Tips Merendahkan Bounce Rate

Reading Time: 3 minutes

Sebelum ni kita dah bercerita tentang cara nak dapatkan trafik (online & offline [1][2] ), tips blogwalking, cara nak optimize blog untuk pengunjung kita dan macam-macam lagi tutorial. Sekarang nak cerita pasal bounce rate pulak. Kalau sesiapa yang biasa guna Google Analytics, mereka pasti tahu tentang term bounce rate ni. Tapi sejauh mana anda faham tentang bounce rate?

Bounce Rate

Baru pasang semalam. Harap maklum.

Nak faham simple je. Anggap blog/website adalah sebuah shopping mall. Entri/content dalam tu adalah kedai-kedai dalam shopping mall tu. Pengunjung blog adalah trafik yang masuk. Kalau orang datang, masuk shopping mall, tak beli apa-apa dan hanya window shopping, mall tersebut tak dapat untung. Samalah macam blog, kalau orang masuk, baca satu page, tak tinggalkan komen, tak buka page lain dan terus blah, maka itu akan menyumbang kepada bounce rate yang tinggi.

Aku kurang pasti formula yang Google Analytics gunakan dalam mengira bounce rate, tapi aku rasa formula tu lebih kurang macam ni. Kononnya kita share entri terbaru kat Facebook. 100 orang masuk ke entri tersebut melalui link tu. 50 orang keluar selepas baca entri tu tanpa membuka page lain atau meninggalkan komen manakala 50 orang lagi samada tinggalkan komen atau buka entri lain dalam blog tu. Maka bounce rate adalah 50%.

Bounce rate yang rendah adalah bukti bahawa website/blog kita berkualiti dan berguna kepada orang yang hadir di situ. Sebagai blogger atau web developer, merendahkan bounce rate adalah sesuatu yang mencabar dan mendapat bounce rate yang rendah adalah penanda aras bahawa website mereka berfungsi sepenuhnya dan berjaya.

Mengapa Bounce Rate Tinggi?

In most cases, bounce rate blog kita jadi tinggi sebab kita tamak. Contohnya entri Redtube Malaysia aku. Entri tu memang laku sebab keyword dia panas. Tapi bounce rate untuk page tersebut confirm tinggi sebab pengguna internet yang cari apa yang mereka mahu tak dapat apa yang mereka mahu. Masuk entri tu, tak jumpa apa-apa content yang berkaitan dengan Redtube, jadi dia tutup terus browser atau cari tempat lain.

Kenapa Perlu Bounce Rate Rendah?

Kualiti. Bila pembaca masuk dari Google Search dan pembaca tadi dapat dijadikan pembaca tetap dan mungkin fan untuk blog/website kita, dah dapat untung jangka panjang kat situ. Kalau orang masuk blog kita, tertipu dengan keyword yang entah apa-apa dan entri pun takde kaitan langsung, ingat orang tu nanti nak datang balik ke? Kita tak suka ditipu, tapi pada masa yang sama kita menipu orang.

Untuk bisnes atau blogshop, bounce rate yang rendah bermaksud trafik yang mereka dapat adalah optimized dan menepati sasaran mereka. Berkemungkinan besar, jualan mereka juga laris. Untuk laman web kebajikan, bounce rate yang rendah bermaksud kempen yang mereka jalankan samada untuk menyampaikan maklumat atau mengutip derma berjaya.

Bounce rate yang rendah boleh dijadikan testimoni untuk mencari sponsor dan pengiklan di laman web/blog kita kerana ia adalah bukti bahawa laman web/blog kita berfungsi pada kadar yang optimum.

Bagaimana Untuk Merendahkan Bounce Rate?


  • Pastikan kita optimize keyword yang releven dengan blog/entri kita. Pilih keyword yang betul untuk dapatkan trafik yang sesuai dengan blog/entri kita. Trafik yang tersesat masuk ni la yang meninggikan bounce rate kita. Jangan tipu orang, tak baik.
  • Content yang berkualiti. Apa-apa sahaja content yang memberi kesan kepada orang lain menjadi tarikan kepada mereka untuk menyelak page di blog kita dengan lebih kerap.
  • Layout yang menyakitkan mata pun boleh meninggikan bounce rate kita. Orang masuk, tengok, rasa menyampah/sakit mat dan mereka pergi. First impression matters.
  • Related entries di penghujung entri adalah cara yang paling berkesan untuk menurunkan bounce rate. LinkWithin juga boleh digunakan.
  • Kurangkan text, banyakkan gambar yang menarik dalam blog.
  • Pastikan blog anda tidak mempunyai masalah loading yang terlalu lama. Siapa sanggup tunggu page load lama-lama kan?
  • Layout yang interaktif dan menarik. Contoh site: css-tricks. Lalukan mouse pada navigation atas tu, atau sidebar, atau kotak-kotak pada footer tu. Ada hover effect yang cun habis. Benda-benda macam tu menggalakkan pengunjung untuk berinteraksi dengan keseluruhan elemen di sana.

***

Pengalaman adalah guru yang terbaik. Lakukan sesuatu dengan target untuk keuntungan jangka masa panjang. Dari situ strategi kita untuk memasarkan blog akan berubah. Content yang kita berikan dalam blog pun berubah.

+ Rakan saya di Denaihati.com pun sedang hangat memperkatakan tentang bounce rate, selaras dengan plan 100 hari bloggingnya. Ikuti apa yang mereka perbincangkan di sana dan apa pula plan 100 hari berblogging anda?

blog.ariff proudly sponsored by


Posted

in

by

Comments

63 responses to “Tips Merendahkan Bounce Rate”

  1. azharadzuan Avatar

    bounce rate aku pon tinggi… tapi ok kot sbb blog baru^^

  2. sjiehan Avatar

    la… salah fakta sebelum ni.. aku igtkan bounce rate tinggi adalah terbaik….

    thanks for that information!

  3. JAI Avatar

    Bro..ada soalan sikit. Baru terhegeh-hegeh nak belajar pasal bounce rate..hehe..tuh pun denaihati explainkan kat gua. Maksud RENDAH untuk bounce rate nak compare dengan apa? Adakah based on our own blog bounce rate & compare it with the next bounce rate blog kita dan seterusnya atau ada specific measurement berapa bounce rate yang seharusnya kita capai..thanks

    1. ariff Avatar

      Lagi rendah lagi bagus. Maksudnya ip yang masuk ke blog kita tadi dah buka 3-4 page, tinggalkan komen dan sebagainya. Kalau tinggi, maksudnya orang masuk, tengok satu page, mungkin rasa tak seronok dan blah.

  4. AmenoWorld Avatar

    Aku baru tahu benda neh.. tak alert pun pasal neh.. hahaha ada banyak rupanya kena belajar..

  5. ReGreat Avatar

    owhh..baru tau ape tu bounce rate,,thanks Arif…

  6. Ghobro Avatar

    Bagaimana menurut kawan layout design blog aku, termasuk menyakitkan mata atau tidak. Pasalnya, aku agak kurang dalam layout design. Terima kasih.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Banyak yang boleh diperbaiki.

  7. hafiz Avatar
    hafiz

    fakta ni memang menarik tapi aku still baru dalam berblogging. byk lagi kena belajar, harap jumpa org yg sanggup ajar. camne cara senang nak guna google analytics.

  8. samsularifin Avatar

    terima kasih sebab share saya pon baru tau pasal benda ni hari ni.[18SX] Polis Rakam Pelacur dalam Keadaan TELANJANG BULAT!

  9. penhitam Avatar

    ohh..camtu rupanya bounce rate..

  10. […] mengamalkan tips mengurangkan peratusan bounce rate yang telah saya kongsikan sebelum ini dan juga tips merendahkan bounce rate oleh Ariff Shah.Sebanyak 18 artikel atau entri yang telah berjaya dihasilkan pada bulan Februari […]

  11. lord zara Avatar

    Ok.
    Dua kali baca baru faham.
    Maksudnya lebih rendah, lagi bagus, macam tu kan?

    Orang masuk blog aku guna keyword2 pendidikan lately. Aku harap dorang jumpa apa dorang nak. Sebagai contoh, baju seragam PBSM dan apa benda lagi yang ada kaitan dengan sekolah.

    Bounce rate ni signifikan dengan SEO la lebih kurang eh?

  12. akubiomed Avatar

    Memang sudah menjadi harapan semua blogger untuk pastikan bounce rate rendah tapi itulah blog yang popular pun mengalami situasi yang sama apabila ramai pengunjung

  13. joyiman Avatar

    saya pun baru nak belajar,banyak juga info dari blog ini yang saya dapat.Mintak En.ariff koment sikit tentang blog saya,kalau sudi.

  14. Newbie Avatar
    Newbie

    nice info bro….
    bru ak tau apa itu bounce rate…
    dh lame dgr tp xtau ape mende…hehe…

  15. Bean Moreno Avatar

    hm info best aku actually tgh nak belajar pasal benda ni…mind if i share?

  16. […] blog kita, kita hanya perlu (betul-betul) memahami definisi bounce rate itu sendiri – โ€œBounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the […]

  17. syahrilhafiz Avatar

    erm aku pun macam isa, tup tup bapak dia, banyak gak la, rasa kesilapan aku gak la, nak kata optimize blog tu, memang gila babel la sekarang nak bagi twenty ten menarik dan laju, cuma tu lah masalahnya satu, kalau plain sangat sapa suka kan..

  18. Mohd Isa Avatar

    terbaiklah, terkejut aku lihat bounce rate aku baru2 ni. naik mendadaklah pula, aritu dah ok bawah 60%. skg dah dekat 70% balik. damn…di manakah silapnya. ades

  19. Mus Avatar
    Mus

    terima kasih atas tips..
    banyak lagi say kena perbaiki

  20. Im Jitra Avatar

    Kiranya maklumat yang dicari oleh traffic penting untuk mengelakkan ‘Bounce Rate’ kita tinggi. Kesimpulannya entri kita perlu tepat dan jelas dengan apa yang dikehendaki oleh penggunjung.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yes. Tepat dan jelas. Macam tu baru trafik yang masuk berkualiti.

  21. Zida Avatar

    Baru faham! Ngeh3 tapikannn cemana nak cek bounce rate kita tu??

    1. denaihati Avatar

      check guna google analytics

  22. iema Avatar
    iema

    oo baru tau benda alah ni..
    thxs…

    susah 2 nk rendahkan bounce rate ni…
    kalau blog aku juz member2 je y baca..
    huhu

    1. ariff Avatar
      ariff

      Bounce rate ni untuk siapa yang betul-betul serius. Takpe, amik tahu dulu. Mana tau satu hari nanti nak serius beblogging, ilmu ni boleh diaplikasikan.

  23. anikimaro Avatar

    wow, cool!! nice info…

  24. WZulhilmi Avatar

    First time dgr Bounce rate tuh. But this is a good info really. =)

  25. blogger addict Avatar

    thanks ariff…info yg sgt berguna untuk panduan dimasa akn dtg….

  26. Izwan Avatar

    lebih kurang formula menarik trafik juga, tapi still ada kelainan… baru tau pe bounce2 ni.. :)

  27. Akid azami Avatar
    Akid azami

    bang, terbaiklah guide ni!:D Nak tanya skit. Out of topic skit ni. Kalau kita dah daftar google analytics ni tapi at the end kita nak tukar domain ke ‘.com’, boleh ke?

    1. ariff Avatar
      ariff

      boleh je. Tambah je la profile untuk domain tu.

  28. Mommy Lyna Avatar

    bounce rate juga penting utk SEO

  29. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Terima kasih kerana berkongsi, tengah pening ni macamana nak bagi cepat page load. Sekarang blog masih maintain jer 13 seconds tapi template macam bermasalah. Bouncerate setakat ni OK lagi, hari-hari tak melebihi 40%….

    1. ariff Avatar
      ariff

      tak lebih 40% is good. Memang content optimized.

  30. TanyaLelaki Avatar

    Nice sharing webmaster.. keep on your work.. best klik utk lu webmast..

  31. CikLilyPutih Avatar

    baguslah entry ni, at least aku dpt tahu jugak pasal bounce rate ni kan.. TQ okeh

  32. myvitrd Avatar

    selalu je aku masuk tengok statistik google tu.. tapi sepatah haram tak faham bounce rate ni.. hari ni baru den faham.. tq tn tanah.. lepas ni.. nak kena buat entri yang boleh tarik pengunjung duduk lama2 bacalah.. contoh macam entri ni.. lebih 2 minit aku habiskan baca.. hehehe

  33. Haz Avatar

    bru pham apa itu bounce rate..
    thanks..

  34. belalang Avatar

    tak pernah tau dan tak pernah amik kisah pun pasal bounce rate…rupanya penting jugak hal ini…

    terima kasih atas info yg best nih…

  35. aizuddin Avatar

    nak cari theme yg betul2 best lepas ni..

  36. suffer8zine Avatar

    terbaekkk bro!

  37. fz Avatar

    penerangan yg hebat…
    org masuk nak dapat faedah. bukan nak baca semata-mata…

  38. erie yohoho Avatar

    ORAIT! sekarang baru tau kenapa bounce rate tinggi! terima kasih ariff

  39. blowie Avatar
    blowie

    blog rojak agak payah utk dapat bounce rate rendah ~

    1. ariff Avatar
      ariff

      macam blog aku ni rojak gak, luas sangat niche.

  40. apisv2 Avatar

    thanks for info
    tp slalu guna webmaster tool google jer..

  41. bardboo Avatar

    skrg br btol2 paham apa tu bounce rate..thx yer..

  42. Jerung Gergasi Avatar

    bounce rate blog aku tinggi ..60% ..aku akan cuba ikut tips2 ni. thanx.~

  43. keen~ Avatar

    walaweyhhh~ mende alah bounce rate ni pon wujud ke?? baru tau.. ngeee~

    ok, ok~ skrg keen tgh berusaha utk hasilkn entry yg berkualiti.. tamau mentipu-mentipu lg.. hiksss~ ^_^

    btw, thanx for sharing~ ^_^

    1. Pisyek Avatar

      cuba guna google analytics. tool ni memang lengkap lah senang cerita.

      satu tool wajib yang digunapakai oleh admin/web master. :D

  44. tarmizishukri Avatar

    oh, mcm tu rupanya bounce rate, aku ingat lagi tinggi lagi bagus..haha..

  45. zulkbo Avatar

    salam..
    ooo..begitu ke..?
    melopong kejap memikir
    bagaimana nak kurangkan
    bounce yang banyak nih

  46. Ezany-Kun Avatar

    dulu2 aku tak amek kisah sgt pasal bounce rate ni.. tp sejak akhir2 ni teringin pulak nak belajar kurangkan bounce rate.. harap2 dpt la turun bwh 50%.. entri ni mmg terbaik..

    1. ariff Avatar
      ariff

      All the best bro. Nak turunkan bounce rate ni lagi susah daripada cari trafik. Tapi kalau turun memang ada kesan dia (komen bertambah, follower bertambah etc.)

  47. Ayie Avatar

    Wow.. thanks bro sebab banyak betul entri yang aku tak baca dalam blog ko ni. Entri ni betul2 buat aku menggilai blog skg ni :D

  48. Fazreen Avatar

    Selalunya blog cerca merba ni susah nak dapat bounce rate yang rendah..Stick pada topic/niche blog sure bounce rate akan turun sbb target readers lebih specific..kata orang..nk bounce rate rendah blog perlulah memenuhi citarasa pembaca2 tertentu…macam aku, aku specific kan kepada WOrdpress, blogging dan life..benda2 mengarut lain memang aku tak masukkan..ini lebih menarik minat pembaca utk selak2 archives walaupun blog aku visitors dari luar..btw nice entry bro..

  49. denaihati Avatar

    memang seronok baca fakta tentang bounce rate ni dan aku ada banyak teori yg akan dikongsikan entah bila heee. Mencuba dan gagal adalah guru terbaik sebelum berjaya

  50. topo Avatar

    nice!!! ibu jari ke atas… haha nanti aku datang balik baca dengan lebih terperinci

  51. yoy Avatar
    yoy

    smart bro..jelas penerangan..baru aku paham bende alah bounce rate ni..

  52. zul Avatar
    zul

    baru aware sal benda ni..sebelum ni buat tak kesah jep..huhu

  53. antudegil Avatar

    nice tips. alhamdulillah. aku punya bounce rate dah rendah. mmg puas hati sungguh.

    Entri Terkini : Tahun 2020: Malaysia Takkan Menjadi Negara Maju