Kepada yang tak tau, inilah tunggangan saya hari-hari untuk ke mana-mana. Review ini adalah sempena 2000 km perjalanan yang telah saya harungi bersama motosikal ini.
Kenapa motosikal? Senang je. Sebab murah berbanding kereta. Tapi mat mat motor akan tahu bahawa motor jenis LC ni dah kira mewah sebab harga pun RM7k lebih dan kalau letak tak kena tempat dan gaya, memang boleh kena kebas. Memang motor ‘panas’.
Kalau beli kereta kecil pun, boleh je sebenarnya. Tapi terus terang saya cakap, saya bukanlah seorang yang penyabar nak mengharungi traffic jam sana-sini di KL ni. Memang respect betullah pada mereka yang sanggup mengharungi traffic jam, bayar toll, duit minyak yang banyak dan kos maintenance kereta yang biasanya lebih tinggi daripada motosikal.

Merempit di Lembah Klang ni memerlukan confidence level dan keberanian yang tinggi. Kalau tak confident, memang langgar orang punya side mirror dalam traffic jam. Kepada yang baru belajar bawa motor, trylah mengharungi traffic jam di Persiaran Kewajipan depan Summit USJ, ataupun di Persiaran Surian menghala ke The Curve. Confirm cepat belajar.
LC135 edisi 2012 ni hype je lebih oleh sebab kejayaan LC versi yang sebelum ni. Harga dia mahal sebab ada banyak feature baru seperti brake disk belakang dan tayar belakang yang lebih lebar. Brake disk tu penting bro. Kalau jenis yang bawak motor laju macam pelesit, eloklah ada brake disk depan belakang. Memang menyelamatkan nyawa.
Lagi satu, LC135 2012 mempunyai versi yang didatangkan dengan clutch. Of course, yang saya beli ni ada clutch. Ada feel superbike di situ. hehe.. Tapi betul la, bila dah biasa bawa motor clutch ni, nak bawa apa-apa superbike pun boleh dah sebab basic dah ada.
Dari segi pecutan, motor ni memang champion dalam kelasnya. Lepas traffic light, confirm leading paling depan. Tapi dari segi top speed, memang agak annoying sebab motor ni dah ‘hardwired’ supaya tak menjangkau 110 km/j walaupun sebenarnya kita tahu, enjinnya boleh pergi lagi. Cukup kecewa dengan kekangan ini. Memang tak lama lagi tukar motor jugaklah nampaknya..

Comments
38 responses to “Yamaha LC135 Extreme Spirit”
salam….
sy juga pengguna LC ES 5-speed, setakat ni tak mengecewakan. bagi saya topspeed tak penting….yg penting petrol save, takyah tuang 2T (dulu pakai 125ZR), bunyi senyap,baju tak bau asap…
buat apa nak bawak laju²… kalau nak laju pakai superbike jer..baru boleh tapau motor² lain…tapau kete pun boleh…hehehe.,,,
sekian..
Setuju dengan bro. Cuma kalau long distance kenalah bersabar sikit bawak motor patuh had laju. Kalau kegunaan dalam bandar, memang sangat berpuas hati.
aku tak suka breakdisk belakang sebab selalu wat aku lost control, cenkaman disk belakang mmg bagus tapi selalu buat aku seret tayar….
aku pakai lc old school ja
bro.. angkat honda dash repsol laaa.. hehehehe
jangan bawak moto laju2..ingat orang yang tersayang..hehe=)
Dulu masa belajar kat shah alam pun aku pakai motor jugak..SS110..tapi sekarang ni tak tau lah boleh bawak motor clucth lagi ke tak
kalau dah pernah bawak, sampai bila-bila takkan lupa
Teringat zaman ke kuliah dulu. Moto pertama yg diberi oleh bapa, Yamaha Sport 100. Tuang mingat 2T, asap mcm asap fogging dan pencemaran bunyi yg sgt sakitkan telinga org lain. Haha.. Itula zaman remaja.
dah lama sangat tak bawa motor. zaman study dulu pergi kelas pun berkonvoi…
bab moto nie aku tak boleh cakap banyak..tak amek lesen g..baru berkira2 nak amek..haha..anyway, aku agak cuak kalau nak main selit2 kat trafik jam nie..entahla..mungkin aku penunggang berhemah kot..lol
aku sampai skg xde lesen motor. tp minat gk ngan motor2 ni.
kalau ada lesen, mmg dah lama angkut Z1000. huhu
..motor penting, untuk senang bergerak di dalam bandar. Pada hari kerja, lebih selesa pakai motor sebab jimat minyak, senang parking, senang menyisip dan dapat menjimatkan masa berbanding memandu kereta – habis masa di atas jalan raya sebab jem dan traffic light.
motor idaman masa silam. bentuk lawa tertarik habesss… last2 beli moto lain… saiz x sesuai..
apa tunggu la, kasi make over itu moto la. ramai guna tayar besar untuk LC jenis ni, sayang aku beli GT128 je, kat kedai moto tu tak de jual yamaha..sambar je mana pun, janji pick up 120km keatas..hehe
masa dok USJ..Persiaran Kewajipan tu mmg saya takkan lalu…
ok nnt lps ni if kak sha nampak motor ariff kat atas jln kak sha hon ye? hohoho
jangan hon. nanti kita terkejut. haha
sekarang ni kebanyakan moto baru semua ada cut off..even moto aku Honda Dash SE aku ni pn xleh g sgt..pastue meraung mcm mintak gear n laju lagi..Haish..
itulah. rasa macam rugi je. enjin bagus boleh pergi lagi, tapi dah cut off
“kos maintenance kereta yang biasanya lebih tinggi daripada kereta.” ???
haha.. dah dibetulkan
aku ingat yg baru ni laju…hehehe..
Motor Yamaha 135 LC ini ada cut off sebab bila bro Ariff pulas macam sepatutnya boleh pergi lagi. Ini antara pelanggan baru complaint versi baru ini berbanding 135 LC lama.
Ada faktor keselamatan juga.
motor ni memang ramai orang minat kot..
Perghh…LaiCi tu…mesti sedap je bawa laju…coverset pun lawo
street name dia LaiCi eh? hahah. baru tau
ok next, bole terus beli superbike. mahal macam kereta tp sedap bawak dan x sekat traffic jem. cuma kalo hujan tue, kena cari tempat berteduh le..
Jenama Yahama mmg ada harga dan ada permintaan yg tinggi dipasaran gelap,sebab tu mmg menjadi fvv pencuri…Cari CC besar sikit lah baru sedap he3..
cc besar dalam perancangan. Insya allah dalam masa terdekat ni
kenapa bro x angkat jer yamaha 150fx dah alang alang harga nak dekat jer
150 tak tengok lak hari tu
waaahh.. nak angkat FZ150 lak ke? hehehee
aku pakai nouvo lc jer utk merempit ke tempat keje, xpernah try lagi berapa boleh pergi..kena fikir anak dan isteri kat rumah kalau nak bawa laju2…hehe
hehe. memahami. tapi aku takdelah nak menunggang secara berbahaya. Kena tahu keupayaan diri sendiri dan motor
aku ada LC versi pertama yg ada clutch, bwk 140km tak rasa langsung, sgt stabil.. cuma yg tak bestnya ada 4 gear je.. padahal yang takda clutch 5 gear tak silap.
LC versi pertama dengar cerita ada permintaan tinggi. Nak jual and amik motor baru pun boleh
Motor LC lama lg best. Versi bru xcantik dah tu slow plak.
kalau nak power pakai yamaha 125 ZR atau pun lagenda special edition,,,memang LC diminati ramai sekarang berbanding semasa pengeluarannya yang pertama..