Dah lama tak kasi tips, kali ni aku nak kongsi lagi satu tips yang memang bagus untuk blogger tegar semua. Sebagai pendahuluan, biar aku terangkan dulu apa kelebihan kita ranking pada page pertama Google search.
Mungkin selama ni yang korang semua tahu, blogwalking adalah sumber trafik yang paling bagus. Blogwalking memang menjamin trafik, tapi dunia internet tak berfungsi macam tu. Internet ni tempat orang cari maklumat, oleh itu adalah sangat penting untuk kita dapat rank pada page pertama untuk apa-apa keyword yang berkaitan dengan blog kita. Bila dah dapat ranking page pertama Google Search atau Yahoo Search, trafik memang akan masuk tiap-tiap hari (bergantung kepada trend keyword). Sebagai contoh blog.ariff dapat trafik yang tetap tiap-tiap hari dengan keyword red tube Malaysia Yahoo Search [Tengok Sini]. Baguslah tu kan, daripada orang tu nak layan Red Tube, dapat la jugak ilmu yang tak seberapa bila masuk blog.ariff ni.
Itulah sebabnya sesetengah blogger tegar (aku gunakan istilah blogger tegar selain problogger sebab problogger adalah dalam bahasa Inggeris dan blogger tegar pula bahasa Malaysia) tak perlu update blog tiap-tiap hari tapi still dapat trafik dan siap dapat buffered ads banyak-banyak lagi. Itu yang kita mahu.
So teknik ni mudah je sebenarnya. Persaingan sengit dalam dunia internet ni. Nak bersaing dengan blogger lain, nak bersaing dengan blog yang ada Google PR yang lagi tinggi. Memang susah. Jadi nak senang kita cari level yang sesuai untuk kita, cari tempat yang kurang persaingan. Guna keyword yang kurang persaingan!
Macam mana nak tau keyword mana yang kurang persaingan dia? Ha.. ni mahal sikit. Tapi sebab aku sayang korang semua, aku kongsi. Korang mesti sayang aku balik :D
Kononnya korang nak dapat ranking pertama untuk kata carian ‘bunkface’. Ha, tengok sendiri macam mana punya banyak persaingan (hasil carian adalah persaingan korang). ‘Bunkface prom queen’ tu rendah je, tapi korang tak nak la tulis pasal lagu Prom Queen Bunkface je kan?
Jadi kita ubah sikit. Kita tahu yang Bunkface ni ada empat orang, mungkin kita boleh try keyword ‘ahli kumpulan Bunkface’
Kalau around 30 ribu macam tu ok lagi lah. Maksudnya persaingan tu tak banyak kalau nak dibandingkan dengan keyword Bunkface aje (493 ribu). Jadi kita tulislah apa yang kita nak tulis tadi. [Baca Bunkface, Wa Caya Sama Lu] Baca betul-betul, tengok macam mana aku buat. Aku ni takdelah pro pun, tapi tengoklah keputusan dia..
Kan first page tu, betul tak? Tak puas hati boleh check search result tu sendiri [Klik sini]
Bukan nak cakap aku hebat atau apa, cuma kita kena pandai bersaing pada tahap di mana kita mampu bersaing. Pilih persaingan kita, dan Insya Allah kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi (bukan dalam dunia blogging je, ni nasihat untuk dunia nyata jugak).
Jadi selamat berjaya aku ucapkan. Kalau korang rasa tips ni berguna dan dapat membantu korang, harap dapat luangkan masa sikit tinggalkan komen ke, retweet ke, submit kat digg ke, apa-apalah yang boleh membantu pula. Sangat dialu-alukan =)
Comments
104 responses to “Tips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search”
Oh ternyata seperti itu ya kegunaan GKT, selama ini sy kebingungan GKT untuk apa,ini yg selama ini sy cari2,trimakash banyak
Tq… memang membantu…
tips blog arif byk membantu tqvm
macamaner nak kuarkan jumlah hasil carian tu, google crome aku xde pun, tolong bro
salam dik
thanx banyak2 utk tips ni..
semua ni perlukan kita usaha sket nk crik keywords
wah adik da reveal tips tu
hehe…thanx byk2 ya
Time kasih byk2. Bagus la tips ni.
Bila kita byk memberi ilmu kpd org, kita akan dpt lagi byk ilmu. Terbaek!!!
suka giler ak blog ko ni..
dasyatnyer. semua dok kat 1st page je nih
Memang smart la.. tq..
thanx bro
nice info
waa…terima kasih untuk info ni.
salam perkenalan, 1st time singgah. Ni pun tahu dari blog Profhariz.com. Tip yg baik. Lemah sangat pasal seo ni.Lepas ni nak tulis entri biar ikut petua..thanz ariffshah.
sekarang keyword ahli kumpulan bunkface,blog arif dah jadi first page nombo satu…huhu
mcm 2….kita amik title yg hot2 n kita ubah ckit2 tp maksud yg same..kan3..
Tapi sesetengah orang je sudi kongsi pengalaman, terima kasih atas info yang berguna ni, semoga sihat selalu
tips yang menarik..thanks 4 sharing ^_^
wah! Hebat la ariff ni.. Bley try nanti.. Hehe, t’kasih
memang terbaik la bro info yg ko bagi nie..thanks..teruskan la berkongsi ilmu :)
GOOD,,, NAK TANYE CKIT CAMNE NAK LETAK ADS KAT SIDEBAR BLOG YE???
Bukak design>page elements>add gadget kat sidebar>pilih html>tampal code ads tu
hebat
wahh artikel menarik
mantap..bagus tip nie..boleh try..:)
Mantap ni pak cik blog useful and ramainya
Aku ada trial and error gak SEO nie. Sifoo aku ajar sekerat pastu dia suh tya pakcik google. Self learning kata dia lebih senang ingat. Betul jugak kata dia. So far post untuk keyword “aspire 4741g” aku boleh dikatakan berjaya..Alhamdulillah. Hasil dr self learning, tapi aku rasa masih ada flaw dlm penulisan dan SEO skill aku.
Dalam bulan nie baru start blogwalking blog berbahasa melayu. Jumpa article nie, so 2 thumbs up kat ariff sebab article nie membuatkan saya lebih paham tentang apa yg saya buat masih boleh diperbaiki lagi.
Dulu itula cara paling mudah nak cari contoh keyword yg meletop. Tembakan rambang aku merasakan yang, Google nak sep 0.000x sec untuk bg laju search, maka dia pun disable result automatic tu.
Aku suggest korang guna Google Keyword Tool.
p/s: Tersedar dari kesilapan menulis article KIS 2011 guna keyword terlampau HOT.
Thanks tentang info ni.
.-= Cerita terbaru Ayabizz.. Blogger Wanita Nur Fazura Azzaty Meninggal Dunia =-.
macam mane nk tgk hasil carian bila kita search something kt google tu ? sbb google skrg knk dh buang benda tu huhu
Masih takde solution kepada masalah tu. Kena try satu2 je lah
ok..mcm mane nk try satu2 tu ..? nk tgk kt mane ?
I mean u masukkan satu keyword then enter. Nanti kat page result tu ada tulis “About 526,000 results (0.41 seconds)”
Lebih kurang macam tu la..
oo .. ok … i get it . thanks ariff
banyak ilmu dapat bila blogwalking dengan tujuan mencari sumber ilmu internet…. bagus tuan rumah…. kadang-kadang ada juga blog2 yang mempunyai post yang sama so,,,dah xberapa nak masuk dah blog tersebut…
blog ini salah satu sumber rujukan online tq
owh..macam tu ker..biasa main tulis jer ikut suka..hehe..thank bro..=)
.-= Cerita terbaru hafizul.. Kenangan Terindah.. =-.
Ariff, nape kat google saya tade pun keluar berapa bilangan carian tu. Penat dah buat. macam mana nak buat setting dia boleh keluar bilangan carian tu. huhuhu~ tolong!!
.-= Cerita terbaru Nadia Dizarch.. Macam Mana Rupa LELAKI jadi model iklan kereta?! =-.
Sekarang dah takde. Marah gak ngan google ni. Tak tau macam mana nak buat dia ada balik.
Tapi masih boleh guna untuk cadangan keyword yang orang guna, cuma kena klik satu satu untuk tengok berapa banyak search result dia
DaHLia merasa gak masuk 1st page GOOGLE dengan keyword “OST Na O Mei”
.-= Cerita terbaru DaHLia.. Kisah Seorang Suami yang Setia dan Pesanan Isteri… ^_^ =-.
gud info…
.-= Cerita terbaru dinsblog.. Kelebihan OD ASB =-.
salam arif,
saya baru dalam hal-hal blog.baru je create blog utk jual penapis air..www.rajafilter.blogspot.com…
kalau carian “rajafilter” macam tak banyak. tapi yang peliknya, xde pun blog yg baru saya create. mmg just try2 send 1 post dahlu.ada apa2 komen yang perlu saya buat untuk jadikan ia rating 1st dalam google search..
dalam carian tersebut, blog saya juga tiada.harap dapat membantu. terima kasih
Baru sangat lagi ni. Kurang-kurang kena seminggu dua baru ada dalam search engine. Lepas tu kena selalu update masa awal-awal ni. Kalau tak update memang Google tak pandang punya.
bagus betul la bila tersesat kat blog nie…banyak info aku dapat!!!
(aku org baru)
Mana yang berguna tu kita sebar-sebarkan =)
Salam Bro,
tanya sikit sebab aku bukan paham sangat bab google search nie. Aku nak buat domain tapi sekarang aku tengah dilema sama ada nak pakai domain nama penuh atau shortform.
Kalau aku pakai ar.com lebih kurang kat googe search ada 500++juta lebih result
tapi kalau aku pakai azharramli.com ada 3210 result.
Soalannya : yang mana satu elok? Result yang banyak atau result yang sikit??
.-= Cerita terbaru Azharramli.. AKHIRNYA AKU MENANG…… =-.
Silap pemahaman ni. First skali, ar.com tu invalid. Pendek sangat. So memang tak boleh guna.
Google search ni tak discriminate ngan nama domain. Kalau nak score tinggi kat Google search, teknik tu kena betul. Itu je sebenarnya.
betul la tu, cuma berapa lama masa untuk sampai 1st page.
.-= Cerita terbaru ecardgraphics.net.. Happy 21st Birthday =-.
gud info… keep it up..
yg ni blogspot pon bole dpt ranking tinggi ke?or org2 yg ada domain sendiri jek cm ko…
blogspot pun boleh jugak. cme pastikan banyak trafik je la. itu sahaja kuncinya. :D
.-= beliamuda´s last blog ..Alat Berwuduk Automatik Pertama di Dunia =-.
thanks bro.. ilmu yg berguna ni..
hoho, tips yang menarik mengenai seo lg. thanks ariff, aku sbnrnya kurang mengerti dengan penggunaan keyword ni. dah baca kat sini dapat juga ilmu. tp takut gak guna keyword yg jarang digunakan. takut takda plak org nak search. hehe
.-= mohdisa´s last blog ..Memaparkan Google Adsense Di Blog Berbahasa Melayu =-.
ouh..camtu rupanya. salah teknik la plak. selama nih pilih keyword yang paling banyak search nyer. hehe
.-= aidi-safuan´s last blog ..Doraline143 slammed Aidi-Safuan.Blogspot.Com! =-.
Memang kita pilih yang orang banyak search, cuma kita ubah sikit. Kena bijak memilih =)
long tail keyword
.-= Cerita terbaru ecardgraphics.net.. Happy 21st Birthday =-.
ooooooo mcm tu rupenyer!
terima kasih.. sangat berharga.. hehe.. :D
.-= rabiatul adawiyah´s last blog ..Astro B.yond Bloggers Night =-.
ye sayang ariff… skang sharing is LUV bukan caring lg… bijak gak tu. tp kadang2 jari laju je menaip lupa nk buat kajian dulu… huhuh. thanks btw
baguih ni.. nnt aku cuba try test ek..
perghh!! hehe… tp kebanyakan blogger yg aku nmpk skrg ni x penting kan tu smua.. sbb diorg cam syok sendiri.. guna perkataan shortform bagai.. aduh.. hahaha.. yg betul² nak jadi blogger je pentingkan SEO nih.. kan?
.-= Mr.Bintang´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL 2010 =-.
Ada orang tulis blog sekadar isi masa lapang je. Untuk aku, sebab sebelum ni aku dah ada banyak sangat blog aku nak jagala blog ni. Try maintain sampai bila-bila. So kena buat betul-betullah. Baru sentiasa bersemangat. Haha~
thank berkongsi info..akan dipraktikkan kat blog aku…
Terima kasih kerana berkongsi info.
Terima kasih kerana membaca :D
Thanks gak
p/s: commentluv ada bad juju. wat hepen?
Bagus ilmu ni.. Boleh belajar untuk meningkatkan traffik blog ligakampung
Selamat mencuba dan semoga mendapat manfaat! =)
CEKANGGG..
Tips yang sangat bagus bagi blogger yang fikir tentang trafik dan sebagainya tetapi bagi yang happy menulis apa juga mungkin santai je tentang keyword ni.
.-= denaihati´s last blog ..3 hari lagi peluang untuk dapat RM4250 =-.
Biasanya bagi orang yang penulisan mereka memang bagus memang tak perlu titik berat sangat pasal ni. Good things sell by itself, tapi rasanya kebanyakan blogger perlu tahu pasal ni, terutamanya yang masih baru.
Thanks a lot sebab retweet =)
tips yg bagus..akan kucuba ni…tips ni pernah dibagi oleh justkhai juga rasanya….
Aura Hanis Zalikha
ni kena kreatif la ni kan..
good info sharing..
tq so much..=)
i link ur blog to mine..
Thanks!
Nanti saya letak link awak dalam link list.
susah nehh..nak duk pikir title pon 1 hal.hihi
tp thanks 4 da info. syg kamu.hik3~
Mula-mula fikir title dulu, lepas dapat fikir title baru test kat google, tengok boleh tune dan manipulate mana-mana.
Yang penting kita kena ikut idea asal kita dulu, baru penulisan tu boleh jadi berkualiti. Kalau tulis semata-mata nak sumbat keyword, memang jadi hampeh la..
gunalah google trend.. kalo nak taw apa yang best…. huhuh.. setaw saya, teknik yang arif cuba buat ni adlah long-tail keyword… secara x langsung teknik ni dapat cover dari broader niche kepada narrow niche
Wah. Ko mesti lagi banyak ilmu daripada aku. Betullah tu, long tail keyword. Maybe lepas ni nak sentuh sikit pasal ni.
Thanks sebab sudi komen. =)
hoho
mantap r bro
share banyak2 lagi
Insya Allah kalau ada nanti aku share lagi
Byk btul ilmu dia. Thanx 4 sharing. Sifuuuuu~~ :D
Takdelah banyak. Semua ilmu berdasarkan pengalaman je..
thank you
You’re welcome.
Terima kasih dengan maklumat ni.. sebagai mengenang jasa.. aku klik nuff kat atas tu.. hi hi
Huhu. Terima kasih =)
tanks kasi tips :)
Tapi aku tak penah fikir pasal keyword pun sebelum tulis entri. Aku tulis je apa aku rasa relevan untuk dikongsikan. Pasal keyword, perkara kedua, walaupun kadang2 tu memang aku fikirkan juga pasal keyword dalam tajuk entri.hehe
.-= izzat´s last blog ..Jadilah Pengguna Internet yang Bertanggungjawab =-.
Depends pada topik la. Kalau kita rasa ada topik yang boleh dimanipulate dan dapat beri kita trafik dari search engine, kenalah buat keyword research dulu.
buat research keyword ni pun memenatkan. aku sendiri jarang2 je betul2 perhati keyword. biasanya tulis je terus.
.-= beliamuda´s last blog ..Episod Akhir Drama Cinta Balqis =-.
macam kak jie…selalu tulis entri dulu baru fikir keyword
sebab walaupun kak jie target satu2 keyword – lebih berminat tulis hal yang bersangkut dgn kehidupan sendiri – mesti tulis hal yang kak jie tahu
contoh hal anak2 dan persekitaran – baru masukkan keyword
entri nampak personal utk kawan2 dan dalam masa yang sama untuk search engine
Betul. Penulisan kena ikut idea asal kita, bukan semata-mata nak kejar sumbat keyword sana-sini. Kalau buat macam tu memang ke lautlah entri kita tu..
oo camni ea.. bagus gak ni suke2.. maceyh arif =)
Sama-sama. Harap dapat membantu =)
hahaa..biarlaa..mrh lak…aku tgh bersemangat lagi nih..haha
.-= wawaa´s last blog ..Nak pakai tudung ke tak nak? =-.
Mana ada marah. :P Bagus semangat2.
kalau nak lagi mantap, masuk terus dalam tajuk entri. tapi risikonya pada pembaca la. sebab kalau isi entri tak sama dengan tajuk, itu membawa padah. pandai2 la putar belit mana yang patut.. :D
.-= beliamuda´s last blog ..Video Gerhana Matahari 15 Januari 2010 =-.
Betul2. Tu nanti mungkin aku akan buat entri baru. Hehe..
kalau keyword ada potensi, kita pun ada isi, memang terbaik ah kalau buat entri terus.
terbaik ah. memang berkesan. yang tak pernah try tu, jangan lupa ya. sama-sama bersaing.
haha. aku dah berjaya rampas satu keyword dari entry asal yang aku refer untuk SERP ni.. :D
.-= beliamuda´s last blog ..(Gigi) Sang Pemimpi – OST Sang Pemimpi =-.
Tu dia otai SERP datang. Ape khabar? Semua bagus? :D
aku otai? aku banyak refer orang lain pasal SERP ni.
kalau nak maintain je trafik, pandai2 la kaji trend carian semasa. cuma kita sebagai blogger malaysia ni takde lagi tool yang tepat untuk bagi tahu apa yang paling orang cari dalam sehari tu. kena alert sendiri la.
.-= beliamuda´s last blog ..Gambar Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010 =-.
i like it..thanks ariff..syg kamu juga(moshi ckp) =P
Huh. Cepat aje ko komen..
wow…. nice…. huhu… bagus tul ko ni ek…. kongsi serp ni….
Kongsi berdasarkan pengalaman je..
Tips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search…
Internet ni tempat orang cari maklumat, oleh itu adalah sangat penting untuk kita dapat rank pada page pertama untuk apa-apa keyword yang berkaitan dengan blog kita….
Tips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search | blog.ariff…
Internet ni tempat orang cari maklumat, oleh itu adalah sangat penting untuk kita dapat rank pada page pertama untuk apa-apa keyword yang berkaitan dengan blog kita….