Bukan. LC saya tidak digunakan (tidak boleh digunakan) untuk mengejar superbike. Tapi sebenarnya saya sedang berkira-kira untuk membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi.
Nampaknya model yang memang panas sekarang adalah Kawasaki Versys yang kebetulan menjadi superbike idaman saya juga. Kawasaki ER tu dah pernah dicuba, tetapi disebabkan ketinggian saya, postur ketika menunggang ER adalah sedikit janggal dan mengganggu pemanduan. Bahaya tu. Dan itulah sebabnya berlaku kes jatuh dari superbike hari tu (yang ditunggang juga adalah ER tetapi versi lama).
Iklan ini diletakkan di Mudah beberapa hari lalu dan saya hanya sempat menghubungi pemiliknya hari ini. Kalau diikutkan, nilai motosikal termasuk kesemua aksesori yang dilengkapi pada Versys ini boleh mencecah RM45,000. Jadi RM35,000 adalah tawaran yang sangat murah & berbaloi.
Menurut pemilik tersebut, Versysnya terjual pada hari yang sama iklan tersebut diletakkan. Dia juga menerima banyak panggilan daripada mereka yang berminat untuk membelinya. Kalau saya pun sempat menghubunginya sebelum orang lain booking, silap-silap dah keluarkan cheque untuk deposit pembelian motor tersebut.
Nafsu ni.. kalau tak dikawal memang sangat merbahaya. Kalau ikut nafsu lah kan, silap-silap saya ambil terus loan 40k dari Bank Rakyat dengan tempoh pembayaran selama 20 tahun semata-mata untuk mendapatkan superbike idaman ni. Sebulan baru dalam RM300+ macam tu. Tapi gilalah kan beli motor sampai 20 tahun baru habis bayar.
Harga asal motor ni di Thailand hanyalah RM26,000 berbanding RM40,000 di Malaysia. Rasa macam nak pindah ke Thailand dan beli motor ni kat sana. Cukai kat Malaysia ni banyak sangat dan kalau saya berkempen untuk pilihanraya, saya akan berkempen untuk menghapuskan/mengurangkan cukai kenderaan di negara kita ni. Pelik kerana masih belum ada pihak yang meletakkan agenda tersebut dalam manifesto pilihanraya mereka. Isu bagus tu.
Apa-apa pun, semoga nafsu nak beli motor ni dapat dikawal. Ada pembelian lain yang lebih penting yang perlu saya kejar.
tunggang motosikal berkuasa tinggi ni selesa..nanti 1 masa, harap dapat memilikinya….hehehe
minat ER tue tapi Versys pun smart gak..macam kamen rider pun ada..haha
wah…daku pun mengidamkan superbike….tp tak tahulah bila nak tercapai tu…
dah ada nanti bolehlah touring sesama :)
oh maintenance x tinggi ke motor besar2? huhu lebih selesa bawak kereta je
perlu fikir banyak kali supaya tak berbelanja ke tempat yang kurang perlu..
Memang teringin superbike nie… Tapi entah bila la mampunye ;D
Versys ni best sebab dia versatile, hence the name. Nak touring pergi makan Laksa dekat Penang boleh, nak main jalan lipat pun boleh jugak! Tapi betul kata akubiomed, Versys tinggi compared to Er6. Maintenance murah je, around 100+. Tayar tak boleh confirm sebab lain motor lain tayar (Saya pakai Bridgestone Battlax semi-slick 1k sepasang) Kalau setakat ride ke kerja, tayar boleh tahan lama (: Abang Ariff minat motor sebab apa? Kalau all rounder Versys ni memang pilihan yang tepat :D
saya pon minat dengan superbike. Tapi pendam jer minat tu sekarangsebab mahal. InsyaAllah kalau business menjadi nak angkat satu sebagai hadiah atas usaha diri sendiri. Kawan2 doakanlah saya berjaya ye
kat siam harga murah, masuk sni tax melampau pulak. hadehh..
skg ramai yg pakai superbike g keje..teringin gak nk amik satu..tp bajet xde..utamakan mana yg penting dulu..:(
muda-muda baik beli rumah dulu……………………………………………….
even aku ada member suka superbike tapi for long term planning, aku prefer beli kereta terus. beli barang yang boleh guna lama sikit sebelum upgrade. lama kat sini bermaksud bila dah berkeluarga mudah sikit..
seriously,kau dah survey ke duit maintenance sebelum pakai superbike?hehe.pastikan fix income kau lebat.cuba survey harga tayar dulu kalau kau nak ride hari-hari. :)
ini pengalaman aku sendiri.
Haha. Sebelum ni aku tengok dari segi kos maintenance (tukar minyak je) :p
Terima kasih atas perkongsian.
Setuju. Dulu beli kereta pun x terpikir akan hal after beli punya caj. Memang garu kepala jugak kalau hal emergency jadi waktu tgh kering
betul jugak kan.. kos maintenance keseluruhan agak tinggi jugak. tayar skali tukar pun berkeping2 kuar poket.huhu
kalau bermotor pergi kerja memang best sebab boleh ciluk bila jalan jam. tapi bila musim hujan selalu lambat masuk office. tersangkut bawah jambatan…
Kena berpada-pada dan beringat jika nak beli sesuatu lebih-lebih lagi kenderaan, caj after beli iaitu servis, alat ganti dan kecemasan adalah yang paling mustahak untuk dipertimbangkan.
Masa belum banyak komitment nih….boleh beli apa salah nya,dah berumahtangga nanti susah dah he3..
ahhhaaaa… ingatkan dah nak beli tadi.. aduuiii.. hik3
ia bergantung pada bajet seseorang, kalau mampu apa salahnya..
kalau saya la,,lebih berminat kepada easy rider seperti kawasaki Vulcan 850CC,,superbike macam lasak sangat,,,
easy rider pun best, tapi tunggu tua sikit nanti. hahah
cari lagi bro.beli jgn xbeli.haha
pergh..serius x snggup pki moto besar2 macam ni..belum kos maintanaince lg..tp klu ada duit..xpe..dialu2kan..boleh tumpang skali nnt..hehe=)
Jika cukai kenderaan dikurangkan.
Ianya akan memberi kesan langsung kepada industri automobil negara. Dimana kita hanya mampu menghasilkan kenderaan dengan memenuhi keperluan tempatan sahaja.
Dengan isu AP hari itu pun dah beri kesan jangka panjang.
Apabila pengeluaran kereta tempatan telah dilimitkan kepada beberapa buah sebulan.
Ramai perkerja diberhentikan kerja bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung.
Sedangkan boleh dikatakan kebanyakan graduan yang keluar diambil berkerja di sini.
Itu yang diperkatakan oleh kenalan bro yang menerima kesan ini secara direct.
Apa yang bro cakapkan ni memang betul. Sebenarnya kita bersaing dengan Thailand dalam hal nak buka pusat industri automotif di negara kita, tetapi dalam hal ini Thailand dah lama menang (tak ingat sebab apa). Walau bagaimanapun, langkah ini memang membantu sektor pekerjaan di negara kita.
Cuma itulah, lama-lama memang sakit. Pendapatan dan gaji pokok fresh grad masih sama dengan tahap apa yang didapati 5-7 tahun yang lepas tapi kos hidup makin tinggi. Nak membeli kenderaan sendiri yang lebih selesa dan selamat pun kena tunggu 4-5 tahun dah bekerja baru boleh dapat.
kalau ketinggian ko pun tak memadai utk superbike tu, apatah lagi ketinggian aku..hahahaha
bukan tak memadai, tapi terlebih tinggi untuk kebanyakan jenis superbike yang 650 cc. Cuma Versys ni je nampak sesuai
aku bukan ape arif, aku cuma risau nanti hang kene hempap dengan motor tu je. hahaha.. aku pon tak sanggup motor besar-besar. 1st, aku tak reti bawak motor ade clutch.. hahaha.. secondly, tayar dia 2 biji yang baru dah same dengan gaji bersih aku. dah tu.. lupekan je la. hahaha
pergh. serius ke tayar dia mahal camtu? tak pernah pulak pertimbangkan pasal harga tayar
ko follow blog tayargolek dot com. mmg owner punya blog selalu travel.. aku baca blog ni.. tayar ER je dkt 600 beb… itu pun aku baca daro blog dorang le..
takpe bro,beli rumah dulu…
pergh. kalau motor camni buat pakai hari-hari rabak gak
jarang sangat owner motor besar ni buat moto dorng kegunaan harian kot. same goes mcm pemilik kereta mewah.
eh. sekarang ada dah orang guna ER untuk bawak pergi kerja
er6 biasa aku tgk,versys jrg2..
Saya pernah mengunakan motor Kawasaki ZZR250cc. Rantai dan Tayar harga tak ingat. Kalau guna motor moped sprocket bawa RM40 boleh dapat 1 set dan kalau cc besar boleh RM2++. 1 tayar yang baik boleh tukar 4 tayar kereta. :-)
Minat eh ko kat superbike ni. Aku naik motor biasa pun rasa macam berat dah, inikan pula nak superbike.
Yup, fizikal aku agak kecil untuk superbike. =)
boleh cari yang sesuai untuk saiz badan. Untuk aku, rasanya ni paling sesuai setakat ni
Kawasaki Versys tinggi kalau hendak rendah sedikit Kawasaki ERn atau ERf.