Cara Kembangkan Duit Cashback Beli Rumah

Reading Time: < 1 minute

Dah beli rumah? Bagus. Dapat cashback tu jangan pulak beli Pinarello. Seeloknya laburkan sepenuhnya duit cashback tu supaya pulangannya nanti boleh guna untuk renovation.

Macam mana nak laburkan?

Cara paling mudah adalah masukkan ke dalam unit trust dana equity. Bergantung kepada risk tolerance masing-masing, kita akan bahagikan amaun kepada beberapa dana.

Tak perlu target tinggi-tinggi, kita letakkan pulangan 8 – 12% setahun sahaja. Kalau dapat lebih (insya-allah achieveable) kita kira sebagai bonus je.

Simpan selama 3 tahun. Lepas rumah siap, boleh dah keluarkan untuk kegunaan renovation.

Contoh cashback RM50,000.

Potensi pulangan compounding 8% setahun RM62,985.60 atau ~26% pulangan selepas 3 tahun.

Manakala pulangan compounding 12% setahun RM70,246.40 atau ~41% pulangan selepas 3 tahun.

Cashback ni hutang, duit lebihan loan rumah. Kalau hutang, seeloknya tak dibelanjakanlah. Bila dah dikembangkan macam ni, barulah rasa tak bersalah sangat nak belanja.

Hubungi saya kalau nak invest duit cashback beli rumah.

Baca lagi:

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation

Leave a Reply