
Entah macam mana tiba-tiba malam semalam teringat pasal road tax motor baru saya. Memori terakhir saya dengan road tax tu adalah ketika di kedai motor hari tu, masa nak bawa pulang motor baru. Lepas tu langsung tak ingat dah. Kelam-kabut sekejap punggah barang dan beg dokumen motor untuk cari road tax tu. Masih tak jumpa.
Jadi langkah seterusnya adalah mencari maklumat untuk menggantukan dokumen cukai jalan ni secepat mungkin. Beberapa langkah yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
- Buat laporan polis
- Lampirkan laporan polis tadi bersama salinan kad pengenalan, geran motor dan insurans di pejabat JPJ terdekat. Disebabkan motor masih lagi belum habis dibayar, maka pihak kedai akan menguruskan kesemua proses ini. Anda hanya perlu menyerahkan laporan polis tadi dan sedikit wang untuk mengupah ‘runner’ kedai
- Bayaran yang dikenakan tak pasti, berdasarkan pengalaman orang lain, ada yang tulis RM20 untuk cetakan semula, ada yang tulis RM50 sebagai denda kehilangan dokumen cukai jalan. Apa-apa pun, kos dengan JPJ tak sampai RM100
Apa akan berlaku kalau anda ditahan oleh Polis atau JPJ dan tidak mempunyai dokumen cukai jalan? Anda boleh dikenakan kompaun sebanyak RM40. Berdasarkan sistem kompaun baru, lagi lambat bayar kompaun, lagi mahal kompaun yang bakal dikenakan. Jadi kalau lebih daripada 2 minggu tak bayar, kompaun tadi jadi RM70 dan kalau lebih daripada sebulan, RM120 akan dikenakan. Ni untuk motosikal ok, kalau kereta lagilah tinggi nilai kompaun.
Petang tadi cuba menghubungi kedai di mana motor ni dibeli, tapi panggilan tak berjawab. Bila check balik kat motor, rupa-rupanya road tax tu elok tersimpan di dalam motor. Alhamdulillah. Nasib baik jumpa. Demam punya pasal sampai terlupa saya sendiri yang simpan road tax tu kat situ dulu.
Apa-apa pun semoga entri ni dapat membantu sesiapa yang kehilangan road tax motor. Kalau siapa biasa letak road tax kat kunci tu, dinasihatkan supaya letak tempat lain. Memang tak selamat. Silap hari boleh tertanggal/tercicir. Bila tengok balik saiz dokumen kecil tu, mungkin boleh laminate dan simpan dalam wallet. Konsep sama, boleh dibawa ke mana-mana.
Dah serik kena saman. Hari tu kena sebab tak lalu lorong motosikal. grrr… Walaupun nilai yang kena tu sedikit, tapi benda yang boleh dielakkan macam ni memang patutlah dielakkan. Kecuaian macam ni adalah pembaziran.
Terima kasih kepada Nurhanna Abdul Aziz, Dirmansyah Muslim & Aisamuddin bin Zainoorin atas pembelian ebook. RM73.50 telah dikumpulkan setakat ini untuk tabung #savejejai. Keep them coming.

Comments
17 responses to “Road Tax Motor Hilang”
terima kasih berkongsi
haha..ada jugak tak ingt smp mcm ni..nasib tak sempat huat report polis lagi…adoiii..sabar je la..haha
tak suka procedure kalau dokumen hilang ni, leceh kot
Barang hilang kena report ke? Bukankah kena direct ke JPJ, buat salinan baru road tax din sana? Alhamdulillah dah jumpa sebelum sempat buat yg baru, untung tak habis duit dgn sengaja.
Silap tu. Mungkin dulu je kena report, sekarang tak perlu dah
berguna juga bila dah jadi macam ni.. alih2 dalam motor yea bro? adesss.. selamaaat
sekarang hilang lesen, mykad, roadtax dah tak payah buat report polis boleh pergi terus ke Jabatan berkaitan cuma kena bawa dokumen yg diperlukan sahaja.
Memang begitu jika lagi sakit, apa-apa jadi lupa
syukurlah dah sehat dan ketemu lagi road tax nya…
biasa la tu….. bila rasa tak penting, ada jer depan mata…. bila time rasa penting, time tu la duk hilang kemana… hehehe (^__^).
Cara nak senang ingat, tulis kat sticky note n tmpal kat tempat selalu lalu… Jadi takder la gelabah time mencari nanti :-)
dlm keadaan tlalu cuak kite jd xingt d mana kite letak ssuatu brg itu. Syukur sbb tak hilang, saya roadtax sudah 2 bulan tak perbaharui sebokk nek kete je…moto tbiar gitu je…haha | Salam Aidilfitri bro :)
masalah aku sekarang ialah geran suzuki panther aku tak tahu taruk di mana!!! anyway tkasih atas maklumat di atas.
road tax motor eloklah disimpan pd motor/dalam wallet..ilang nyaknya..
Saya pernah tercicir cukai jalan motor. Prosidurnya tidak perlu buat laporan polis. Bawa geran asal motor, insuran asal, mykad. Salinan 3 dokumen tadi ke JPJ, isi borang JPJK7(Pind.1/2010) dan RM20 untuk cetakan semula cukai jalan.
Saya pernah kongsi penglaman kehilangan cukai jslan di blog. Ini linknya: http://akubiomed.com/gara-gara-merempit-cukai-jalan-rm20/
I see. Thanks for sharing.
Cuma tip bagaimana hendak bawa motor kalau tercicir cukai jalan tidak dikongsikan. :-)
Akunya road tax pun tah kemana. lupa letak mana.
Boleh kena kompaun kalau kena tahan JPJ