Peti Sejuk Mitsubishi L4 Grande Untuk Mak

Reading Time: 3 minutes

l4-grande

Special note: Kalau korang nak tolong saya hadiahkan peti sejuk ni untuk mak, klik butang Like kat bawah ni. Pihak Mitsubishi akan hadiahkan sebuah peti sejuk kepada blogger yang mengumpul Like paling banyak. Sokongan anda amat saya hargai!

Sejak kebelakangan ni mak bising sebab peti sejuk lama dah tak muat. Banyak barang yang perlu disimpan dalam tu. Jadi kami sedang berkira-kira untuk mendapatkan sebuah peti sejuk baru.

Kebetulan saya telah dijemput oleh Mitsubishi Electric ke event pelancaran peti sejuk terbaru mereka iaitu L4 Grande. Antara keistimewaan peti sejuk jenis French door ini ialah saiznya yang besar, malah boleh dikategorikan sebagai yang paling besar dalam kelasnya.

Baru tahu term french door ni bermaksud peti sejuk yang pintunya dibuka dari tengah. Mungkin sebab cara bukaannya yang lebih menarik dan mungkin seksi menyebabkan jenis peti sejuk ini mendapat nama french door. hmm..

Sebenarnya peti sejuk dengan bukaan french door inilah yang mempunyai ruang penyimpanan yang lebih besar. Pintunya pun taklah lebar sangat berbanding peti sejuk satu pintu dan ini dapat menjimatkan ruang dapur anda.

So dari segi ruang memang takde masalah. Ruang penyimpanan L4 Grande yang besar boleh menampung pelbagai barang makanan yang semakin bertambah dalam rumah saya.

Bagaimana pula dari segi teknologi? Of course peti sejuk baru sekarang ni perlulah mempunyai teknologi terbaru setanding dengan peti sejuk lain yang berada di pasaran.

products-refrigerator-features

Pertama sekali kena tengok dari segi energy consumption dan energy saving feature yang terdapat pada peti sejuk ini. L4 Grande dilengkapi oleh mikrocip pintar yang menyimpan maklumat penggunaan peti sejuk supaya ia boleh beroperasi pada tahap optimal. Contohnya, katakan hanya selepas waktu bekerja peti sejuk kerap digunakan (pintu dibuka & tutup), maka secara automatik peti sejuk ini akan mengurangkan penggunaan tenaga pada waktu lain.

Eco Mode pada peti sejuk ini menyelaraskan penggunaan tenaga pada tahap minima untuk jangkamasa yang lama peti sejuk tidak digunakan dan pada masa yang sama mengekalkan kesegaran dan kualiti barangan makanan yang disimpan di dalamnya. Dengan Eco Mode, tak perlulah nak matikan peti sejuk semata-mata untuk menjimatkan elektrik bila nak balik kampung.

l4-grande-vitamin

Selain daripada itu, L4 Grande dilengkapi dengan mekanisme Vitamine factory untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti sayuran berdaun dalam peti sejuk tersebut. Sayur-sayuran yang disimpan akan tahan lebih lama dan dengan fungsi kawalan kelembapan (humidity control) mengelakkan sayuran menjadi layu dengan cepat.

l4-grande-2

Dengan lebih daripada 20 tempat penyimpanan barangan makanan yang berasingan, L4 Grande memudahkan cara penyimpanan yang lebih sistematik dan teratur. Bukan setakat itu, ruang penyimpanan seperti door pocket dan rak utama boleh diubah kedudukannya dengan mudah. Sungguh fleksibel untuk menyimpan barangan makanan yang umummnya dipakejkan dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Last but not least, peti sejuk ni memang nampak moden dan seksi. Walaupun ia hanyalah sebuah peti sejuk, namun rekaan bentuknya yang kemas dan cantik mampu menjadikan suri rumah lain tergila-gila untuk mendapatkannya. Confirm mak happy kalau dapat peti sejuk Mitsubishi L4 Grande ni.

Contest susun barang dalam L4 Grande untuk blogger yang hadir. Kalah pulak hari tu
Game susun barang dalam L4 Grande untuk blogger yang hadir. Kalah pulak hari tu. grr..
Banyak lagi ruang kosong tu
Banyak lagi ruang kosong tu

Posted

in

by

Comments

14 responses to “Peti Sejuk Mitsubishi L4 Grande Untuk Mak”

  1. Luthfi Avatar

    wouww,,,,mantabb,,,harganya mahal tak?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Rasanya dalam 4.5k

  2. Asyrof Asri Avatar

    Teringin jugak nak hadiahkan mak abah satu.

    InsyaAllah yakin 1 hari nanti. ;)

  3. Aya Avatar

    dah tolong LIKE..harap dapat hadiahkan untuk mak ariff.. gudluck

  4. akak tulip Avatar
    akak tulip

    mak ariff confirm suka…tapi kitorg follower ariffshah.com pun double suka kalau ariff buat contest dengan hadiah peti sejuk nih…hahahhaha

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      *pengsan*

      Belum sejarah lagi blogger buat contest kasi hadiah peti sejuk. hehe.. kalau saya mampu satu hari nanti, nak jugak buat

  5. cikRa Avatar

    mesti mak berasa bangga,gembira..Lepas ni makin bnyak barang la disumbat dlm peti baru tu..hahaha

  6. donnyien Avatar

    Produk dari Mitsubishi memang terbaik, ada juga beli barang elektronik lain dan memqng puas hati

  7. Faris Al-Muhandisu Avatar

    senyum sampai ke telinga la mak kalo dpt peti sejuk mcm ni. hehe

  8. abangensem berketak-ketak Avatar

    Ini kalau letak kat rumah sewa gua ni, kompom penyewa gua angkat gua buat laki dia ni.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Hahahaha..

      Lepas tu kena pancung dengan mem lu

  9. halif Avatar

    Berapa harga satu?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau tak silap hari tu RM4000 lebih

  10. akubiomed Avatar

    Sejuk hati emak kalau anak hadiahkah peti sejuk mewah ini.:-)