Kalau Sendiri Lambat Sampai Terlepas Flight, Jangan Marahkan Airline

Reading Time: 2 minutes

lambat

Orang cakap budaya Malaysia ni memang lambat. Saya sendiri akui memang wujud budaya ni sebab selalunya kalau datang event memang majoriti datang lambat daripada masa yang ditetapkan. Bukan nak kutuk siapa-siapa, tapi nak bagitau kebenaran.

Jadi sejak kebelakangan ni, lebih-lebih lagi sejak AirAsia promosi tiket percuma, mula dah orang ramai komplen pasal AirAsia. Bila ada benda murah, komplen jugak. Bila suruh naik MAS, komplen mahal.

Pertama sekali korang kena faham. You get what you pay for. Kalau Ariff Shah buka syarikat penerbangan tambang murah pun, memang saya tak akan bagi orang yang lambat ni naik flight. Bukan nak aniaya orang, but rules are rules. Let them pay. Orang Malaysia dah biasa go around the rule dan bila mereka dipaksa ikut peraturan macam ni, mulalah meroyan kat social media.

Syarikat macam AirAsia yang dah monopoli bisnes penerbangan tambang murah boleh buat apa sahaja. You don’t like, don’t use. Beratus ribu orang lagi akan travel guna AirAsia. Sama macam sebuah syarikat kabel tv yang naikkan tarif, atau syarikat bekalan air yang naikkan tarif air, atau syarikat pembekal tenaga elektrik yang naikkan tarif elektrik. Bila dealing dengan company monopoli ni, you have to follow their rules.

It’s good business bila pelanggan sendiri yang buat masalah. Mereka akan beli tiket seterusnya sebab terpaksa. It’s good to deny flight untuk orang yang selalu lambat ni. Good lesson to them dan tak perlu orang yang sampai awal tunggu orang lambat ni boarding.

Nak elakkan lambat, make sure prepare semua betul-betul. Gunakan perkhidmatan web check-in supaya sampai airport je nanti boleh terus ke kaunter document check dan drop baggage. Itu cara nak elak line panjang masa check-in.

Naik Emirates masa pergi-balik Moscow dulu kadang-kadang annoying gak bila ada orang yang lambat boarding. Ingat best ke duduk tunggu dalam kapal lama-lama?


Posted

in

by

Comments

17 responses to “Kalau Sendiri Lambat Sampai Terlepas Flight, Jangan Marahkan Airline”

  1. ohcikgu Avatar

    biasakan datang awal. itu je nasihat aku setelah 4 tahun naik airasia. lewat, memang depa tak layan.

    1. Ariff Avatar

      Staf pangkat manager pun diorang tak layan kalau lambat. Inikan pula orang biasa.

  2. Moms Avenue Avatar

    Sekarang kena lebih awal pergi airport, sbb kena fikir semua sudut, maybe dah awal, tapi que panjang, in the end kita lewat check in juga.. based on own experience masa nak balik raya.. huhuu

  3. Mr. Teddy Bear Avatar

    Kena tinggal flight memang kena beli tiket baru laa…haha
    So kena la menepati masa,biar awal 1jam,jangan lewat walaupun 5minit…

  4. hazman aka species1980 Avatar

    Pengalaman untuk bebudak student tu…there is always 1st time for everything ….hehehe

  5. Juan Avatar

    kalau bebetul memang penumpang salah la, bisnes besar besar macam ni mereka nak ikaut jadual supaya sampai masa yang tepat dan ada reputasi yang baik dari pengguna untuk sampai tepat pada masa

  6. Zairi.MY Avatar

    Memang salah penumpang kalau lambat… Tapi maungkin ada kes2 tertentu yang tak disangka berlakunya kelewatan. Kita merancang, Allah menentukan.

  7. penyebab hepatitis b Avatar

    penyebab hepatitis b – datang lebih awal satu jam itu sudah wajib bagi penumpang, karena pada saat beli tiket selalu diingatkan agar datang lebih awal satu jam sebelum terbang.

  8. Hanif Avatar
    Hanif

    Pernah missed a flight once (and yes sebab tak buat online check in). Then be a lesson untuk tak lewat dah.

  9. Bahrain Avatar

    tertinggal: i will make sure.

  10. Anarm Avatar

    Naik flight tak pernah lagi terlambat.. Kalau naik bas tu pernah jugak terlambat.. Pergi event pun kadang2 terlambat sampai.. Huhu..

  11. Bahrain Avatar

    Tak pernah lewat dan i will make aku akan sampai sejam awal dari masa yang ditetapkn. Masa yng ada digunakan untuk makan kat airport. hehe

  12. Amirul Avatar

    Pernah terlambat sekali sbb masa tu sakit perut… nasib dpt jugak naik kapal terbang, kalau tak rugiii tiket

  13. akubiomed Avatar

    Pernah terlambat. Lari cukup tanah nasib baiklah masih sempat. :-)

    1. Ariff Avatar

      Sama. Dulu lambat masa transit, terpaksa lari dengan hand luggage 15 kg (salah sendiri sebab overweight). Berpeluh-peluh sampai kat pintu.

  14. ATA Avatar

    HAHA smart argument. Pelik juga dengan manusia yang tahu dia tertinggal flight pasal dia lambat, atau erti kata lain x tahu nak plan perjalanan ke airport. Nak tutup rasa malu dan geram, pergi duk marahkan airline company. Apada….

  15. Faizal Fredley Avatar

    naik flight ni bukan macam naik bas sampai jer boleh terus naik…