Google Update: Caffeine Search Index

Semalam, Google baru sahaja mengumumkan pertukaran cara Google mengindex laman web. Apa beza cara tradisional Google mengindex laman web dengan cara baru yang lebih dikenali sebagai Caffeine ni? Pertama sekali kita fahamkan dulu macam mana Google index page kita dengan cara lama mereka melalui video ini.

Secara ringkasnya:

  • Bila kita cari sesuatu melalui Google, apa yang kita cari itu adalah index yang Google dah buat, bukan web. Jadi adalah penting supaya page kita tak bermasalah supaya Google boleh mengindex website/blog kita
  • Google index laman web menggunakan indexing software yang dikenali sebagai spiders. Spiders mula mengindex sesebuah laman web, kemudian mengikut link yang terdapat pada laman web tersebut dan mengindex laman web yang baru mereka sampai. Proses ni berlaku berulang-ulang sehingga infiniti
  • Berbillion laman web yang diindex disimpan di dalam server Google
  • Katakan korang nak cari maklumat pasal iPhone 4 kat Google, korang taip iPhone 4 kat Google search dan tekan enter
  • Software Google akan mencari laman web berkaitan iPhone 4 dalam index Google. Search result akan memberikan berjuta-juta page yang berkaitan.
  • Jadi macam mana Google nak tentukan page mana yang terbaik untuk diletakkan di front page SERP? Dengan menanyakan soalan, lebih daripada 200 soalan akan ditanya oleh software tersebut untuk mencari page terbaik. Antara soalan yang ditanya “adakah keyword terdapat dalam tajuk?”, “adakah keyword terdapat dalam URL?”, “Pagerank?”┬ádan macam-macam lagi.
  • Berdasarkan jawapan, laman web akan diberi markah dan Google akan menghantar laman web dengan markah yang paling tinggi di muka hadapan SERP
  • Semua ini berlaku kurang daripada satu saat. Bayangkan betapa hebatnya server di Google.

brought to you by

Caffeine tu apa pulak?

Kontent dalam internet ni semakin berkembang. Dulu orang cari laman web sahaja, tapi sekarang orang cari gambar, video serta live update. Pengguna search engine mahukan informasi yang terbaru, sentiasa updated. Webmasters dan bloggers macam korang ni nak Google index laman web korang secepat mungkin, kalau boleh lepas update tu terus nak page korang tu diindex.

Kelemahan cara lama Google index laman web ialah Google groupkan index-ondex berbeza kepada beberapa kumpulan atau layer. Perbezaan antara layer-layer ini ialah kadar index-index dalam layer tersebut diperbaharui (refresh). Ada layer mendapat refresh rate yang tinggi, seminggu sekali dan ada yang dapat rendah – mungkin sebulan sekali. Index perlu direfresh untuk mendapatkan apa-apa update atau kontent baru dalam page tersebut, contohnya komen dan jika page tersebut telah diedit.

Dengan caffeine, Google mengindex sesebuah page mungkin separuh atau suku daripada page tersebut, berbanding dulu, Google mengindex keseluruhan page pada sesuatu masa. Dengan cara ini, Google dapat mengindex lebih banyak page secara serentak, dan sentiasa dapat mengupdate index kalau ada perubahan pada page tersebut. Dengan cara ini, search result di SERP dapat memberikan hasil carian yang lebih bermutu dan baru.

***

Pada pendapat aku caffeine ni bagus untuk live blogging, contohnya semasa event WWDC tempoh hari. Pengguna search engine akan mendapat update terbaru tentang event tersebut dengan mudah. Dengan caffeine korang tak perlu update blog dengan entri baru tentang perkara yang sama. Korang hanya perlu mengupdate kontent dalam page yang telah dioptimize untuk search engine dan tunggu je trafik masuk.

Sumber rujukan: Official Google Blog

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

31 comments

  1. nampaknya dah tak relevan le submit site ke high PR directories?huhu..ape plak ye..article marketing?

    1. high pr directories sekarang ni bahaya, kadang-kadang boleh kena panda effect. Panda effect ni google buat untuk kurangkan link farm and low quality content.Antara site yang dah kena panda effect adalah Ezine Articles (PR6-7). Apa yang berlaku ialah authority untuk page dalam site tu jatuh, jadi ranking dalam search engine pun jatuh.

    1. Aiseh Bing ngan Yahoo tak research sangat sebab market sekarang pun Google yang pegang. So tempat-tempat yang aku cari ilmu pun tak banyak/takde langsung cerita pasal Yahoo & Bing.

      Kalau ada apa2 akan diupdate =)

  2. Woho…baru faham…kalau cara lama google dah simpan data tu untuk searcher cari, tapi cara baru ni, walaupun kita post something yang baru, searcher tetap akan dapat update walaupun benda yang kita post tu baru…haha

  3. bagus2…Google takde sape bleh celen…Bing,Yahoo tetap ke belakang…hehe

    buat camne pun,blog saya sukar nak di’detect’ google…PR saya 1 jer..hehe

  4. owh…..aku biasa mmg sentiasa update entry lama kalau perlu masukkan input terbaru…..x pula tahu benda ni ada kaitan ngan index google….hohoho

    apapun, good input again….cool (and i’m amazed you can explain this technical thing in a simple way….kalau aku la…memang la akan jadi explaination panjang berjela super complicated then x dipaham orang….ahahaha)

  5. mesej yg nak disampaikan upenya kat hujung jer.. hehehehe… :P

    erm.. lebih kurang cam update entri yg sedia ada lah kan? pastu google terus meng’caffeine’kan entri sedia ada kita yg telah di update.. camtu erk? hehehe..

    1. Well proses index dia masih sama, cuma volume index tu dikurangkan untuk page tu dan akan sentiasa diindex secepat mungkin kalau ada update. Jadi kalau ko dah ada page yang optimized dan selalu dapat trafik dari Google, just update page tersebut kalau ada info baru. Camtu lagi elokla..

  6. pening gak kepala…ni kalau pakai caffeine mahu tak tidur malam asik main google

    Latest Entri : Remy Ishak sebuah gitar akustiki

    1. Itulah. Hari tu dengar caffeine pun tak tau apa pulak. Dah baca update ni baru faham.

    1. hehe.. Info untuk blogger Malaysia. Update macam ni agak besar pada pendapat aku. Harap dapat disebarkan.

Comments are closed.