Raya pertama
Tak pernah terjadi sebelum ni. Inilah kali pertama saya demam selsema di musim perayaan ni. Tak tahu macam mana boleh kena.
Mak saya cakap hebat jugak keluarga kami beraya tahun ni. Kalau masa tahun-tahun sebelum ni melawat 2-3 lokasi je, kali ni adalah dalam 5-6 lokasi beraya. Agaknya sebab semua anak-anak dia ada yang buat dia ada mood nak beraya sana sini.
Walaupun tahun ni saya di pihak yang memberi duit raya, dapatlah jugak dua, tiga, empat keping ang pow. hehehe.. tak berharap pun, tapi kalau orang nak bagi, kita terima dengan hati yang gembira.
Lemang dari Melaka, antara yang terbaik pernah dirasai. Takde kerak, masak guna kayu api, isi lembut dan cukup berlemak.
Tak taulah macam mana boleh demam. Mungkin sebab banyak sangat makan lemang atau terkena hujan masa bawa mak jalan-jalan ke i-City masa raya kedua. Apa-apa pun, belum lagi menampakkan yang demam ni nak kebah. Nasib baik boss baik kasi semua pekerja ambil ‘forced leave’ hari Khamis dan Jumaat supaya semua dapat cuti beraya panjang sikit.
Harap cepat sembuh. Tak naklah cuti lama sangat..



Comments
20 responses to “Demam Raya”
Alhamdu lillah, saya xdemam selesema wlpn tdur 2 jam je, dgn letih balik kerja 1pagi malam raya dan tidur 4.30pagi, siapkan jahit manik baju raya. Hahaha.
Selamat hari raya. Maaf zahir batin
semoga cepat sembuh bro..dan Selamat hari Raya
selamat hari raya bro Ariff
Selamat Hari Raya..Salam Aidil Fitri..semoga mendapat keberkatan-Nya Dan semoga cepat sembuh..InsyaAllah..
selamat hari raya.. ke demam sebb kene bagi duit raya ni?? al maklumlah selama ni terima aje kan.. skrg dh kene bagi pulak. apapun, semoga rezeki nanti lebih berkat ye.
hahah.. boleh jadi jugak macam tu
saye pun demam gak…demam selsema…mungkin cuaca kot atau kita makan tak tentu..
setakat ni tak demam lagi. alhamdulillah..raya sebelum ni..memang biasanya demam minggu pertama hingga minggu kedua..
Bila sebut mengenai lemang tidak berkerak teringatkan arwah pak mertua(Melaka) mempunyai kemahiran membakar lemang tidak berkerak dan masak rata. Alhamdulillah ada diantara adik ipar mewarisi kemahiran membakar lemang.
Saya hari ini mula kerap bersin tidak tahu apa puncanya. Harap balik KL nanti semakin pulih.
semoga cepat sembuh….. tapi okey la sebab dapat FORCED LEAVE…. hehehehe
Cuaca kat Malaysia beberapa minggu ni sekejap jerebu, sekejap hujan, sebab tu ramai yang sakit kot.
smoga cepat sembuh. saya dh start kerja balik dah kelmarin. huhu
Selamat Hari Raya buat Ariff dan keluarga.
ingatkan saya sorang kena amik ‘forced leave’.. :)
saya pun sampai sekarang masih selesma dan demam bro….
ingin juga merasakan nikmatnya makan lemang (belum pernah)
Selamat Hari Raya Idul Fitri dan semoga lekas sembuh bro…!
nak kena rasa lemang tu, memang terbaik :)
Saya pun demam gak… siap batuk sakit tekak lagi
Biasalah, anak semua ada, ibu bapa mana tak semangat nak tayang uda dan daranya. Dapat pulak kalau uda dan daranya berjaya. tak gitu?
samalah nasib kita bro, selesema manjang.. kacau jugak mood beraya
Byk minum ais kot bro… Lg pun cuaca skrg panas bos..moga cepat baik bro
Same goes here. Gua start demam masa on the way balik beraya dari Ipoh masa 1st day. Sebab gua demam.. rasa2nya terkejut tengok wajah atok gua yang tak pernah gua tengok sebelum ni.