Trafik 1000 Sehari Taklah Susah Pun Sebenarnya

Entri ni aku fokuskan kepada penulis blog personal.

Bila dah masuk tahun kedua menulis blog dalam bahasa Malaysia ni, aku sedar yang menulis blog ni taklah susah sangat. Apa sebenarnya kriteria kejayaan sebuat blog? Nak kena ada trafik dengan pageview terkumpul sebanyak 31  juta macam Blog Serius? Atau nak dapat income RM1000 sebulan?

Aku rasa benda tu semua bukan penanda aras kejayaan sesebuah blog personal. Penulis blog peribadi macam aku dan kebanyakan diluar sana patut letakkan aras kejayaan pada kepuasan mereka dalam menulis.

Contohnya, aku sangat  berpuas hati bila ramai komen cakap mereka dapat memahami dengan lebih mendalam tentang masalah ekonomi Amerika dan kesannya kepada dunia setelah membaca entri yang aku tulis beberapa hari lalu.

Walaupun topik tu memang berat dan aku sendiri pun ambil masa untuk faham, tapi olahan semula dalam entri tersebut telah membantu ramai pembaca lain untuk memahami perkara tersebut.

And that my friend, is priceless. Itu sebenarnya contoh kejayaan yang boleh dikecapi oleh penulis blog personal, bukan trafik dan bukan income. Respon orang lain terhadap entri kita adalah priceless, lebih-lebih lagi kalau mereka dapat poin yang cuba disampaikan.

Ada orang menulis blog sebab mereka terdengar ada blogger siap kena isi borang LHDN tiap-tiap tahun untuk bayar cukai hasil kerjaya menulis blog mereka. Come on la.. Yang dapat macam tu taklah ramai mana pun.

Menulis blog bukan skim cepat kaya. Bila kita melihat blogging sebagai skim cepat kaya atau tempat untuk mencari pendapatan, kita mulalah gopoh nak mengejar trafik 1000 sehari, buffered earning, advertorial dan sebagainya.

Memang ada jenis blog boleh buat duit dengan cepat, tapi bukan blog personal. Blog personal hanyalah untuk kepuasan peribadi untuk menulis tentang sesuatu, meluahkan perasaan, mengarut atau apa-apa sahaja yang dirasakan sesuai.

Nak dapat 1000 sehari senang je sebenarnya. Dalam setahun dua kalau anda menulis secara konsisten, akan ada pembaca tetap dan kalau entri anda bagus, tak emosional sangat dan tak annoying, aku boleh jamin trafik 1000 sehari tu boleh dicapai. Tapi kalau hari ni buat blog tapi esok nak tengok ada 1000 trafik masuk memang tak dapat la..

Aku tak pernah terfikir dan berhajat pun sebenarnya nak masuk suratkhabar melalui penulisan blog tapi bila peluang datang, kita manfaatkan dan nikmati ia selagi boleh. Yang penting, teruskan menulis dan pastikan anda berpuas hati dengan blog anda.

Write good stuff. Tak semestinya perlu entri berilmiah, entri biasa pun kalau betul cara penyampaian kita orang akan baca.

Blog Abang Ensem adalah salah satu blog personal yang aku selalu masuk. Tujuan dia menulis adalah untuk memperkenalkan tentang dunia hartanah, tips dan selok-belok urusan bank serta benda yang berkaitan tapi cara penyampaian dia memang menghiburkan dan santai. Kalau tak minat nak melabur dalam hartanah pun aku rasa kisah harian dia memang lucu kadang-kadang.

 

104 Comments