Offline Advertising – 2 Lagi Idea Untuk Anda

Reading Time: 2 minutes

Kalau keluar pergi mana-mana, aku selalu mencari idea baru untuk mengiklankan blog.ariff ni. Walaupun kita boleh cakap content dan reputasi sesebuah blog itu sudah cukup untuk mendapatkan trafik yang banyak dan konsisten, pengiklanan dengan cara yang betul pada masa yang sama dapat mengembangkan lagi blog tersebut dengan lebih cepat. Jadi di sini aku nak kongsikan dengan korang 2 lagi cara yang aku baru sahaja discover untuk mengiklankan blog pada harga yang murah dan liputan yang luas.

  • Menderma kepada badan kebajikan

OK yang ni harap korang semua jangan salah faham. Badan kebajikan yang aku maksudkan ini adalah seperti World Wildlife Foundation (WWF) atau badan kebajikan lain yang membawa mesej kemasyarakatan (save our planet, save the tigers, recycle, etc.). Badan kebajikan macam ni memang pentingkan publisiti, maksudnya mereka tak kisah kalau korang nak menderma atas sebab populariti atau apa, asalkan mereka dapat derma dan dapat menyampaikan mesej mereka (cause).

Syarikat-syarikat besar kalau nak up sikit reputasi diorang, memang mereka akan derma RM10-20 ribu kat badan kebajikan macam ni setiap tahun. Reputasi naik, harga saham naik, business partners suka, customer suka dan macam-macam lagi benda positif yang berlaku kalau kita ada good reputation.

Macam mana? Kalau ada event besar-besar dan badan kebajikan ni ada mendirikan booth. Kat booth tu dia sediakan kotak derma dan message board untuk korang tulis mesej korang. Kat situ tulis la apa-apa yang mengatakan support korang terhadap badan kebajikan ni dan gunakan tuliskan URL blog korang kat situ. Orang lain yang datang dan terbaca mesej-mesej macam ni akan secara tak langsung terbaca sekali mesej korang dan nampak sekali URL blog korang.

Cuma satulah, kalau derma kebajikan kepada orang susah tak perlulah nak buat macam tu kan.. (tapi setiap tahun menjelang Ramadhan ada je orang politik derma puluh-puluh ribu untuk belanja anak yatim buka puasa dan masuk TV) Nampak sangat nak populariti. Kalau nak derma kat orang susah ni, eloklah kita gunakan konsep tangan kanan memberi, tangan kiri tak tau. Ada beza dia dari segi moraliti. Tapi kebanyakan orang politik dah hilang moraliti, mereka lebih suka populariti. Bulan Ramadhan ni kita tengok muka-muka menderma untuk pulisiti ni kat TV ye.

  • Public tweet di public event

Aku terbaca masa Youth ’10 hari tu, ada skrin besar yang memaparkan tweet sesiapa yang menggunakan #youth10. Kelmarin masa konsert MTV World Stage pun ada dua skrin besar kat Sunway tu dan tweet yang menggunakan hashtag #worldstagemy akan terpapar kat skrin tersebut sementara menunggu persembahan artis.

Selalunya time macam ni la boleh dapat liputan yang paling meluas. Hari tu tweet aku keluar kat skrin besar, puluhan ribu orang nampak tweet tu. Benda macam ni memanglah tak nampak efek dia pada jangka masa pendek, tapi usaha kecil-kecilan macam ni bila dah lama-lama nanti berbukit jugak trafik yang masuk.

Selamat mencuba =)


Posted

in

by

Comments

23 responses to “Offline Advertising – 2 Lagi Idea Untuk Anda”

  1. Ayie Avatar

    Twitter, facebook aku akui ia adalah platform untuk aku iklankan blog aku di sana.

    FB jrg on9 sbb sgt xbest. huhuhu

  2. hana Avatar
    hana

    salam,cmna ni nak letak widget 2.xfhm langsung….hana baru ja sign up kat mangga ni.
    nak minx tolong terangkan ckit

  3. Noridah Avatar

    kadang2 yang ucapan semasa perayaan yang selalu appear kat TV tu..boleh jugakan…tapi kecil la pulak tulisannya…kalau nak yang kat channel 15 astro tu…

  4. NoorAfzan Avatar

    err..memang fresh idea ni ariff.
    Rasa macam tak terfikirpun yang ini boleh sumbang trafik tapi bila ariff explain baru saya faham.
    hmm..nak cuba tapi tak tahu guane nak mula.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kena tunggu ada eent besar-besar, lepas tu dia ada skirn besar yang paparkan mesej orang lain. Gunakan yang tu sebaiknya

  5. idasm Avatar

    idea yg bernas dr ariff. bagus utk sesiapa yg nak mengfemeskan blog masing2. akak punya blog lebih kepada catatan harian peribadi, kisah sendiri aje. so rasanya tak perlu pengiklanan kot… hehe..

    thanks for the info.

  6. Anwar Osman Avatar
    Anwar Osman

    idea baik tapi aku x mampu laksana lagi. thanx neway

  7. kisahssensasi Avatar

    Hmmmm…. idea guna tweet tu macam besh jee… tapi kena involve event yang BESAR baru market lebih skit…. ;-p

  8. Shahrulsite Avatar
    Shahrulsite

    Tips yang berguna…

  9. Meow Avatar

    bagus idea mcm tu…hehe boleh dicuba nanti

  10. arrizz Avatar
    arrizz

    wah good idea bro..hebt2..pasni gerenti la trafik ko mcurah2 masuk kan..hehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      harapannya macam tu la..

  11. zihnun fatin Avatar
    zihnun fatin

    xphm la ariff tweet n youth10 tuuu…huhu

  12. afiq aiman Avatar

    nak derma jadah apa bila diri sendiri tgh kesempitan wang…ni nak korbankan duit elaun sikit demi kepentingan masa depan…doa2 kn aku yer

  13. mijie Avatar

    kedua2 idea tersebut sangat bernas, pasti lepas ni akan dicuba

  14. Lord Zara Avatar

    hahaha~

    aku dengan bangga menayang sijil aku (yang baru dapat dari ITYM) kat sekolah.
    Bukan pada bebudak, pada cikgu2 muda~
    kih3~

    sengaja kecoh2 sebab orang lain cerita pasal suami masing2~
    aku cerita pasal blogging (tak signifikan pun takpe, aku tak kisah)

    hahaha~

    dan aku menyampah tengok orang buat derma IKHLAS, tapi cek besar pintu~
    mak aii~
    *pitam*

    1. ariff Avatar
      ariff

      yea. derma kat anak yatim orang miskin panggil tv3 dan segala bagai media. memang bagus sangat diorang ni.

  15. serol Avatar

    first time tau diorg tayangkan tweet yg ada hashtag event..mnarik jugak klu mcm tu.. :D

    1. ariff Avatar
      ariff

      tengoklah skrin besar tu. diorang akan tulis camne nak hantar tweet masuk situ. kalau bayar pun 50sen je, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan exposure yang boleh kita dapat

  16. ArdiniHumaira Avatar

    ;) sapelah nak baca blog dni ni.. sobb sobbb ;p ayat syahdu hehehe

  17. syahirul Avatar

    gyahahhahaa… satu lagi cara adalah tulis kat dinding yang orang tulis arts tu.. macam kat gabai semalam kan ko ada cadangkan… gyahahha.. satgi jadi vandalism lak…

  18. joegrimjow Avatar

    jangan lupa becokkan mulut cakap, bacalah blog saya
    ekeke

    slalu ku buat
    =)

    1. fahmi ibrahim Avatar

      aku dah tiru joe….

      kau nak tips kurus masa WLC tu msuk blog aku.. haha