#Savejejai

Reading Time: 2 minutes

Dulu ingatkan mamat ni poyo (suka hati je kan?) Itulah orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi takdelah nak bercinta dengan mamat ni, cuma saya rasa dia seorang yang cool dan senang untuk berkawan.

Tak ingat bila first time jumpa mamat ni, tapi masih lagi ingat pergi event Puma Motorsport sama-sama (dua round kalau tak silap), event Jumpa Denaihati dan beberapa event lain. Kali terakhir jumpa masa majlis berbuka puasa anjuran Denaihati & Sweetkurma.

Sebenarnya dah tahu lama tentang keadaan Jejai (diberitahu oleh rakan terdekat) tapi masa tu keadaan dia nampak ok lagi walaupun pada hakikatnya lung cancer stage 4 itu sememangnya sudah di tahap yang sangat serius. Dia tak nak orang tahu tentang keadaannya. Dia tak nak orang lain susah hati.

Kali terakhir berjumpa semasa event buka puasa hari tu menampakkan kesan rawatan yang dijalaninya. Rambut dah lama gugur. Facial hair semua dah beruban. Jelas kelihatan seolah-olah dia 10 tahun lebih tua daripada kali terakhir saya menemuinya dulu. Perasaan ingin bertanya tentang keadaannya pada masa itu memang ada, tapi hanya setakat itu sahaja. Saya memang fail dalam perkara macam ni.. Ketika dalam perjalanan pulang, AE bertanyakan tentang keadaannya. Dia bagitau nak cuba kaedah rawatan lain yang kurang membebankan. Saya hanya diam mendengar.

Sekarang sampai masanya Jejai memerlukan bantuan. Semua orang tau-tau jelah macam mana keadaannya kan, especially nak menanggung kos rawatan. Dengan keadaannya sekarang, memang tak boleh bekerja dah dan hanya mengharapkan pendapatan orang rumahnya. Bantuan ini adalah untuk menampung kos rawatan dan meringankan bebanan kewangan yang sedang dialaminya sekarang.

Bantuan boleh disalurkan terus ke salah satu akaun yang tertera di sini. Untuk mengelakkan akaun dibekukan (freeze) oleh pihak bank , pihak Fazreen Network telah  menawarkan perkhidmatan secara percuma untuk menguruskan dana daripada penderma. Biasanya, akaun simpanan (savings) di Malaysia akan dibekukan sekiranya mendapat tranksaksi ‘luar biasa’ (seperti kemasukan wang pada kadar yang banyak) dan kalau boleh tak naklah akaun Jejai freeze pulak nanti, lebih-lebih lagi di musim perayaan ni.

Bank: CIMB
No Akaun: 12050002115101
Nama: FAZREEN NETWORK

ATAU

Bank: Maybank
No Akaun: 562106625023
Nama: NURHIDAYAH AQILLA

Semoga kebaikan anda dibalas oleh-Nya. Mohon kongsikan entri ini dan kepada yang berada di Twitter, boleh lakukan carian dengan menggunakan #savejejai

Antara rakan lain yang rapat dengan Jejai:

– 50% hasil jualan ebook saya sehingga 1 September 2012 akan disalurkan kepada Jejai.
– Kepada yang belum kenal, Jejai adalah seorang blogger yang menulis di Teratakarmo.com


Posted

in

by

Comments

24 responses to “#Savejejai”

  1. embun melati Avatar

    syafahillah..semoga beliau dapat sembuh..

    mungkin arif boleh beritahu uncle jejai..

    cuba minum daun belalai gajah..ada kat seremban..orang cina yang tanam..saya pernah terbaca pasal daun ni elok untuk penyakit kanser..saya tak tahu no telefon uncle ni available lagi ke tak tapi saya ambil daripada satu blog..

    Uncle Yik Pott,
    Pekan Pantai Seremban
    012-6773693

  2. Zarul Umbrella Avatar

    #SaveJejai – semoga usaha kita nak membantu beliau diberkati dan sekaligus dapat memanfaatkan Jejai dan keluarganya

  3. Ekspresi Ruang Avatar

    semoga tabah menghadapi musibah. Allah berikan ujian utk menguji hamba yang Dia sayangi. smoga pihak Ariff dan rakan2 dpt mengutip sumbangan sebanyak yg mungkin. nk ke bank skg ni mungkin susah sbb ketat gile. insyaAllah kalau diizinkan, lps raya ni saya turut membantu

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Terima kasih. Semoga bantuan bro dapat meringankan beban Jejai & keluarga

  4. azriMy Avatar

    mohon bro jejai tabah, blog dia best sbb banyak info2 berguna ala-ala eyriqazz jugak

  5. Nizam Ijam Avatar

    semoga dipermudahkan… AMIN

  6. Fazreen Avatar

    Terima kasih kawan kerana menyebarkan tentang perkara ini, Semoga semua usaha diberkati Allah. Dan jangan lupa untuk berdoa kepada Je jai dan keluarganya. The power of Doa!

  7. Myvitrd Avatar

    Semoga apa yang diusahakan dapat meringankan beban sahabat kita Jejai.. #SaveJejai

  8. titan Avatar

    walaupun tak pernaj bersua. tapi aku yakin. dia lelaki kakca yang disukai ramai. semoga dia kuat dan terus gagah.

  9. Jardness Avatar

    hope it will tun out OK for him and his family

  10. boni kacak Avatar

    bro.. rasanya aku kena update lain pasal akaun tu la.. aku dah buat direct ke akaun jejai dan wife dia

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Sama je. Kat sini reader banyak. Takut kalau masuk bertalu-talu nanti & account freeze, leceh nanti.

      1. boni kacak Avatar

        oh..ok2.. kalau macam tu aku kekalkan je la ye.

  11. lizza Avatar
    lizza

    ni sepupu saya. last jumpa bulan lepas makan2 rumah saya kat shah alam. masa tu, dia tak ckp pun kanser. dia ckp sakit biasa2. jom save jejai. *xoxo*

  12. hazman aka species1980 Avatar

    Biarlah JEJAI marah kalau dia tahu aper yang kita buat nie… yang penting inilah antara usaha yang kita boleh buat sementara peluang untuk membantu masih ada….

  13. ReM Avatar

    Ada ramai kawan dan saudara yang kena kanser, ada yang berjaya mengatasinya termasuk mak saya sendiri. Harapan saya jangan putus asa. Kena terus mencuba untuk mencari ubat yang sebati dgn kita.

  14. Lawrence Vision Avatar

    Walaupun saya tak kenal dengan beliau namun saya mendokan semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini

  15. Carl lesmana Avatar

    semoga abg jejai cepat sembuh! sama-sama kita doakan beliau :) thanks for sharing abg ariff..

  16. spudin Avatar

    beliau umpama sifu gua…harap beliau cepat sembuh … #SaveJejai

  17. akubiomed Avatar

    Saya sudah mengetahui keadan beliau dan diminta dirahsiakan sendiri oleh beliau. Bekerja didalam bidang Kejuruteraan Biomedikal sudah boleh mengagak dengan keadaan fizikal.

    Menubuhkan dana adalah usaha murni mengurangkan beban yang dialami oleh beliau dan keluarga

  18. Myra Jay Avatar

    Semoga abg Jejai kuat dengan dugaan ini… Dan semoga dia cepat sembuh..

  19. Man Avatar

    Al-Fatihah kepada saudara Jejai. Semoga Allah panjangkan umur beliau.

  20. aslam Avatar

    mari sama-sama kita doakan jejai..

  21. Syaz Avatar

    walaupun aku tak kenal, tapi aku sangat kagum ikatan sesama blogger yang sama2 membantu dalam kesusahan. semoga dia tabah hadapi ujian dari Allah dan ada hikmah disebalik apa yang berlaku. aku pun doakan yg terbaik untuk dia. :)