Wakil dari Google dan Bing telah mengumumkan dalam satu wawancara bahawa enjin carian mereka menggunakan maklumat yang dikutip daripada media sosial Twitter dan Facebook dalam menentukan kedudukan atau ranking. Ini bermakna apa yang kita lakukan di Twitter dan Facebook dengan link kita akan dikira dan dapat membantu dalam proses Search Engine Optimization (SEO). Antara petunjuk yang dirasakan releven dalam membantu proses Search Engine Optimization (SEO) ialah:
- Sumber yang berbagai. Sebuah link yang dikongsi oleh 10 orang berbeza boleh memberikan efek yang lebih berkesan berbanding dengan link tersebut dikongsi sepuluh kali oleh orang yang sama. Apa yang berlaku kat sini ialah link tersebut akan dilawati oleh lebih ramai orang daripada pelbagai IP yang lain, seterusnya menunjukkan yang tersebut popular di mata enjin carian. Jadi dapatkan seberapa banyak retweet yang boleh.
- Timing. Link yang selama-lamanya popular akan jadi popular sampai bila-bila. Faham tak? Katakan korang ada tulis entri yang bagus sehinggakan sampai bila-bila pun orang ramai masih menerima entri tersebut dan kongsi link entri tersebut dengan rakan-rakan mereka, maka entri tersebut akan diberi lebih pemberat dan dapat mengekalkan kedudukannya dalam search engine lebih lama. Kena ingat, sekarang Google gunakan Caffeine Search Index, jadi entri lama yang tak dapat trafik daripada search engine akan dilupakan dan diganti dengan entri yang lebih baru pada search keyword yang sama. Jadi adalah bagus untuk retweet/Share entri lama-lama yang bagus dalam blog korang.
- Maklumat tambahan. Maklumat tambahan ni adalah teks yang kita masukkan sekali masa share/retweet sesebuah entri. Cara yang berkesan & betul untuk share/retweet entri adalah dengan menambah sedikit komen kita tentang link tersebut. Teks daripada komen tersebut boleh diambil kira sebagai keyword untuk link tersebut.
- Clickthrough. Bilangan klik yang didapati daripada Facebook dan Twitter akan dikira dan membantu dalam SEO. Tulis komen yang menarik supaya orang lain akan klik link yang kita tweet dan pastikan klik yang mereka berikan tu tak menghampakan mereka (entri yang bagus untuk dibaca). Lebih untung kalau mereka retweet entri tersebut because it’s just good.
- Connection. Benda ni dah dipraktikkan dalam Google sekarang. Secara asasnya, Google akan tarik maklumat orang yang kita follow dalam Twitter dan berikan search result daripada mereka (kalau ada) berdasarkan search term yang digunakan. Oleh itu, dapatkan lebih ramai Twitter follower.
- Kualiti. Dalam wawancara tersebut, wakil Google ada menyatakan yang mereka mengutamakan kualiti pengguna Twitter/Facebook tersebut. Kualiti ni adalah subjektif, mungkin mereka menggunakan petunjuk seperti clickthrough daripada akaun Twitter individu, ratio follower to following, kekerapan kita tweet, reaksi orang lain terhadap tweet kita dan sebagainya.
Gunakan akaun Facebook dan Twitter korang sebaik-baiknya. Apa yang aku nampak kat sini adalah efek media sosial ni dapat mengurangkan entri spam/kejar trafik yang kurang menarik dalam search engine. Blog entri yang kurang bagus akan dilupakan dan entri yang bagus akan berterusan mendapat perhatian. Dunia blog kat Malaysia ni baru je nak berkembang, jadi memang nampak sangatlah banyak blog yang mengamalkan konsep entri kosong yang semata-mata nak kejar trafik. Money is a good motivator but at the end of the day quality is what people look for. Apa-apa pun tu semua pilihan sendiri.
+ Follow @ariffshah on Twitter and Ariff Shah on Facebook for more updates on SEO in the future

Comments
41 responses to “Twitter Dan Facebook Mempengaruhi SEO Google & Bing”
Suka entri ni. Banyak infomasi baru yang Ikhwan dapat.
aku tak heran kalau Mr Ariff ni buat artikel macam ni. Sebab dia memang pro…mantap r bro…. menarik
ohh..cam gitu mainannya..baru faham sikit2 pasal seo nih..
Aku tak faham yg part 5.Connection.
“Google akan tarik maklumat orang yang kita follow dalam Twitter dan berikan search result daripada mereka (kalau ada) berdasarkan search term yang digunakan. Oleh itu, dapatkan lebih ramai Twitter follower”
Dapatkan lebih ramai Twitter follower kepada org yg kita follow ke ATAU kepada kita? Dah lah kita dok follow, org tu dapat lagi ramai follower :-P
Of course dapatkan follower untuk kita.
lenguh leher eden baco.
tenkui
tak pandai guna twitter.. huhu
o0o0o cmtu ke..baru ak tahu..
rugi jugak kalau tak da facebook..hehehe
Good sharing…thanks!
rockmelt pon dah mula kuasai dunia
nice info boss
thank you
:)
but im looking for money. looking for friends and satisfaction. oso, as my hobby. nak tulis buku, ayat caca merba. tulis blog jer.
guys, new entry: bila lelaki dicabul wanita. apa nak buat?
terer lah koe arif…
banyak betul info
mana blaja ni..;)
nice tips bro n tq
Thank you for the very useful info….
Bro, nice info! Aku suka baca blog ni sebab banyakkkkkkkkkk gila aku belajar dari blog ni! Thanks Bro! :D
Ariff..
Salam maal hijrah 1432H..
harapan semoga hijrah tahun
ini lebih bermakna dari tahun
tahun sebelumnya..
thanks bro..good info..
woot woot! betul tu
rajin2 lah anda like atau share entri..ini betul hoolliow ok..
p/s akhirnya dapat masuk gak, awat sebelum ni down ke..aku tak le masuk
Yeah. Down kejap. Biasalah tu..
urm patut la, nasib hari ni tak buat hal pulak..;D
wah info yang bagus ni bro. dari mana bro dapat info ni? Memang penting :)Thanks sebab kongsikan :D
good info!.. tq
http://ainblogger.blogspot.com/2010/12/alhamdulillah-traffic-improved.html
kena guna FB ngan twitter untuk promot blog sebaik-baiknya :)
entri ni sangat berkualiti tinggi! tengs!
Terima Kasih Dengan Entri Yang Panjang Lebar Nie Bro…
fb dgn twitter mmg terbaik
memang itu yang aku praktikkan sekarang.. ada entri baru share d FB n Twitter..tq share info
kena rajin2 share and retweet entri orang…memang perkara ni lah yang saya buat…sebab malas nak komen satu hal…satu lagi as a bookmark, sebab malas nak create acc bookmark (proper bookmark) yang lain, guna je twitter tu…huhuhu
masa create acc twitter dulu punya lah susah nak cari follower dari Malaysia sebab tak ramai. Sekarang cepat sungguh berkembang.
nice one. thanx for the info =)
betul. utamakan kualiti berbanding kuantiti..
terkini: http://naimulfirdaus.blogspot.com/2010/12/entri-ke-100.html
wahhh, info baru yang sangat bagus
nampaknya lepas ni, kene buat post yang bermutu jika mahu mengekalkan kedudukan di search engine.
twitter n Fb, memang tool yg sgt berkuasa
betul bro..lagi utk new blog mcm blog saye ni.mmg need readers dari acc fb or tweeter sendiri dulu.coz nak tggu org luar BW mmg la susa skit kan..niway,nice info bro..keep on sharing k.. (^_^)
bro…aktikel ni mmg mantap..memang sangat2 berguna..aku follow kat twitter..:-)
Thanks for following =)
ooo..camtu. lepas ni kalu nak buat kuiz atau giveway ke, kena guna konsep sharing melalui facebook dan retweet melalui twitter aa cam giveway domain kat blog ni kan.
thanks bro! :D
huhu. memang kena lebih tarik perhatian pembaca utk retweet dan share di FB. hehe.
Woot!
So orang tak boleh marah kalau aku tweet entry aku (atau auto-ping) dalam masa setengah jam atau sejam sekali~
x pe x marah pun :P
Terkini : Seluar Dalam Kalis Bom | Fakta Bukan Auta | GIVEAWAY Lumayan
Tak sangka pulak Fb dan Twitter mempengaruhi SEO untuk blog..
Takdelah besar sangat, tapi ni salah satu pengaruh dia la..
Banyak lagi yang search engine guna
waa nice info..lepas nie kena rajin2 share and retweet entri orang..
good info..thanx 4 sharing ya..:)
http://efagurlz.blogspot.com/