Kenapa Duit Jadi Semakin Murah?

Reading Time: 3 minutes

Bandingkan kos hidup beberapa tahun dulu dengan sekarang, memang banyak bezanya. Barang semakin mahal, namun pendapatan untuk rakyat biasa tak bertambah. Ada yang sampai terpaksa ambil dua kerja semata-mata nak menampung kos hidup yang tinggi.

Macam mana semua ni boleh berlaku? Video ni menerangkan sedikit sebanyak tentang kegawatan ekonomi, inflasi dan segala yang berkaitan dengan ekonomi dunia. Jangan takut, penjelasan dalam video ni sangat mudah difahami. Video ini dibuat berdasarkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Amerika Syarikat sekarang dan pada asasnya, majoriti ekonomi negara lain di dunia menggunakan sistem yang lebih kurang sama.

  1. Perbelanjaan tahunan AS hampir mencecah $4 trillion setahun manakala pendapatan mereka hanyalah sebanyak $2 trillion setahun.
  2. Kekurangan pendapatan ini dikenali sebagai defisit. Dalam hal ni, defisit AS adalah $2 trillion.
  3. Cara paling senang untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meminjam duit.
  4. Bila AS meminjam duit, pinjaman mereka dikeluarkan dalam bentuk bon (Bank Negara pun ada jual bon pada masa-masa tertentu).
  5. Bon boleh dijual kepada bank tempatan lain, pelabur (rakyat biasa) dan negara lain (Malaysia ada membeli bon AS).
  6. AS harus membayar faedah kepada pemegang bon. Bon adalah sama seperti bila kita buat pinjaman bank, kena bayar balik dengan faedahnya sekali.
  7. Tapi AS tak cukup duit untuk bayar faedah tadi. Jadi apa dia buat adalah dengan mengeluarkan lebih banyak bon (pinjam duit) untuk membayar faedah kepada pemegang bon.
  8. Senario ni sama seperti kalau kita guna kad kredit atau pinjam ah long untuk membayar loan rumah. Berhutang untuk melangsaikan hutang lain.
  9. Pinjam meminjam ni dilakukan berulang kali sehingga AS sekarang dibebani hutang (termasuk faedah yang perlu dibayar) sebanyak $14 trillion.
  10. Sebab dah banyak sangat meminjam, AS hampir ketandusan sumber untuk mendapatkan pinjaman.
  11. Pendapatan AS tak mencukupi untuk membayar faedah daripada pinjaman tadi.
  12. Penyelesaian utama adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan menaikkan cukai.
  13. Kalau perbelanjaan dikurangkan, sektor perkhidmatan awam akan teruk terjejas (polis, jururawat, pegawai kerajaan dan sebagainya kehilangan kerja).
  14. Kalau cukai dinaikkan, rakyat tak akan mempunyai cukup duit untuk menyara hidup. Rusuhan mungkin akan berlaku.
  15. Untuk mengelakkan dua langkah tadi, AS mencetak lebih banyak duit.
  16. Bila duit dicetak dengan lebih banyak, nilai duit akan jatuh.
  17. Itu sebabnya harga komoditi seperti makanan, minyak dan emas menjadi semakin mahal (sebab utama menyimpan dalam emas dan bukan wang tunai).
  18. Bila nilai duit jatuh, ia dikenali sebagai inflasi. Inflasi memang wujud dan kadar inflasi Malaysia pada tahun lepas adalah ~ 3.5%. Maksudnya, kalau kita simpan dalam ASB dengan kadar dividen ~ 8% setahun, nilai sebenar dividen yang kita dapat adalah ~ 4.5% (selepas ditolak dengan nilai inflasi tadi). Kalau buat loan bank untuk pelaburan ASB, tolak lagi beberapa % berdasarkan kadar bank.
  19. Berbalik kepada negara yang meminjamkan wang kepada AS. Apa yang berlaku selepas itu, nilai matawang negara yang memberi pinjaman kepada AS akan jatuh.
  20. Dolar AS akan kelihatan lebih mahal berbanding matawang negara tadi ($1 = RM3).
  21. Oleh itu, kos untuk membayar gaji pekerja di negara tersebut adalah murah.
  22. Dengan kos pekerja yang murah, kos untuk menghasilkan barangan juga murah (contoh – China, Taiwan).
  23. Negara peminjam tadi boleh menghasilkan produk pada kadar yang sangat murah berbanding kalau produk tadi dihasilkan di AS (contoh – kilang pembuatan barangan Apple yang terbesar terletak di China).
  24. Rakyat AS kehilangan kerja dan tak dapat kerja (sebab kerja yang ada tadi dah outsource ke negara seperti China & Taiwan).
  25. Bila rakyat tak kerja, mereka tak bayar cukai. Tapi mereka masih menerima bantuan kerajaan dalam bentuk elaun pengangguran. Di AS, penganggur boleh menerima elaun pengangguran.
  26. Orang yang bekerja pula lebih rajin bekerja untuk mengelakkan kehilangan kerja. Mereka sanggup kerja lebih dan dibayar murah. Jawatan kosong tidak perlu diwujudkan.
  27. Bilangan pekerja semakin kurang, kutipan cukai  pun semakin sedikit.
  28. Ini menyumbang kepada kemelesetan ekonomi (pendapatan daripada cukai jatuh).
  29. Jadi dua masalah utama AS adalah kemelesetan ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi. Keadaan ini dikenali sebagai stagflasi.
  30. AS dalam dilema. Hutang ada $14 trillion. Mana nak cari duit?
  31. Kalau naikkan kadar cukai dan kurangkan perbelanjaan, kemelesetan ekonomi semakin buruk.
  32. Kalau cetak duit lagi, inflasi pula semakin tinggi.
  33. Kalau pinjam duit lagi, boleh. Tapi faedah untuk $14 trillion tadi pun tak mampu nak bayar. Persoalannya berapa banyak lagi nak pinjam dan daripada siapa?
  34. Samada dua bulan atau dua tahun, harinya akan sampai bila AS tak mampu lagi nak bayar segala hutang piutang dan segala kos perbelanjaan negara sendiri.
  35. Bila AS tak bayar hutang kepada pelabur yang membeli bon, pelabur ni tadi takde duit untuk membayar pekerja mereka. Ramai yang akan kehilangan kerja.
  36. Bila AS tak bayar hutang kepada bank yang membeli bon, bank takde duit untuk keluarkan loan, berikan kredit kepada pemegang kredit kad dan berikan wang tunai kepada rakyat yang ingin mengeluarkan duit mereka daripada bank tersebut.
  37. Bila AS tak bayar hutang kepada negara yang membeli bon, mereka pun akan mengalami masalah ekonomi di negara mereka sendiri sebab hampir semua negara di dunia menggunakan sistem pinjam meminjam hutang bayar hutang dalam ekonomi mereka dan hampir semua negara di dunia membeli bon AS.
  38. Ini akan menyebabkan kejatuhan ekonomi dunia.

Dan oleh sebab semua pelabur di dunia takut benda ni berlaku, mereka beli emas banyak-banyak. Bila ramai orang beli emas, permintaan semakin tinggi. Dalam jangkamasa sebulan (11 Julai 2011 – 11 Ogos 2011), harga emas telah melonjak sebanyak 16%. Lupakan ASB, simpan setahun pun baru naik 8%. Duit kita jadi semakin murah sebab sistem ekonomi yang semakin goyah. .

Do the right thing ;)

 

 


Posted

in

by

Comments

82 responses to “Kenapa Duit Jadi Semakin Murah?”

  1. aried Avatar

    hhuhu..time baca komen ramai plak duk cadang suh beli emas.. nk kena beli jgak ni

  2. wan Avatar
    wan

    lepas ni …US akan serang negara lain plak…. dgn bermotifkan pendapatan sampingan …seperti serangan iraq…. bermotifkan pendapatan minyak…..sebab itulah alatan ketenteraan US canggih2…duit yg byk digunakan untuk pembangunan ketenteraan…. US sentiasa bersedia untuk berperang, kerana dia tau dunia akan kelam kabut 1 hari nanti…yg kuat akan menang…….

  3. Sya Isya Avatar

    Harga emas juga lah yang makin melambung2 naiknya..huhu..ank beli pun…erm..

  4. Bukit Gambang Avatar

    dah tahu bagus simpan emas dari simpan duit tapi duit takde nak beli emas, cmne?..huhu

    1. ariff Avatar

      dah tau bagus la. Bila ada duit nanti, boleh start secara kecil-kecilan. Lama2 nanti banyak la..

  5. tuanbri Avatar

    ariff kena buat video pula dalam bahasa malaysia utk terangkan apa yang tertulis ..

    lagi terbaik!

    1. ariff Avatar

      buat video bukanlah satu perkara yang mudah. takde kemahiran lagi..

  6. Abang Chik Avatar

    Syabas Arif Shah…Penerangan yang panjang lebar berbentuk point baru paham serba sedikit konsep ekonomi dunia. Sebelum ini aku beli emas sebab mungkin sebab trend, “semua orang beli so aku pun beli la”, sekrang baru tahu faham kaitan antara ekonomi dunia dan emas..

    Aku rasa kita boleh simpulkan, bila USD turun Emas pula akan naik..

    1. ariff Avatar

      yup. itu sudah pasti.

  7. wakif Avatar

    Tahniah Ariff, dengan penerangan yang baik perkara yang susah difahami pun boleh difahami dengan mudah!

  8. KAMPUNG BALIMBANG Avatar

    Assalamualaikum..info yang menarik utk dikongsi..tq

  9. Fakarepain Avatar

    baru faham pasal krisis ni.. thanx bro.

  10. mizz bananaz Avatar
    mizz bananaz

    nak tau keburukan beli emas?

    sayang nk mampus nk jual balik…

    nasib baik ada arrahnu kekekeke….

  11. qimaxx Avatar
    qimaxx

    jom2 beli emas skang jugak

  12. PutraRocker Avatar

    gold investment

  13. tarmizi Avatar

    satu masa nanti, nak beli barang tak gune duit dah, sistem barter dengan emas dan perak terus,

    so, jgn risaulah time ekonomi jatuh pastu nak tukar kepada duit kertas, sebab mase ti org taknak terima dah duit kertas.

    buktinya disini – zimbabwe, tukar 0.1gram emas dengan 1 buku roti. malaysia akan jadi macam ni, suatu masa nanti hehe.

    saksikan, Zimbabwe – GOld for Bread
    http://www.youtube.com/watch?v=7ubJp6rmUYM

  14. secret Avatar

    hahaha.
    ok. saya jarang amik port sangat isu semasa kalau dlm buletin utama tv3, saya tengok sampai kol 8,30 je. biznez ngan sukan, saya kurang berminat. so, terima kasih la ye. baru la saya faham. artikel awak telah menjelas persoalan yang bermain2 di fikiran saya. Siapa selalu pergi kuala Terengganu? hampir disetiap lorong ada kedai emas di situ. so, memang menjadi habis saya usha harga emas 1 gram. punca yang menimbulkan persoalan itu adalah saya ada usha harga emas dalam tengah bulan Julai. 1 gram emas = RM159. baru ni tengah ogos, saya nampak 1 gram emas = RM189. saya tak pastilah kalau saya silap tengok. huhu…tapi memang ada sesetengah kedai emas amik harga lain-lain. (kalau nak jual lah.)

    1. ariff Avatar

      yup. Biasanya macam tu la. Kena pandai cari kedai yang tak amik untung banyak tapi biasanya harga lebih kurang je

  15. Pacifista - X Avatar

    pilihan yang ada sekarang cuma emas dan silver je.tak banyak yang boleh buat dengan duit sekarang…

    1. ariff Avatar

      Kalau ada lebih lagi boleh try hartanah.

  16. cik sha Avatar

    kawan saye baru suruh saya tulis tentang ini..tapi memandangkan arif dah tulis saye share entry ini je la dengan dia..mekaseh untuk penerangan yang cukup lengkap dan mudah difahami..^_^

    1. ariff Avatar

      thanks for sharing =)

  17. nazmiy Avatar

    Artikel yang sangat mudah difahami dan menarik. Izinkan juga sy utk kongsikan post ini di blog.sngat menarik..Thanks..credit to ariffshah..

  18. Azura Avatar
    Azura

    Nak tanya, jika semua org dok simpan emas, in future nak tukar dgn cash macamane? pi bank diorang accept ke fizikal emas ni @ pi kedai emas yg pasti value trade in murah ? Sbb org kata cash is king?

    ..baru nak belajar pasal emas..

    1. ariff Avatar

      memang cash is king but gold is as good as cash. Nak perbandingan lagi best, bawa emas tu satu dunia still boleh laku tapi kalau bawak ringgit, ada negara yang tak terima langsung.

      emas ni pelaburan. beli sekarang, tunggu 3-4 tahun nanti macam mana. silap2 naik 2 kali ganda. Nak trade jual kat kedai emas boleh, trade dengan orang lain pun diorang sanggup beli and no, emas bukan macam kereta value trade in murah. emas dijual beli ikut harga pasaran.

      1. ekspresiruang Avatar

        yupz, penjelasan tu mmg btol. emas laku di mana2 pon di ceruk dunia.

  19. azi Avatar

    good info. skrg br faham kenape hari2 abah bising nak beli emas. hahahah ;p

  20. zam Avatar

    nice explanation. US dalam keadaan terdesak dan perlu penyelesaian segera. kemungkinan US ekonomi akan collapse tinggal tunggu masa je.

  21. ekspresiruang Avatar

    ok, esok nk pergi beli jongkong emas kat habib…

  22. hazman aka species1980 Avatar

    No wonder la ada member ofis aku dok ajak aku beli dinar emas nie…

  23. yusri Avatar

    thanq arif…sangat arif penerangan ni

  24. titan Avatar

    jadi, mari beli emas dan perak..hehe.. :)

  25. chempaka Avatar

    owh.. jadi, para suami yag asyik merungut si isteri minta belikan emas, kini boleh tersenyum riang..kan? thanks for the informative entry ..

  26. fina fento Avatar

    oke..baru paham sekarang. thanks ariff.

  27. Amirulez Avatar

    benda nie dah lama jadi… kat malaysia pun dah lama buat benda nie.. so beli emas memang jalan terbaiklah. tapi itu untuk jangka masa panjang.. jangka masa pendek?

    1. ariff Avatar

      Jangka masa pendek MLM. LOL!

      Dalam pelaburan, jangkamasa pendek adalah setahun macam tu. Gold dalam setahun pun dah naik paling kurang 20%.

  28. adi Avatar

    sakit..perit..makin kurang keje pasni..xleh nk harap mkn gaji je pasni..jd usahawan..

  29. ZulAswadi Avatar

    nice sharing..harapnya takkan berlaku
    di negara kita Malaysia

  30. Bloggerhowtt Avatar

    Baca lagi sekali

  31. gedek Avatar

    perit…

    sebab gaji uncle ciput cuma…

  32. matjoe Avatar

    gila derr, 2012 bukan kiamat tapi ekonomi yg kiamat

  33. wrizuan.net Avatar

    namum dlm pada yang sama kit ajuga diigatkan supaya pandai meguruskan penbelanjaan bezakan kehendak dan keprluan…..sperti ayat last tu..”Do the right thing”

  34. hati kerja Avatar
    hati kerja

    terbaik.mohon share

  35. Zack Hariri Avatar

    thanks bro. understandable…

  36. Bruce Zaman Avatar
    Bruce Zaman

    rasanya ( since am myself not sure), malaysia pun ada beli bond US kan?.

    apa2pun bagaimana jika suatu hari, even if not this year, in future years, akhirnya US tak mampu lagi increase debt ceiling dan terpaksa declare bankrup.. apa yg akan terjadi kpd kita? dan bank2 kita?

    adakah duit2 yg kita simpan kat bank possible juga lebur?

  37. iddin Avatar

    sumber wang terhad manakala kos operasi meningkat.. nilai duit skg memang sikit betul

  38. shahrul Avatar

    tukar duit kt bank tu kpd emas.

    1. ariff Avatar

      jangan tukar semua, cuma tukar yang lebih2 tu kepada emas.

      1. shahrul Avatar

        ye betul. kang nak pakai duit kene jual emas plak. tu pun kene jual pd harga we buy.. :D

  39. dhinai Avatar

    Kalau dia nak naik tiada siapa boleh halang,tapi kalau nak turun tak dihalang pun dia tak nak turun turun….

  40. nurulfarid Avatar

    aku nak belu jugakk lahhh emas..
    pagi esok terusss..
    hahahahaha

  41. Yoa Avatar

    Yg kaya semakin kaya, si kurang kaya makin merana… Sigh..

  42. alex adriana Avatar

    kejatuhan ekonomi dunia akan effect Malaysia ke tak?.. mungkin ke ekonomi kita pun jatuh sampai ada penjawat awam hilang pekerjaan?… atau Malaysia tetap akan stabil sampai beberapa tahun mendatang?

    1. ariff Avatar

      huish. Malaysia confirm efek punya. Efek tu datang dalam kenaikan harga barangan biasanya.

  43. razis Avatar

    mmg lengkap entry ini dan aku yg pernah belajar psl ekonomi mmg sng sgtla nk fhm bde nie. Kejatuhan US pasti akan berlaku. Kena bersedia jer. Inilah kelemahan sistem ekonomi ciptaan barat berbanding Sistem Ekonomi Islam.

    Allah dah melarang mengambil riba dalam perniagaan dan kejatuhan ekonomi US disumbangkan oleh riba. Pinjaman yang tertangguh dan tak dibayar tu semakin meningkat faedahnya. Pinjam sikit, tp nak byr banyak sgt….

  44. Juan Avatar
    Juan

    sangat sangat setuju, entry di atas sangat berilmiah, izinkan saya untuk berkongsi entry ini

  45. Syahbinar Avatar
    Syahbinar

    menarik entry ni, kitorang student eko selalu diberitahu pasal ni. then baca kat sini baru mudah faham

    1. razis Avatar

      betul tu. belajar eko terlalu complicated. ariff berjaya huraikan dengan ringkas dan mudah difahami.

  46. ub3y Avatar

    bnd ni basic dlm econs. negara kita pn buat bnd yg same. cume US ni negara hutang no 1 dunia. hidup diorang dgn hutang. kasi loan sana sini. dgn interest yg gile babas punye. katanya negara kapitalis, gov x akan sentuh swasta. tp tgk la sejak akhir2 ni. US terpaksa bail out certain companies like GM dll. dan byk dasar terpaksa gubal utk support company2 kt US.

    lg satu faktor US kurg pendapatan sbb company2 giant diorg sendiri tak bayar cukai. byk loophole dlm system cukai US. smpai net income billion2 pun dapat pngelakan cukai. sekarang China n India tgh naik kaw2. hehe

  47. Kamil ace Avatar

    memang laju naik harga emas sekarang ni..

  48. Adib Avatar

    memang ternyata ekonomi US akan jatuh..cuma tunggu masa sahaja..kalau tak silap aku, Malaysia juga mengalami defisit..boleh ke ekonomi Malaysia jadi macam US?? Hope kita ambil ikhtibar apa yang berlaku

  49. beliamuda Avatar

    Aku baru mula buat simpanan dalam bentuk emas sejak lima bulan lalu. Walaupun aku mula dalam nilai yang kecil je (rasanya dalam 10% daripada simpanan aku), at least aku dah mula. Kawan2 bila lagi?

  50. izwannizam Avatar

    dah beli emas,jangan lupa zakat bila cukup haul & nisabnya :)

    1. ariff Avatar

      Betul. Kalau dah mampu bayar zakat tu bersyukur la sebab harta kita dah cukup banyak sampai mampu untuk keluarkan zakat emas sebab syarat untuk keluarkan zakat mestilah sempurna pegangan selama setahun (tak berhutang) sebanyak ~80 gram untuk emas 24 karat (999). Nilai tu dah mencecah ~ RM25k. Dengan kenaikan sampai 20-30% setahun kalau kedekut tak nak bayar zakat memang tak taulah nak jadi apa.

      1. izwannizam Avatar

        hehe lagi banyak bayar zakat,lagi kaya.itu yg orang selalu lupa sebenarnya.kita beli emas pun dengan rezeki Dia bagi,lagi mahu sombong.hehe

  51. tarmizishukri Avatar

    masa study dulu, duit ptptn aku guna beli emas, nasib aku baik jugak sebab aku pinjam 2 sem je, sem ke 3 ambik keputusan nak pakai duit sendiri. skrg ptptn dah abis bayar walaupun aku tak posting (kerja sendiri) jadi cikgu macam kawan2 yang lain, kawan2 semua tengah struggle nak bayar.. Do the right thing bak kata ariff.. hehe

  52. FIKRI91 Avatar

    banyak gila aku belajar hari ini…
    stagflasi, firsttime aku dengar…
    tq ariif..:)

  53. naimulfirdaus Avatar

    jom beli emas!
    hehe

  54. Mr.Bintang Avatar

    hohoho.. penerangan yg jelas skali.. baru paham ekonomi dunia camne.. haha.. :p

    kat mana nak beli emas ek?

    1. ariff Avatar

      banyak dah tempat. Public Gold ada, kat bank biasa pun ada jual syiling kijang emas.

      1. Denaihati Avatar

        nak beli emas contact aku heee

  55. Azah Avatar

    mohon jasa baik ariff buat tutorial pasal “pelaburan” bagi seorang student. ak mmg tgh research pasal ni.. baru berhajat nak beli dinar.. tp still x byk pengetahuan..

    1. ariff Avatar

      sebelum ni dah buat. Tengok dalam kategori Personal Finance.

      1. Azah Avatar

        ok dah jumpa, tgh baca siri ke-empat. tp ak still x faham, yg mana lg elok? beli gold-bar atau beli syiling dinar?

  56. Fauzi Nor Avatar

    apa yang membuat kan aku nak baca sampai abis, sebab aku tahu ariff x akan tulis benda yang sia sia.

    Thanks for sharing..
    Leh guna dalam essay final aku nanti

    :p

    1. ariff Avatar

      harap entri ni dapat membantu. hehe..

  57. Bean Moreno Avatar

    hehe ni satu benda yang kita sendiri hanya boleh tengok dan rasa…nak ubah memang susah

  58. KNizam Avatar

    kaedah tu dinamakan borrow to service your borrowings. hehe :)

  59. BloggerHowtt Avatar

    Menyesal beli emass sikit dulu

  60. munna Avatar

    gigihnya nak baca smpai habis gak..penerangan ariff mudah fhm, kalau baca kt mjlh ekonomi ke hape ke confirm bpusing2 biji mata nak fahamkan.. =)

    beli emas byk2,harga emas tak pernah jatuh..bru baca td, harga emas naik lg ogos ni.

    1. naimulfirdaus Avatar

      rasanya baru2 ni ja ada dengar pasal ni..
      erm..