Semalam pergi tengok rumah yang bakal diduduki selepas berkahwin. Rumah sewa jer.. Belum nak beli lagi. Lokasi terpaksa dirahsiakan takut ada stalker #bajetretis.
Skodeng keadaan persekitaran. Hall dia panjang.
Dapur.
Ni kat balkoni dapur. Masjid tak sampai beberapa langkah dari pagar rumah. Insya Allah ya akhi..
Rumah kosong lagi. So lepas kahwin kena shopping untuk barang rumah. Berapa lagi la yang habis ni… So ni senarai 10 barang mengikut turutan kepentingan.
1. Peti sejuk
Paling penting. Haritu borak dengan Fazrol. Dia cakap eloklah beli yang dua pintu supaya senang nak simpan susu anak. hahahaha. Nikah pun belum dah mention pasal anak.
Tapi betullah, peti sejuk ni bukan selalu kita tukar, jadi kalau nak beli tu eloklah dibeli untuk kegunaan >5 tahun. So beli je terus yang dua pintu. Dapat macam Mitsubishi Grande ni best gak. Tapi dapat basic macam Panasonic ni ok dah.
Peti sejuk: RM999
2. Mesin basuh
Wajib dibeli secepat mungkin lepas pindah. Kalau tak macam mana nak basuh baju?? Front load ke top load? Apa beza?
Berdasarkan pembacaan, front load ni jimat air dan elektrik berbanding top load tapi lagi mahal. Jadi pilihan saya adalah top load. Senang cerita.
Mesin basuh: RM769
3. Thermo pot
Ada thermo pot ni senang. Air panas ready je. Tak payah dah nak tunggu air masak.
Thermo pot: RM249
4. Microwave
Microwave untuk panaskan makanan atau masak benda-benda simple. Good to have walaupun cara masakan Melayu kurang guna microwave.
Microwave: RM279
5. Dining table
Habis tu takkan nak makan atas lantai? Tapi set meja JokkMokk from Ikea ni murah ok. Boleh la tu…
Dining table: RM395
6. Periuk belanga
Kuali, periuk belanga, frying pan. Semua benda-benda basic kat dapur. Set Favorit Ikea ni pun boleh.
Periuk belanga: RM99
7. Vacuum cleaner
Vacuum cleaner sebab saya rajin vacuum bilik/rumah sebulan dua kali. heh
Vacuum cleaner: RM249
8. Sofa
Tak perlu satu set sampai 5-6 seat, dapat 3 seat macam Tidafors Ikea ni pun jadi. Untuk melepak-lepak sambil tengok tv lepas balik kerja.
Sofa: RM1899
9. TV
Saya tak tengok tv sangat tapi kalau orang datang takkan senyap je rumah kan. At least kalau ada tv terhiburlah jugak tetamu yang datang. TV paling murah kat Harvey Norman ni is RM799. hmm. kena cari kat tempat lain kot.
TV: RM799
10. Seterika
Supaya orang rumah saya nanti boleh tolong seterika baju saya.
Seterika: RM112
Jadi jumlah kesemuanya yang perlu dikeluarkan adalah RM5803. wohoo.. banyak gak tu. Kepada yang bertanya (ingatkan nak mintak rumah sewa satu, jual kat saya 30% below market ok?) nak hadiah apa haritu, bolehlah rujuk list ni sebagai panduan.
Ni lebih kurang la apa yang diperlukan nanti. Kalau malas nak angkat hadiah besar-besar, kasi je gift card Ikea or Harvey Norman. Lagi senang.
42 Comments
takky
14 December, 2013 at 8:33 amnanti dah kawin karang….
list barang nie boleh kurangkan…..
sebab slalu ye hadiah2 kawin, org byk bagi barang2 keperluan mcm periuk belangan, seterika n lain2…….
Sumijelly
7 December, 2013 at 9:05 pmeh..eh.. jangan lupa beli TONG GAS..
nanti x dpt masak lak..hik3…
Ariff… kak sumi suggest.. jgn beli banyak peralatan eltrik..seperti thermos eletrik… better beli thermos yg tuang air jer… sbb kak sumi dulu memula kawen masak guna cerek bunyi jer.. pastu tuang dlm thermos..hik3
sbb kalu terlalu banyak penggunaan dr segi eltrik..nanti banyak bill.. awak tu br nak mula hidup..hik3..
microwave sesuai la.. sbb sok2 time puasa…. panaskan aja…
peti ais… sterika…mesin basuh paling peting….
Nadhira
6 December, 2013 at 4:19 pmgood entry. haha. lepas baca ni, saya rasa yg paling penting sangat2 ialah peti sejuk, washing machine (walaupun duduk berdua still boleh basuh guna tangan je dulu), periuk belanga dan iron. second month bole la beli tv ke, sofa ke. mcm sy, meja mkn (jokkmokk set tu la.hehe) beli bila dah tak boleh duduk kt lantai sbb mengandung perut besar. vacuum tak beli lagi sbb guna penyapu je. haha. sbb sy jenis guna je apa yg ada. huhu. eh katil?
Mohd Shubhi
5 December, 2013 at 3:23 pmMasa kawin dulu semua tu ada dalam senarai kecuali sofa…beli tikar saja dan duduk atas lantai nonton TV. Lagi best
Anak Askar Pencen
29 November, 2013 at 9:49 pmBajet kena besor sebenarnya kalau untuk pengantin baru nak masuk rumah baru ni. Even rumah sewa pun, barangnya kena la elok sikit. Tak macam barang rumah bujang yang sekadar ada je.
Bila fikir-fikir balik, kalau duit untuk belanja majlis aku dulu tu buat untuk beli barang rumah lagi baik rasanya. Pelamin harga RM2000 pakai sehari, mesin basuh RM2000 pakai sampai 5 tahun.
Asyrof Asri
29 November, 2013 at 1:53 amSemua barang yang disenaraikan diatas memang penting dalam setiap rumah. :)
Serius, banyak jugak belanja tu.
Kalau Asyrof maybe target RM 1500 – 3000 saja.
Que
27 November, 2013 at 7:15 pmTahniah! Anda mmg bijak merancang. Ada beza keperluan dan kehendak. Well done bro!
Zikri Ahmad
27 November, 2013 at 11:10 amBetul tu,, yang penting barang keperluan ada..
Keperluan dapat jimat duit pun dapat..
=)
Juan
27 November, 2013 at 1:02 amrasanya apa yang bro senaraikan tu memang semuanya patut dibeli bagi rumah yang kosong, saya pun ada rumah, masih kosong lagi, so nak isi barang jugak mcm bro
Que Achmad
26 November, 2013 at 11:50 pmAriff: slow2 beli barang umah, insyaAllah lama2 penuh la nanti
Haiza
26 November, 2013 at 8:12 pmAlhamdulillah, selamat pengantin baru…..berkongsi pengalaman selepas kahwin, bgus kalau ada fridge yg besar , dan rasanya kalau mesin basuh, front load lebih baik….[sbb bila skrg gna top load…hbby lbg suka front load….tepuk dada tanya selera yer..
blowie
26 November, 2013 at 8:11 pmdah nak kawen dah bro eh, jangan lupa jemput aku wei :p
Muaz
26 November, 2013 at 2:48 pmbanyak nya bajet yang diperlukan..
kita mula berjimat dari sekarang kalau nak beli barang rumah baru ..
hazman aka species1980
26 November, 2013 at 2:29 pmSenarai tu memang antara yang diperlukan tapi bergantung la pada pasangan…. biasanya beli sikit-sikit mengikut keutamaan
safuan
26 November, 2013 at 1:38 pmPerluke beli rumah kosong and need to install all those stuffs?
I think better cari rumah sewa yg fully furnished or partially furnished (at last laa). Then, just add-on apa yg mungkin tidak termasuk seperti Unifi (commonly).
Takpayah pening kepala nk fikir itu ini.
Deposit rumah lagi 2+1 (normally byk duit hbs utk deposit jer) + agreement + maintenance bills + whatsoever.
Perbandingan rasanya dapat dicut-costkan dekat RM3000++ (at least,better invest utk emas ke apa) juga tu.
Hehe. Sekadar berkongsi pendapat.
Eridy
26 November, 2013 at 11:12 amsurvey dua atau tiga kedai perabot, selalunya kalau kita beli banyak nie..ada potongan harga untuk barangan rumah yang basic2..cth beli atas 3k, barangan basic cth periuk dgn vacuum tu ada less..
akubiomed
25 November, 2013 at 5:27 pmItem saya rasa boleh ditangguh adalan 4, 5, 7 & 8.
Akmal Aizat
25 November, 2013 at 4:48 pmBeruntung tuan sebab rumah dekat masjid. Senang nak berjemaah, jalan kaki pun boleh kot kalau dekat camtu.
Ariff
25 November, 2013 at 6:23 pmJalan kaki tak sampai 5 minit. Insya Allah
Tengku Syukri
25 November, 2013 at 4:47 pmthanks for this info ariff.. very appericiate that..
sickchild72
25 November, 2013 at 1:19 pmkene menyimpan kan weh kalau nak kawen T__________________T
Fadhil Husin
25 November, 2013 at 12:20 pmNice sharing. Satu lagi tak masuk tu. Set bilik tidur pun penting. Jangan lupa plk nanti.
saljuhumairah
25 November, 2013 at 10:11 amKatil tak ada ke?
Ariff
25 November, 2013 at 6:24 pmKatil guna apa yang ada dulu. Boleh tangguh kalau nak beli baru
Mohd Isa
25 November, 2013 at 10:02 amnasib baik rumah aku dah hampir lengkap semuanya, tapi rumah xdala besau macam abe kite ni. g jmp ayong aritu, minta dia wakilkan aku tuk jemput ko dan lain2. last2 tarikh sama la plak. ades…lup..apa2 pun tahniah sahabat. semoga berbahagia hingga akhir hayat. amin. :)
Mohd Azrin Abu Bakar
25 November, 2013 at 9:49 amDuduk menyewa bujang secara solo sangat mengujakan.
JMR
25 November, 2013 at 9:03 amkena forward ke ikea entri ni..mana tahu ikea nak sponsor sumer..save budget..hehe
Ariff
25 November, 2013 at 6:25 pmhahaha.. memang terbaiklah kalau diorang nak sponsor
Faizal Fredley
25 November, 2013 at 8:53 ambanyak tuu….pening kepala nak dipikirnya….pening kepala habis duit untuk kahwin pun belum hilang lagi ni nak pening kepala beli kelengkapan rumah….
ohcikgu
25 November, 2013 at 1:51 ampeti ais tu dah kira penting dah tu. hehe..
fazrol
25 November, 2013 at 1:45 amPatut laa tersedak, nama aku disebut rupanya. ha ha
Katil tak termasuk dalam list ke?
Untuk yang berkenaan sila laa sponsor mana yang patut.. cc – AE.
eyriqazz
25 November, 2013 at 1:20 ambro tertinggal subscription unifi dalam tu..ble minta shakiddo sponsor..hehehe
Ariff
25 November, 2013 at 6:27 pmAda line P1 kat situ, so guna P1 4G jelah. Kat rumah sekarang subscribe pakej fiber, dapat 4G free
Anarm
25 November, 2013 at 12:40 amBanyak tuu nak kena beli.. Microwave ada orang cakap tak berapa elok untuk kesihatan..
Syahril Hafiz
25 November, 2013 at 12:37 amGaji besar dah tu, sikit hari dapat la sebijik rumah 900k.. Hehe! *2 tingkat tuuu….*
Btw dari 10 tu ada yang boleh cut lagi tu, bajet sikit. Awai awai nak rush semua, garu kepala kemudian.. Nice share bro!
Ariff
25 November, 2013 at 6:28 pmBetul gak. Mungkin sofa tu boleh hold dulu
faizalpj
25 November, 2013 at 12:22 ammicrowave takde pun tak apa.sebab tak elok sangat guna..
ok le tu…mmg mula2 sakit sikit
Haiqal
25 November, 2013 at 12:07 amEhem,ini hint supaya menjadi guideline untuk orang bagi hadiah ke nanti?ehem
Ariff
25 November, 2013 at 6:29 pmeheem….
hahaha.. takdelah. Ni pun berfungsi sebagai list untuk diri sendiri
Myvitrd
25 November, 2013 at 12:04 amSet bilik tidur jgn lupa bro… he3..
Man
24 November, 2013 at 11:58 pmWaha! perkongsian sebelum kahwin/pindah rumah yang bagus. Lepas ni kongsikan pula 10 barangan hantaran ye. =)
sweetkurma
24 November, 2013 at 11:57 pmalhamdulillah, bijak merancang, moga Allah permudahkan semuanya
aminn