Dollar Cost Averaging Dalam Pelaburan Unit Trust

Reading Time: 2 minutes

Apakah itu Dollar Cost Averaging (DCA)?

DCA adalah kaedah pelaburan dengan melabur satu amaun tetap ke dalam instrumen pelaburan (saham, unit trust) dalam satu jangkamasa yang ditetapkan tanpa mengira harga semasa instrumen pelaburan tersebut.

Melalui DCA, lebih banyak unit akan dibeli ketika harga instrumen pelaburan rendah dan semakin sedikit akan dibeli ketika harga instrumen pelaburan naik. Dengan itu, harga purata keseluruhan unit yang dibeli adalah lebih rendah berbanding kalau dibeli pada satu masa dengan jumlah pelaburan yang sama.

DCA mengurangkan risiko kerana jumlah yang dilaburkan adalah kecil setiap bulan dan sekalipun harga unit jatuh pada bulan hadapan, pelabur masih lagi mempunyai dana dan dapat mengurangkan harga purata unit pelaburan yang dipegangnya.

Contoh, Chris membeli saham restoren Billy Bob sebanyak $200 setiap bulan selama 4 bulan.

Pada bulan Januari, nilai saham restoren itu adalah $50 seunit. Jadi dia beli 4 unit saham.

Pada bulan Februari, nilai saham restoren adalah $40 seunit. Jadi dia beli 5 unit saham.

Pada bulan Mac dan April, nilai saham adalah $25 seunit. Jadi dia beli 8 unit saham pada kedua-dua bulan itu.

Jumlah saham dalam pegangannya adalah 25 unit dengan nilai $800. Oleh itu, purata harga sesaham adalah $32.

Kalau dia laburkan kesemua $800 tadi pada bulan Januari, dia hanya dapat 16 unit saham dengan harga $50 sesaham.

Kenapa Saya Highlight Tentang Perkara Ini?

Saya mempunyai kenalan di kalangan remisier yang sudah berada di pasaran saham sejak 1995 dan kebanyakan remisier old timer ni berpendapat pasaran saham akan jatuh tak lama lagi.

Masa jatuh inilah yang paling sesuai untuk membeli saham/unit trust pada harga borong. Dengan kaedah DCA, risiko dapat dikurangkan sebab kita beli sikit-sikit. Kalau jatuh, boleh beli lagi.

DCA ni semua orang boleh buat, walaupun anda student. Saya yakin budak student yang buat kerja part time mesti ada extra cash dalam RM100 sebulan dan duit tu bolehlah digunakan untuk DCA ni.

DCA Dalam Takaful

Kepada yang mengambil medical card dengan savings plan, anda secara tidak langsung sedang mengamalkan konsep pelaburan DCA ini. Untuk pengetahuan, amaun dalam savings plan produk PruBSN Takaful dilaburkan dalam dana unit trust patuh syariah yang diselia oleh Eastspring Investment.

Eastspring telah memenangi 4 award di The Edge Lipper Fund Awards 2014 dan tersenarai dalam Morning Start Top 5-Star Rated Funds, bertepatan dengan tips unit trust yang saya kongsikan sebelum ini.

Saya hanya memilih produk yang terbaik untuk diketengahkan kepada pembaca saya.

By Ariff

Beli rumah, invest MY/US equity, manage unit trust client, tukang kira duit syarikat dan simpan crypto on the side. Pernah bekerja di beberapa MNC dari SG, CH & US dalam industri aviation sebelum Covid. M.Eng Moscow Aviation Institute, Russian Federation. Currently pursuing Certified Financial Planner (CFP) qualification.

10 comments

  1. Antara perkara yang selalu aku tekankan bila jumpa dengan client aku… DCA.. Tapi aku buat unit trust saja, insyaAllah nk buat takaful gak nanti.. he he..

  2. u r right, and actually kaedah DCA ni juga bagus utk pelaburan emas… beli by batch is much better sbb hrga sntiasa turun naik so x terasa sgt beban tu ..

    1. Emas-emas ni tak berani. Non-liquid asset, high capital.

      Still konsep sama boleh digunakan, cuma kita tak tau trend dia. Kalau pasaran ekuiti, cycle dia every 10 years. Boleh agak.

Comments are closed.