Bagaimana Mendapatkan Tiket Paling Murah AirAsia?

Reading Time: 2 minutes

Untuk mereka yang suka travel dan bukan anak Tan Sri, boleh baca tips di sini tentang cara untuk mendapatkan tiket flight murah daripada AirAsia.

Sebelum tu anda perlu tahu bahawa kat AirAsia ni ada beberapa jenis tiket murah. Paling popular adalah tiket percuma RM0 mereka, then ada tiket harga Promo. Walaupun tiket yang korang beli mungkin murah, tapi selagi tak ada perkataan Promo pada paparan harga tiket, ia bukanlah tiket paling murah.

tips_tiket_murah_air_asia

1. Beli tiket 6 bulan lebih awal daripada travel date anda. Lagi awal lagi bagus. Biasanya tiket flight boleh dibeli antara 6-9 bulan lebih awal daripada travel date. Ini adalah cara yang paling berkesan untuk mendapatkan tiket promo daripada AirAsia.

Saya berjaya dapatkan tiket murah untuk jalan-jalan Jepun dengan cara ini.

2. Beli tiket pada hari pertama route baru diumumkan. Macam semalam (19 Februari 2014), route KL-Kalibo dilancarkan oleh AirAsia bersama-sama dengan tawaran tiket RM0 untuk ahli BIG mereka.

Ahli hanya perlu login akaun BIG dan redeem tiket pada harga RM0 dan saya check semalam, untuk tawaran ini, hanya perlu bayar RM122 seorang (termasuk airport fees) untuk return flight KL-Kalibo. Walau bagaimanapun, tawaran ini hanya sah sehingga jam 12 tengah hari pada hari yang sama. Rugi betul tak sambar je terus tiket tu semalam.

Bila check harini, tiket paling murah (promo) yang saya dapat adalah RM320 seorang (termasuk airport fees). Harga bukan promo adalah lebih kurang RM600 seorang all-in.

3. Pilih tarikh selain hujung minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad). By default semua orang akan travel pada waktu-waktu macam ni, jadi by default mereka susah nak bagi tiket harga Promo pada hari-hari ini kecuali route tu memang tak susah nak laku atau bukan musim. Kebarangkalian untuk mendapatkan tiket promo kalau travel hari bekerja adalah lebih tinggi.

4. Pilih tarikh selain daripada public holiday, mungkin 1-2 hari lebih awal. Same case, mereka dah kaji awal-awal cuti am di Malaysia dan berkemungkinan besar tak akan meletakkan harga promo pada hari-hari ini.

5. Jadi ahli BIG mereka. Saya pun ahli BIG, tapi kad tak pernah activate. Cuma ada online account je. Tujuannya hanyalah satu, untuk dapatkan tiket harga RM0 macam yang saya bagitau di atas.

6. Kaji high season destinasi percutian anda. Kalau masa tu orang sibuk pergi sebab ada festival atau event besar yang bermusim di destinasi tersebut, elakkan. Faktor ini juga diambil kira dalam menentukan harga tiket.

7. Kaji juga cuti sekolah Malaysia. Sama macam tadi, kebarangkalian untuk mendapatkan harga tiket murah adalah sangat tipis kalau travel masa cuti sekolah.

8. Last but not least, kalau nak dapat harga tiket murah AirAsia, jadi staf AirAsia. Benefit tiket murah ni memang biasa untuk semua airline di mana pekerja boleh membeli tiket pada harga 10% (ada yang 5%, bergantung pada airline) sahaja daripada total fare.

Harap tips yang dikongsikan dapat membantu!


Posted

in

by

Comments

23 responses to “Bagaimana Mendapatkan Tiket Paling Murah AirAsia?”

  1. Stuwie Avatar

    Ada chance nak dapat free flight tiket utk 3 orang jugak tu kot. Saya baru dapat, free utk 3 org ke Osaka. hehe Kalau tak de, cuba riki2 tanya orang AirAsia X Reward tu, mana tahu dapat kan.

  2. Rozita Ahmad Avatar
    Rozita Ahmad

    Mcmne nk jd ahli BIG mereka ek…….

  3. Asyraf Gold Avatar

    Wah menarik tips ni.
    Terima kasih sudi kongsi kan.
    Sy pun mmg suka jalan2 di jepun.
    InsyaAllah akan praktikkan :)

  4. Afiq Aimannaaim Avatar

    Terima kasih untuk tips ini! Boleh bookmark untuk rujukan akan datang hehe

  5. Drive Your Own Car To Langkawi NOW! Avatar

    Konsep yang sama yang akan kami pakai untuk tempahan tiket online ke Langkawi nanti. Setiap voyage pasti akan ada harga diskaun lebih rendah daripada harga standard, tapi dengan syarat perlu beli secara online. Belian in-advance secara online dilihat akan beri kelebihan daripada segi service preparation untuk syarikat, insyaAllah. Kalau dah start service kami nanti, saya akan maklum pada Yang Ariff :)

  6. Azri Johan Avatar

    ini betul2 promo kalau dah RM0… memang gila model bisnes AA ni

  7. Lal Avatar

    Aku prefer kawin ngan org keje airline!!! Hahahahhaaha!!! Bleh dpt rate speacial tu…

  8. ohcikgu Avatar

    hoho..boleh cuba la nanti.

  9. alin marlini Avatar

    Tips berguna ni. Arif…cer kaji plak selaly aa buat rm0 tu bulan brp….kadang2 termiss

  10. nurmisnan Avatar

    Yup betul tuh… itulah tektik nak dapatkan tiket murah..

  11. mrkay Avatar

    Tips no 8 tu aku hampir dapat a few months ago. tp tiba2 dia org ada big restructure dalaman so dia org KIV sampai sekarang. cis betul. Kalau tak salah aku, staff AirAsia entitled 6 tiket percuma setahun dan ahli keluarga terdekat (spouse & anak2) cuma perlu bayar 30% dari tiket. tak dpt 10%. tu yg setakat aku tau dan paham la.

  12. Rizal Avatar

    ada juga orang kata, kalau buat booking pada sekian2 hari pun ada efek juga… contohnya book tiket pada hari isnin tak sama dengan hari selasa…

    orang kata… :)

  13. eman Avatar
    eman

    Hurm….kalau cikgu2 yg dr semenanjung bertugas di Sabah Sarawak mahupun sebaliknya, apa pilihan lain yg ada kecuali tiket masa cuti sekolah je..tp sy stuju dgn tips sdra arif,mmg betul…boleh ikut tips and a :-)

  14. MK Kimi Avatar

    Kad BIG..hurmm sebelum aku ada kad tunemoney yg berfungsi mcm kad BIG. Bila keluar kad BIG, terus tak boleh pakai kad tu dan sampai sekarang tak apply lg kad BIG tu. Mungkin lepas ni kena apply kot…RM0,sape tak nak kan? :)

    1. naihusna Avatar
      naihusna

      Lepas kad BIG dilancarkan..diorang ade offer utk tukar dari kad tune money ke BIG percuma..terlepas pandang kot…skang mungkin kena bayar kalau nak tukar..

  15. shafizam Avatar

    Thanks..good info bro..=)

  16. ika Avatar
    ika

    bukan anak menteri, bukan anak tan sri dan bukan kerabat

  17. Farisya Anastasyia Avatar

    info yang sangat berguna ni AS :) selama ni main beli je.hehe

  18. NotaKembara Avatar

    Tips nombor 8 tu memang the ultimate tips. Haha

  19. Haffizul Iskandar Avatar

    Info yang terbaek..terima kasih atas ilmu yang diberi..:)

  20. Akuro San Avatar

    hah, tips yg ke-8 tuh memang setuju sgt! huhu~

  21. akubiomed Avatar

    Memang hebat kajian lengkap yang dilakukan untuk mendapat harga tiket yang terbaik.