Peta jajaran LRT3
Semalam cerita pasal DASH, elok pulak hari ni keluar berita pasal BRT KL – Klang bakal disiapkan pada tahun 2018.
Mungkin ramai tak tau pasal BRT ni. Saya cadangkan kalau nak tau, pergi sendiri ke Bandar Sunway dan try sendiri. Kemudian bayangkan benda ni akan dibina sepanjang Federal Highway dari KL ke Klang.
Lagi hebat pasal BRT ini ialah ianya dibina untuk diintegrasikan dengan laluan LRT dan komuter sepanjang Federal Highway. Bila ada integrated system macam ni, lagi besar kawasan liputan sistem pengangkutan awam. Masalah sistem pengangkutan awam kat Lembah Klang sekarang adalah kawasan liputan yang terhad, jadi tak ramai boleh dapat manfaat daripada perkhidmatan ini.
Apa-apa pun, tak payah fikir bagus ke tak sistem pengangkutan ni. Ada orang lain dah tukang fikirkan, ada pula pihak yang tabur duit untuk pembangunan ni. Sebagai pelabur hartanah, kita beli di kawasan yang bakal dapat manfaat daripada pembangunan. Senang je.
Walaupun lokasi stesen BRT KL-Klang ni belum confirm lagi, bolehlah gunakan peta jajaran LRT3 untuk mengetahui kawasan berpotensi tinggi menerima manfaat daripada BRT.
Contoh lokasi yang dah dapat manfaat daripada BRT adalah Mentari Court di Bandar Sunway. Mentari Court ni sebelah Federal Highway dan LDP, ada stesen komuter. Tak hairan budak-budak sublet jadikan tempat ni sebagai lubuk sebab penyewa kat sini tak pernah putus. Dengan adanya BRT, permintaan penyewa bertambah sekaligus menaikkan harga hartanah di kawasan ini.
Jadi dengan model yang sama, kita cari pula apartment yang terletak di tepi Federal Highway dan bakal menerima LRT3, BRT atau kedua-duanya. Personal favorite saya Puri Aiyu kat Batu Tiga, Dataran Otomobil dan sebuah lagi yang saya tak nak reveal lagi sekarang sebab saya ada plan nak beli kat kawasan tu. Kalau bagitau nanti banyak pulak pesaing masa saya nak membeli nanti.
Shah Alam akan berubah menjelang 2020. Harga sekarang masih lagi masuk akal, belum melampau kecuali di beberapa tempat. Sesiapa yang tinggal / kerja di kawasan ni patut ambil peluang keemasan ni.
5 Comments
Suriya
7 October, 2015 at 3:36 pmharga properties memang senang melambung bila ada prasarana macam ni. memang elok kalau berhajat nak beli.
rahimah
7 October, 2015 at 2:32 pmKalau yang dekat dengan public transport terutama lrt memang naik nanti tempat tu. Mula-mula memang seksa. Ampang dulu tak ada siapa nak duduk . Nak pergi kerja naik bas menangis nak sampai office. Bila lrt ada terus berebut.
Ariff
7 October, 2015 at 7:50 pmDan ramai masih tak nak rebut peluang untuk beli kat tempat lain yang baru nak naik. Dah banyak proven case
Jobdirumah Buat Duit
7 October, 2015 at 1:02 pmBoleh cari mana-mana yang masih rendah harganya kawasan ni. Lepas ni akan naik lagi rasanya.
akubiomed
6 October, 2015 at 10:18 pmMahu melambung harga properties dikawasan tersebut.