
Hujung tahun lepas saya ada tengok sebuah property ni. Masa tu harga tawaran untuk unit yang saya tengok tu adalah RM350,000. Kurang lima bulan lepas tu ada transaksi hartanah di kawasan tersebut dengan keluasan unit yang sama dijual pada harga RM390,000.

RM40,000 kenaikan atau 11% dalam masa kurang lima bulan. Pada saya ini cukup tinggi, tak taulah kalau otai hartanah lain boleh cari yang lebih hebat untuk hartanah yang dalam price range macam ni.
Kenapa ini penting? Sebab bila dah ada transaksi pada sekian harga, harga ini akan dijadikan rujukan oleh panel penilai bank. Oleh itu, kalau nak buat refinance, takde masalah sebab dah ada transaksi pada harga ni. Nak jual pun senang sebab pembeli boleh dapat loan berdasarkan harga transaksi.
Hartanah ni adalah yang saya mention dalam entri sebelum ni. Puri Aiyu Condominium. Kat Batu Tiga, Shah Alam.
Saya terangkan kenapa saya tak suka kawasan tu, antaranya ialah depan tu jalan utama dan terus masuk Federal Highway. Memang selalu sesak sebab lampu isyarat tapi yang sesak inilah sebenarnya petanda bahawa kawasan tersebut strategik.
Kembali kepada asal. Lokasi, lokasi dan lokasi. Sebenarnya condo ni cukup convenient. Keluar je dah masuk Federal Highway atau melintas highway boleh sampai Glenmarie. Ada yang bekerja di PJ beli dan menetap di sini.
Pasaran sewa pun not bad. Basic unit RM1,300. Paling tinggi permintaan sewa RM1,700 untuk unit fully furnished. Boleh kata competitive. Kalau sewa ikut bilik, Master bedroom boleh pergi sampai RM750, middle bedroom RM600 dan bilik paling kecil maybe RM500.
Kalau belum ada apa-apa pun hartanah ni boleh naik harga cepat macam ni, cuba kalau LRT dan BRT dah siap nanti. RM500,000 memang tak lari bila sampai masa sellers market macam 2-3 tahun lepas.
Tapi itulah orang cakap. Jangan dikenang hartanah yang tak dibeli. Tahun ni dan tahun depan masa paling sesuai nak cari hartanah below market. Jangan tak rebut peluang ni. Yang nak kahwin tu boleh tangguh dulu. Beli hartanah seketul dua baru kawin. haha..

Comments
14 responses to “Jangan Dikenang Hartanah Yang Tak Dibeli”
Assalam,
Saya baru bekerja 8 bulan dan baru beli serviced apartment sentrovue di puncak alam berharga 273k before discount. Wise move or bad move? Rasa2 encik ariff, wujud lagi tak landed house around 400k in 5 years time?
Personally saya rasa Sentrovue memang ok. Since Uitm memang bertumpu kat situ, prospek penyewa confirm ada for the long term.
Landed bawah 400k? Wujud. Tapi kawasan hujung2 la
Bro.. Puri Aiyu tu bukan saja strategik malah cantik giler kawasan dia.. Balinese style kot dia punya konsep for the swimming pool.. Penah sewa di situ dulu time study..
Memang kondo idaman since zaman belajar hingga sekarang.. However, like Arif said, jangan dikenang pada hartanah yang tidak dibeli kerana kalau aku beli mesti akan stress giler hari2 berhadapan dengan jem yang sangat teruk di kawasan itu untuk pulang ke rumah yang tercinta..
Good taste and good choice of condo Ariff..
Salam,
Mana nak dapat info ttg transaction hartanah tu..thanks
Boleh rujuk transaksi di http://www.brickz.my
Tunggu rumah PR1MA je la macam ni, murah sikit. Lokasi pun ok.
Ekekeke :)
Hi Ariff!
Appreciate if you could give ur opinion on the under con condo seksyen 16 shah alam?
Ken Rimba Condominium 1. Start price 399K (After disc). Expected to complete 2018. Sebelah seksyen 7 and padang jawa KTM.
In general, ok. Kalau own stay, no problem. Price will appreciate, no doubt. Cuma untuk investment, kena hati-hati sikit.
Icity dah siap nanti berapa ribu unit akan masuk dalam market, plus icity lagi dekat dengan lrt, jadi orang yang nak lrt lebih prefer icity. Rental market agak challenging awal2 siap nanti sebab nak kena tunggu whole icity development to mature.
Just my 2 cents ya. Tak analyze sangat pun. Like I said, kalau own stay 2-3 years after siap, go ahead.
Betul tu..kondo ni terletak sangat strategik, dekat dengan komuter, Federal Highway, Plus Highway. Dekat dengan amenities yang lain seperti hospital, tesco, giant, jusco dan pusat bandar.
Assalamualaikum, En Ariff. Kenapa this year and next year? terima kasih..
Kalau rajin site viewing property sekarang, boleh jumpa banyak yang dijual below market value. Sekarang seller lagi banyak daripada buyer, so harga tak boleh demand sangat. Biasanya time macam ni tak lama tapi saya rasa sampai tahun depan keadaan lebih kurang macam ni, then akan berubah balik
Betul juga kot, baru2 ni saya ada view satu area di Serdang. Market price 400k tapi jualan 350k.
OK terima kasih.
nasihat yg baik ,bro ariff
Sekarang property tengah bubble market. Memang tahun depan is a high time untuk saya beli rumah lain . Geram pulak tengok rumah lelong berlambak-lambak .Beli , mekap cantik-cantik boleh buat sewa.