Panduan SEO 2011

Kemaskini 2012: Baca panduan SEO On-Page yang terbaru

Walaupun dah cover hampir semua perkara asas untuk SEO dalam bahasa Malaysia (sila lihat page SEO blog.ariff), tapi tiap-tiap tahun mesti ada kemaskini untuk SEO. Dengan adanya Caffein (page yang mempunyai maklumat terbaru akan diberi keutamaan) dan faktor social score yang semakin diberi penekanan (content yang benar-benar disukai oleh orang lain akan mendapat lebih pemberat dalam SEO) memudahkan blogger untuk mendapat trafik yang lebih banyak daripada search engine.

 

Panduan SEO tahun ini dibuat dalam bentuk carta berkala yang mudah difahami. Jangan takut, segala penerangan untuk setiap elemen dalam carta telah ditulis bawah ni dengan bahasa yang mudah.

 

SEO Periodic Table

Periodic table SEO ni adalah yang terbaru sebagai rujukan untuk tahun 2011.

 

On Page SEO

On page SEO adalah benda yang ada/berlaku dalam blog kita.

  • Quality – kualiti di sini adalah lebih kepada bilangan patah perkataan. 250-300 patah perkataan minimum untuk dikategorikan sebagai berkualiti oleh search engine.
  • Research – Anda buat kajian tak untuk keyword yang bakal digunakan? Aku dah tulis dulu macam mana nak buat kajian keyword. Baca entri: Red Tube MalaysiaTips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search.
  • Words – Contohnya kalau dapat ranking keyword ‘rumah’. Boleh juga gunakan frasa ‘beli rumah’, ‘sewa rumah rendah’ dan sebagainya. Gunakan gabungan perkataan yang orang akan cari dalam search engine.
  • Engage – Berapa lama pembaca di blog kita? Seminit? Dua minit? Berapa page dia masuk? Ada tinggalkan komen ke tak?
  • Fresh – Of course tajuk-tajuk hot adalah sasaran mudah untuk SEO. Contoh terkini adalah nora elena, maharaja lawak, cinta melody dan sebagainya.
  • Titles – <title> wajib ada dalam setiap page.
  • Dscription – Kepada yang gunakan WordPress, nak masukkan description ni adalah paling mudah. Be descriptive atau tulis description yang membantu orang untuk mencari maklumat tentang keyword tersebut.
  • Headers – h1, h2, h3 dan sebagainya..
  • Crawl – Pastikan robots.txt membenarkan index dan crawling.
  • Speed – Maklumat loading time dalam Google Webmaster tools dan Google Analytics sahaja dikira. Lagi laju load, lagi bagus.
  • URLs – Jangan lupa letakkan keyword dalam URL.

 

Off The Page SEO

Off the page SEO adalah faktor luaran yang boleh mempengaruhi blog kita. Juga berkaitan dengan latar belakang pengguna search engine.

  • Links – atau backlinks. Berkualiti ke tak? PR? Adakah ianya dari link farm?
  • Teks – Anchor text yang digunakan untuk link tersebut, adakah ianya berkaitan dengan keyword yang kita target?
  • Numbers – Berapa banyak backlink untuk page tersebut?
  • Reputation – Dalam hal ni, mungkin reputasi adalah bergantung kepada bilangan followers/friends di Twitter. Klout? Mungkin tak sebab Klout masih baru.
  • Shares – Berapa banyak Like, ReTweet, +1 dan sebagainya.
  • Authority – Domain/site authority. Kurang pasti..
  • History – Berapa lama domain ni wujud. Ada sejarah hitam (malware, hacked) ke tak?
  • Country – Negara lokasi search tersebut dilakukan. Result terdekat akan diberikan.
  • Locality – Moscow, Subang Jaya.. Bandar di mana search tersebut dilakukan.
  • History – Individu yang search tu, pernah tak dia masuk website kita atau Like sesuatu di situ?

 

Violations

Jangan main tipu, jangan main kotor. Sila jadi professional.

  • Thin – Tulis entri pendek, sekadar nak dapatkan tajuk kena pada keyword panas je. Tak memberikan faedah kepada pengguna search engine.
  • Stuffing – Keyword stuffing sampai nak muntah. Style lama. Search engine sekarang boleh detect keyword stuffing dan kenakan penalti.
  • Hidden – Content blog lain, tapi sorokkan keyword panas dengan styling. Contohnya, warna teks untuk keyword tadi sama dengan warna background blog dan diletakkan di header.
  • Cloaking – Lebih advance, mereka ni tipu search engine. Dengan menggunakan teknik tertentu, bila search engine spiders crawl page mereka, spiders akan dihantar ke page ‘formal’ untuk keyword tersebut tapi bila manusia yang masuk, akan dihantar ke page lain (iklan, affilliate).
  • Paid links – Membeli link sebenarnya adalah salah tapi benda ni sukar untuk dibendung.
  • Link spam – Spam email orang dengan link kita. Orang mark as spam dan content tadi yang ada link kita pun akan di mark sebagai spam. Sama juga di Facebook.

 

Blocking

Pengguna search engine boleh block sesebuah blog daripada dipaparkan dalam search result mereka. Berapa ramai yang dah block blog anda daripada search result mereka?

***

Banyak copycat sekarang, terutamanya entri SEO macam ni. Mereka malas nak baca, malas nak research tapi nak buat entri juga. Linkkan entri Panduan SEO 2011 ini dalam blog anda dan tekan butang Like.

58 Comments