Unit Trust Mana Yang Masih Bertahan Selepas Kejatuhan Mendadak Harga Minyak?

Reading Time: 2 minutes

oil-down-400x300

Beberapa minggu lepas, harga minyak dunia jatuh mendadak sehingga mencapai paras terendah di bawah $60 setong. Bila harga minyak jatuh, keuntungan syarikat berkaitan pengeluaran minyak pun jatuh.

Disebabkan indeks Bursa Malaysia sekarang ni didominasi oleh syarikat yang berkaitan dengan perniagaan oil and gas, maka jatuhlah indeks akibat daripada kejatuhan merudum saham-saham berkaitan pengeluaran minyak di negara kita. Pada masa yang sama nilai ringgit pun jatuh sebab pelabur luar mengeluarkan duit mereka daripada pasaran ekuiti Malaysia.

Itu secara ringkasnya lah. Nak cerita teknikal, panjang lagi.

Apa-apa pun, kerisauan saya terhadap pasaran saham menjadi kenyataan. Awal-awal lagi saya dah ingatkan dulu. “Betul kata bro,” keluar ayat ni masa saya duduk dengan client saya semalam di Seminat Buat Duit Affiliate. Dia pernah bertanya tentang prospek pelaburan dalam unit trust pada bulan 9. Saya nasihatkan dia masa tu jangan all in lagi (memandangkan dia baru dapat cheque 5 angka) sebab market akan jatuh tak lama lagi.

Jadi sekarang ni kita bandingkan dana unit trust mana yang masih bertahan (masih untung) untuk tahun ni.

unit trust eastspring december

1. Bagi prestasi setahun, dana daripada Eastspring masih lagi di tempat teratas dengan pulangan keseluruhan 10.27%. Walaupun jatuh banyak dalam masa 3 bulan ni, pulangan masih lagi tinggi berbanding ASB, TH dan dana unit trust patuh syariah yang lain. Eastspring merupakan anak syarikat Prudential dan juga pengurus dana untuk semua produk di bawah Prudential (termasuk PruBSN Takaful).

2. Hanya satu dana popular yang perform tahun ni iaitu Public Ittikal, itupun dengan pulangan yang rendah. Silap-silap dividen Tabung Haji / ASB lebih besar daripada unit trust ni.

3. Lain-lain dana popular seperti Public Islamic Divident (PIDF) dan CIMB Dali dah ke laut. Senang cerita, tahun ni tak dapat apa pun kalau letak duit dalam dua fund ni. Habis kena tolak management charge je untuk bayar gaji fund manager yang tak perform.

4. Dalam keadaan market yang terumbang-ambing inilah kita boleh nampak fund manager mana yang betul-betul tahu apa yang mereka lakukan.

Macam biasa maklumat ni semua boleh didapati melalui akhbar The Edge.

Adakah sekarang masa yang sesuai untuk membuat pelaburan unit trust?

Ya, kalau anda bercadang untuk menggunakan konsep dollar cost averaging. No, kalau anda nak lump sum sekarang (KWSP / simpanan tunai). Saya berpendapat, masih akan ada lagi penurunan mendadak kalau ikut keadaan harga minyak dunia yang tak stabil sekarang. Masih boleh tunggu dan lihat bagi mereka yang nak lump sum.

Memang nak invest dalam unit trust ni long term. Itu yang sebetulnya. Tapi entry pun kena betul supaya kita dapat maximize profit.

Selamat melabur.


Posted

in

by

Comments

13 responses to “Unit Trust Mana Yang Masih Bertahan Selepas Kejatuhan Mendadak Harga Minyak?”

  1. dieratekikushika Avatar

    Saya kerja berkaitan dgn pelaburan ni sume, tp admin site, mmg dorang kelam kabut tukar dana sebab harga minyak yg jatuh neh. Yg nk withdraw pon ada. Secara automatik kerja makin menimbun kat pejabat. =(

  2. khai Avatar
    khai

    salam,tumpang tanya. mcmmana dgn UT dr MAAKL & CWA ? memang xde dlm listing ke?setahu saya,syarikat2 ni antara pengendali UT yang ok suatu masa dahulu.mohon info.tq

    1. Ariff Avatar

      Setakat senarai minggu lepas, tiada dalam senarai top 3.

      Awal tahun baru nanti saya akan buat satu senarai prestasi unit trust 2014. Kita tengok siapa yang ada dalam top 10 dan berapa keuntungannya.

  3. samzahri Avatar
    samzahri

    Ajarkan I camna nak start buat investment. Apa yg beginner patut tahu?

    1. Ariff Avatar

      Macam-macam kena tau. Yang bertanya bukan beginner ni.. hehe

  4. Ahmad Avatar
    Ahmad

    Kalu nak guna Duit KWSP acc 1 nak melabur dalam saham pun boleh. Beli direct from bursa malaysia. Buy Low Sell High.. Thorbaikkkk!!!!!

  5. Syed Avatar

    Kata Warren Bufet “when other are FEAR, you should greedy. When others are GREEDY, you should fear”.

    Market correction ni adalah year end sales sebenarnya.

    Beli masa saham jatuh, harga rendah, dapat unit yang sangat banyak.

    Investing is long term basis, bukan short term plan.

  6. Raihanah Ahmad Avatar

    patutlah saham saya pun asyik jatuh je ye.. huhuh

    1. Ariff Avatar

      Kaunter apa? Hebat nih main saham

      1. Raihanah Ahmad Avatar

        i amik iris je. baru berjinak2, jadi takla melabur banyak sgt. nampak gaya kena tunggu lama sikitlah suruh naik dulu baru amik.

  7. aqmalfaiz Avatar

    how low is low eh….banyak kaunter oil and gas ‘diskaun’ sekarang ni..gatal tangan nak ‘shopping’ …mueheheh

  8. Alongxp Avatar

    menarik… macam dah lama tak singgah ke blog ni… lepas ni akan selalu singgah ke sini, nak kena belajar benda-benda pelaburan macam ni

  9. Muhd Fadhlan Avatar

    nice sharing. saya just invested with KWSP je every 3 month. Yes, current unit price for CIMB Dali memang tak cantik.
    But still good for leveraging factor, unit trust should be long term investment.

    Dah try melabur di Eastspring?