Panduan SEO 2011

Reading Time: 3 minutes

Kemaskini 2012: Baca panduan SEO On-Page yang terbaru

Walaupun dah cover hampir semua perkara asas untuk SEO dalam bahasa Malaysia (sila lihat page SEO blog.ariff), tapi tiap-tiap tahun mesti ada kemaskini untuk SEO. Dengan adanya Caffein (page yang mempunyai maklumat terbaru akan diberi keutamaan) dan faktor social score yang semakin diberi penekanan (content yang benar-benar disukai oleh orang lain akan mendapat lebih pemberat dalam SEO) memudahkan blogger untuk mendapat trafik yang lebih banyak daripada search engine.

 

Panduan SEO tahun ini dibuat dalam bentuk carta berkala yang mudah difahami. Jangan takut, segala penerangan untuk setiap elemen dalam carta telah ditulis bawah ni dengan bahasa yang mudah.

 

SEO Periodic Table

Periodic table SEO ni adalah yang terbaru sebagai rujukan untuk tahun 2011.

 

On Page SEO

On page SEO adalah benda yang ada/berlaku dalam blog kita.

  • Quality – kualiti di sini adalah lebih kepada bilangan patah perkataan. 250-300 patah perkataan minimum untuk dikategorikan sebagai berkualiti oleh search engine.
  • Research – Anda buat kajian tak untuk keyword yang bakal digunakan? Aku dah tulis dulu macam mana nak buat kajian keyword. Baca entri: Red Tube MalaysiaTips Dapatkan Ranking Page Pertama Dalam Google Search.
  • Words – Contohnya kalau dapat ranking keyword ‘rumah’. Boleh juga gunakan frasa ‘beli rumah’, ‘sewa rumah rendah’ dan sebagainya. Gunakan gabungan perkataan yang orang akan cari dalam search engine.
  • Engage – Berapa lama pembaca di blog kita? Seminit? Dua minit? Berapa page dia masuk? Ada tinggalkan komen ke tak?
  • Fresh – Of course tajuk-tajuk hot adalah sasaran mudah untuk SEO. Contoh terkini adalah nora elena, maharaja lawak, cinta melody dan sebagainya.
  • Titles – <title> wajib ada dalam setiap page.
  • Dscription – Kepada yang gunakan WordPress, nak masukkan description ni adalah paling mudah. Be descriptive atau tulis description yang membantu orang untuk mencari maklumat tentang keyword tersebut.
  • Headers – h1, h2, h3 dan sebagainya..
  • Crawl – Pastikan robots.txt membenarkan index dan crawling.
  • Speed – Maklumat loading time dalam Google Webmaster tools dan Google Analytics sahaja dikira. Lagi laju load, lagi bagus.
  • URLs – Jangan lupa letakkan keyword dalam URL.

 

Off The Page SEO

Off the page SEO adalah faktor luaran yang boleh mempengaruhi blog kita. Juga berkaitan dengan latar belakang pengguna search engine.

  • Links – atau backlinks. Berkualiti ke tak? PR? Adakah ianya dari link farm?
  • Teks – Anchor text yang digunakan untuk link tersebut, adakah ianya berkaitan dengan keyword yang kita target?
  • Numbers – Berapa banyak backlink untuk page tersebut?
  • Reputation – Dalam hal ni, mungkin reputasi adalah bergantung kepada bilangan followers/friends di Twitter. Klout? Mungkin tak sebab Klout masih baru.
  • Shares – Berapa banyak Like, ReTweet, +1 dan sebagainya.
  • Authority – Domain/site authority. Kurang pasti..
  • History – Berapa lama domain ni wujud. Ada sejarah hitam (malware, hacked) ke tak?
  • Country – Negara lokasi search tersebut dilakukan. Result terdekat akan diberikan.
  • Locality – Moscow, Subang Jaya.. Bandar di mana search tersebut dilakukan.
  • History – Individu yang search tu, pernah tak dia masuk website kita atau Like sesuatu di situ?

 

Violations

Jangan main tipu, jangan main kotor. Sila jadi professional.

  • Thin – Tulis entri pendek, sekadar nak dapatkan tajuk kena pada keyword panas je. Tak memberikan faedah kepada pengguna search engine.
  • Stuffing – Keyword stuffing sampai nak muntah. Style lama. Search engine sekarang boleh detect keyword stuffing dan kenakan penalti.
  • Hidden – Content blog lain, tapi sorokkan keyword panas dengan styling. Contohnya, warna teks untuk keyword tadi sama dengan warna background blog dan diletakkan di header.
  • Cloaking – Lebih advance, mereka ni tipu search engine. Dengan menggunakan teknik tertentu, bila search engine spiders crawl page mereka, spiders akan dihantar ke page ‘formal’ untuk keyword tersebut tapi bila manusia yang masuk, akan dihantar ke page lain (iklan, affilliate).
  • Paid links – Membeli link sebenarnya adalah salah tapi benda ni sukar untuk dibendung.
  • Link spam – Spam email orang dengan link kita. Orang mark as spam dan content tadi yang ada link kita pun akan di mark sebagai spam. Sama juga di Facebook.

 

Blocking

Pengguna search engine boleh block sesebuah blog daripada dipaparkan dalam search result mereka. Berapa ramai yang dah block blog anda daripada search result mereka?

***

Banyak copycat sekarang, terutamanya entri SEO macam ni. Mereka malas nak baca, malas nak research tapi nak buat entri juga. Linkkan entri Panduan SEO 2011 ini dalam blog anda dan tekan butang Like.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation

58 comments

  1. Bro ariff adalah sifu seo aku..so anak murid nak bertanya..

    “Pada aku, on page lagi penting. Kalau structure takde, search engine tak recognize langsung”

    1)jikalau onpage lagi penting kenapa ada blog kosong tapi dok kat atas serp..pening jugak ni..tolong jawab sifuu

  2. wleh2… gw pusing bgd ama SEO. Dri dlu mpe skarang kga’ nemu2 teknik SEO yg recommended. Kira2 gmana nih para agan2 smua, apakah pnya referensi tmpat blajar SEO?

  3. sy nie br sangat2 dlm blog nie jd klu baca nie takat blh baca jer…belom blh paham g….insyaAllah lama2 nie pahamlh :)

  4. salam ziarah..

    erm.baru ja gatai tangan nak buat entri macam cenggini untuk satu kontest tu..saja nak test2, tup2 bleh jumpa blog ni dari denaihati ;) pastu mula gatal nak tengok apa isi dalam blog ni..hehe..lambat la aku..rupanya taiko gengblogger ;)

    anyway, setuju dengan apa yang awak huraikan..even saya bukan blogger tegar, saya buat affiliate luar guna blog, tetap benda yang sama perlu di ambil kira..

    pada saya, ON-page memang key paling penting, perlu diambil berat kaw2..bergantung pada competition keyword tersebut..kalau just below 20k competition, insyaAllah kalau on-page kuat, mudah2 je nak rank bila tahu buat strategi seperti linkwheel, link magnet dan sebagainya..

    SEO, memang takkan pernah abis kalau nak belajar..bila dah start sedikit demi sedikit, dah nampak flow macam mana, insyaAllah, bila buat dengan betul, tak riso sangat la dengan panda update ke, manda ke, apa2 je istilah..hehe..

    tapi satu kelemahan yang ketara pada google sekarang adalah penggunaan google plus one tu..ni pengaruh fb la kot kan ;) silap2 kang ada la wujudnya forum atau geng2 yang akan buat grouping untuk like sesama mereka kot..

    nice post bro ;) nak melawat lagi la..subscribe!

    salam

    1. SEO ni macam perlumbaan. Lagi banyak kita ada, lagi tinggi peluang untuk menang (ranking tinggi). Pada aku, on page lagi penting. Kalau structure takde, search engine tak recognize langsung.

  5. best betul entri ni..aku cuma nak tahu pengaruh edu/gov backlinks plak..ape kepentingannya plak? :D

  6. panduan berguna untuk aku, bro. thanks. aku lebih konsentret SEO dalam konteks carian gambar. sebab aku jarang tulis entry panjang2. cm ko tulis la, nnt dicop sbg ‘thin’ :)

  7. Pening jugak bab istilah SEO nih.. Kalau nak menuntu sampai bila tak abis2..he3..

    Just nak tanya.. Stuffing tu contohnya cemna.. Kurang faham..

    1. Sumbat keyword banyak2. Popular beberapa tahun lepas, tapi sekarang macam tak releven sebab search engine boleh detect.

      1. Owh ye ke.. Jai ada buat jugak tuh sumbat keyword banyak2.. Ada masa nampak macam tamak je..he3..

        SO, biasanya keyword yang paling sesuai nak letak berapa?

  8. baru tahu tentang istilah2 violation tu. paling hampeh sekali cloaking la..geram sangat kalau termasuk kat web cloaking ni.

  9. kalau keluarkan ebook seo malay version percuma pun bagus jugak..guna bahasa macam ni lagi senang paham..percuma kot..;)

  10. wah, siap de jadual berkala mcm bljr kimia ar..
    mmg tak suka dgn cara sesetgh blogger yg tipu search engine, hasil carian tak sama mcm yg dikehendaki. rupanya keyword tu dtg dari meta tag, lngsung xde kena mgena dgn keyword yg dicari.saje je merka letk utk tarik trafik. kdg2 tajuk lain, isi lain.

  11. Bukan senang nak buat SEO 100% kat blog kalau tak biasa. Mau tak tidur malam nak buat.
    Wordpress memang banyak membantu blogger, perkara yang 4-5 jam nak buat kat blogspot boleh buat dalam 3 minit jer kat wordpress, semua dah sedia.
    Terima kasih kerana berkongsi ilmu SEO. Memang ringkas, cuma newbies mungkin tak faham kot.

    1. Entri ni bukan untuk newbies sebab entri2 sebelum ni dah dibuat khas untuk mereka. Jadi kalau nak faham memang kena baca daripada awal la. hehe.

    1. Yes, cuma untuk blogspot ni susah sikit setting dia. Kalau WordPress dah ada banyak plugin yang boleh guna.

  12. aku harapakan on page seo jer la.. tu pun selalu tenggelam.. kalah dengan blog alexa rank tinggi2 kot.. maknanya alexa pun mempengaruhi seo gak la kan?

    1. hurm~ aku rasa tak semestinya gak~ aku rasa PR jauh lagi penting dari alexa…

      p/s: betulkan aku kalau salah~ hehe

  13. Table di atas tu macam belajar Chemistry sekolah menengah dulu. Sedarlah! Ilmu saya tersangatlah kurangnya. Cuba-cuba bawa belajar.

  14. entry yang sangat menarik, ringkas dan padat…senang nak paham terutama untuk newbie macam aku. banyak yang aku baca tentang SEO ni agak complicated dan susah nak paham….best

  15. terima kasih atas perkongsian ini. saya memang pengunjung setia di blog ini coz banyak ilmu tentang SEO, blogging.dengan mengunjungi blog ni banyak ilmu yang saya telah perolehi. semoga anda semakin sukses

  16. google penipu….masih byk web2 cloaking kat luar sana tue….xkn diorg xperasan…..kat amerika plak tue..dkt jer dgn diorg….cuba korg deep search….ermmmmm…yg lg menarik…pagerank 2 bkn rank clon…dn lg best alexa below 100k…bermakna website bkn web baru…..so yg terbaik kita kena try semua ilmu yg ada….even SEO company pun akui benda nie….diorg gagal..tpi disebabkn mereka dibayar untuk SEO mereka kena buat cloaking untuk puaskn hati client….

      1. kalau ko jual ebook pasal seo ni, mesti boleh laku. quite few e-book sold for seo, mahal nak mampus but rasa mcm penulisnya pon main kopi pes jer hehehe

Comments are closed.