Travel Tips: Gunakan Emirates Online Check In

Reading Time: 2 minutes

Aku benci beratur kat airport panjang-panjang just because nak check in bag. Fed up! Sepanjang 4 kali aku ulang alik Moscow-KL ni, senang je kalau aku nak potong line masa beratur ni; aku check in online. Sekarang ni semua syarikat penerbangan utama ada menyediakan perkhidmatan check in online.

Bila dah check in online, korang tak payah beratur sebab diorang ada bukak satu kaunter khas untuk customer yang dah check in online. Biasanya kaunter tu kosong, sebab ramai tak tahu, lupa dan mungkin tak reti nak gunakan perkhidmatan ni. Mereka lebih selesa untuk beratur panjang-panjang macam pendatang asing tanpa izin yang nak kena deport. Aku kesian tengok diorang..

brought to you by

Kadang-kadang kalau Emirates tau tak ramai yang dah check in online, diorang gabungkan sekali kaunter check in online tu dengan kaunter check in untuk business class.. haha.. Jadi orang yang tak tau ni nampak macam kita ni check in kat business class padahal sama je naik economy class. haha..

Lagi satu advantage kalau check in online ni, boleh tengok seating plan lepas tu pilih seat mana yang best. Aku suka kalau seat double dan seat sebelah tu takde orang. Puas hati. Takde orang kacau. Itu sebab selama aku balik ni, aku tak pernah kisah nak balik ngan sesiapa. Aku plan sorang-sorang, beli tiket sorang-sorang. Ramai-ramai pun kadang-kadang leceh, walaupun murah sikit sebab bayar taxi tu cutting ramai-ramai. Tapi entah.. aku ni memang jenis lone ranger kot. Nak try dapatkan free upgrade to Emirates Business Class. Tak mustahil tapi kena pandai mengayat dan memang ikut nasib. Tengok ah macam mana nanti..

Oh ya.. masa korang baca ni aku dah halfway to Malaysia. ekeke... Esok kalo sape bertembung ngan aku kat Mid or KLCC jangan terkejut lak. Tapi korang tak perasan kot sebab aku potong rambut dulu sebelum sampai rumah. p.s Kalau sape-sape rajin terutamanya admin page Bloggers Malaysia Facebook, tolonglah share benda ni. Terima kasih~


Posted

in

by

Comments

13 responses to “Travel Tips: Gunakan Emirates Online Check In”

  1. septzz Avatar
    septzz

    perghh larat lagi ko nak update.

    http://s4fw4n.blogspot.com/2010/07/flying-with-emirates-use-skywards-to.html

    aku nak cerita tentang Dubai pulak nanti bila lapang. haha

  2. suaidah Avatar

    Owhhh selamat bercuti!! :) dan selamat pulang ke tanah air.
    btw, wow tips nih. boleh lah beritahu sanak sedara. check in online senang kan. tak payah nak bersesak2 beratur. kita yg hantar pun lama kena tunggu! :D
    TQ~

  3. Hazzy Avatar

    selamat pulang ke malaysia…

    1. Anwar Osman Avatar

      welcome home

  4. Kujie Avatar

    @kujie selamat pagi dari dubai ( thu 01 Jul 06:22 via twitter for iphone )

    kalau flight EK3462 – pukul 2:15 dah touch down tu, apa lagi peminat ariff…bawa DSRL korang candid si ariff tu :p

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha.. EK408. dah selamat potong rambut kat Subang Jaya ni

  5. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Kalau aku free minggu depan aku datang KL. Kalau boleh nak jumpa Maja dengan ko. Contact number aku ada je dekat FB, nanti message aku number ko pulak.

  6. Lord Zara Avatar

    Walalala~
    Dak Ariff dah balik~
    ^__^

  7. hanisaleeya Avatar

    nih rasa malas nak balik Arau awal2 nih.. dah la ayah ajak g kursus sehari kat kl hari ahad nih.. deii.. kursus best lak tuh.. Free + dorang kata PLKN dah masuk! Fuh! [erk.. duit modal ayah belum bayar.. erk..] hmm…

    scheduled entry 1.30 pagi waktu Msia ni kan? Haha.. buka dah kul 4.01.

    ok. nak g roger bebudak kat page2 blogger fb tuh.

  8. whiteCempaka Avatar

    omaigod…saye baru tahu nih..*haha sangat ketinggalan lah kot*
    neway, tips ni sangat berguna lah..boleh la i apply time nak balik msia nnt..terima kaseh ye inche ariff..

    safe journey n slmt bercuti lah! =)

  9. hana Avatar
    hana

    heheh.. ingat ko je taw.. ak da lame buat sbb senang~ x yah beratur esp mase kt klia.. gle hpe~ anyways, have a safe journey dear~

  10. KNizam Avatar

    welcome back to malaya. hehe mcm la aku selalu balik. hehe :)

  11. mijie Avatar

    aisyemen, schedule entri rupanya, selamat kembali ke tanah air