular. Contoh macam Irine Nadia, Aizul Marcello atau Hanis Zalikha ke, tangkap gambar ngan diorang kalau ada peluang berjumpa. Untung-untung diorang upload gambar tu kat blog diorang, meletup-letup jadinya nanti tau.
- Masuk surat khabar. Kalau korang dapat peluang wartawan mana-mana interview korang, pastikan korang bagitau diorang alamat blog sekali. Itu paling penting. Untung-untung dia publish sekali alamat blog korang, memang jadi glemer la kejap.
- Semasa mengisi borang. Kalau korang tengah isi borang untuk apa-apa sahaja, mengikut kesesuaian untuk apa borang tu diisi, korang tuliskan kat bahagian pekerjaan yang korang ni part time blogger gak (korang buat duit kan melalui blog) Contoh: Part time blogger at ariffshah.com. Kalau orang ternampak, confirm mereka akan tertarik nak buka blog korang.
- Last but not least, yang paling common ialah korang bercakap mengenai blog korang la. Kenal orang, borak-borak dan bagitau la korang ada blog sendiri.
Jadi itulah serba sedikit pasal promosi blog secara offline ni. Banyak lagi, ikut kreativiti masing-masing. Offline ni lagi senang sebenarnya, tak banyak teknikal pun.
Selamat berblogging =)
***
blog.ariff’s premium sponsor July 2010:

Comments
42 responses to “Tingkatkan Trafik – Promosikan Blog Secara Offline”
Tulis SMS berbentuk motivasi kemudian hantar ke list phone book. Jangan sampai SPAM sudah
Wahhh pemikiran yang terlalu kreatif
[…] ni kita dah bercerita tentang cara nak dapatkan trafik (online & offline [1][2] ), tips blogwalking, cara nak optimize blog untuk pengunjung kita dan macam-macam lagi […]
tips yang lawak giler..hihi..tp xpernah pulak promote blog offline..huhu
hahahaha.. lawak gila part jadi macam ah long tu.. ada ke orang buat macam tu… hahahah…
haha siol je.
tip yang tersangat le berguna. InsyaAllah nak try tip nie nanti.
yang part sticker tu pernah terfikir nak buat satu sticker dgn url blog dan tagline blog, pastu letak kat cermin belakang kereta :)
nak try juga mana2 yg boleh. t/kasih atas info..
mantap jgk tip ni..wooot3 o_O
Masuk surat kabar tu memang paling susah sbb ada ke wartawan nak saje2 je nak tanya ttg blog kita tu. Tapi ko memang bertuah sbb wartawan interview ko dan masuk dlm skabar kosmo ari ni.
Tau je ttg gathering geng blogger masuk kosmo, terus aku beli kosmo.
erk…nk mempaymes kn blog pown smpy cenggituh -.-”
my blog
latest entry :teka sex
masuk surat khabar tu mcm taw aje.. hehehehe… hebat2…
Tips yang menarik. Peraduan tu aku rasa akan lebih mendorong orang ramai. Yelah, siapa yang tak suka menang hadiah..hehe.
Impian satu hari nanti…
errk…PART TIME BLOGGER pun kerja yg boleh di masukkan yek?? huhuhu
wah..kalu gitu nanti nak isi borang sekolah anak, leh la letak itu sekali..hehehe
eh irine nadia dah jadi popular erkk? Hahaha, teringat kisah masa mule2 dia nk berblog….
huhuhu….
isi borang+++sticker…menarik…lalallala
wah Idea bernas ni bro, serius. Tapi nak kena tunggu blog aku ada entry2 menarik cam gini baru boleh nk promote smpai buat iklan macam along.baru berbaloi.hehe
btw, salam kenal, blogger baru start bulan ni bro. link exchange boleh? dh add link blog bro kat sana :)
Uihhhh…ni dah kira advanced dah nie…ahaks..ahaks..bro off topix..nak tanya ckit. Kalau Search kat engine yang mana lebih afdal (yang digalakkan) lagi banyak result atau kurang result . Tak fahamlah bab nie.. thanks kalau sudi menjawab..SHARING IS CARING..muahahahaha
waduh! kok kreatif sekali kayaknya mahu promosi blog. ngak terpikirin mahu buat gitu lor..hehe..berfikiran kreatif la, Ariff ni. =).
hahahaha masuk paper tu hang la kan?esok? haha
haha.. harap2 masuk :D
haha cepat2 bg borang kat ak..nk isi nie..nk design baju byk2 n jual kt pasar malam ngeh3
idea yang menarik. nak try la satu hari nanti.
erks.
lawak jugak idea ni..
HAHAHA.
macam desperate pn ada…
tapi ape2 pun nice!.
buatkan sy tersenyum.
d:
ENTRY BARU ; Teringin Bela Hamster Tapi….
hahaha.. ikut kreativiti masing2. Apa-apa pun boleh =)
memandangkan aku ada jual kaspersky kat blog… mmg terdetik gak nak menampal address blog kat papan2 kenyataan kawasan sekitar. insyaallah akan dilaksanakan.. tgk tarikan online dulu jap.
Hehehe.
Betul-betul.
Lepas pergi gathering masa di KL dulu dengan wartawan2 macam Mazidul Akmar Sidek, semakin ramai yang singgah blog aku.
Sebab Bro Mazidul letak link aku dalam blog dia. :)
Oh, ada lagi wartawan2 yang best macam Hazrey Bapak Gula-Gula, Sham Ondscene yang letak juga. Maka, orang yang singgah blog diorang, mungkin akan singgah blog aku juga.
serta kawan2 blogger yang lain~
^^
hehe point letak sticker dekat kereta tu dah buat dah =D and best bila orang datang blog, cari contact form dan bagitahu dia tahu my blog daripada kereta. kadang-kadang macam segan pun ada :P
masuk paper paling mantap..
Salam bertandang sini..
moga anda sihat dan ceria
hendaknya…petua yang
baik dan menarik..thanks
berkongsi di sini…
boleh tahan idea.like =]
buat sticker tu smart..kan best kalau ada rancangan tv yang buat rancangan khas utk blogger je..
Buat stiker la cun..
hahahha. yang tampal sticker tuh terbaik ok.
mencapub abessss :D
Kalau buat sticker tampal kat kereta menarik jugak,tu lagi cepat promosi berjalan,hehehe
tips menarik~! ;)
bab isi borang tu ariff, kak jie buat
kadang2 ade kedai /kompeni suruh kita isi borang kajiselidik produk dia org
kita tick2…. lepas tu bahagian last – cadangan
kak jie tulis – i will blog it out at kujie2.com
hahahaha….
itulah. memang best. Kurang-kurang takdelah berat hati nak isi borang survey2 ni..
Ah Long style?hik3…cun gaks tu….Rugi tak dpt pergi gathering aritu..ada family day..kalau tak boleh borak2 ngan Ariff Shah dan bertanya pendapat..teruja untuk bertukar domain dan hosting sendiri bila tgk blog ariff shah tapi ilmu belum cukup didada..any tutorial out there yang boleh saya pelajari?
bab tukar domain.. nanti I cuba buat tutorial cara proper untuk tukar domain ni
aku suka point bergambar dgn blogger terkenal, tuler pasal aku bergambar dgn kau…haha
semoga aura popular kau lekat skit kat aku ker…