Kalau blogger ini anti kad kredit, saya pula pro kad kredit. Sebenarnya takde apa yang buruk pun pasal kad kredit ni sebab yang buruk tu adalah tabiat pengguna kad kredit itu sendiri. Kalau diri sendiri tak boleh dikawal untuk berbelanja, tak digalakkan untuk memiliki kad kredit.
Kali ini saya ingin berkongsi 5 tips penggunaan kad kredit berdasarkan pengalaman saya lebih daripada 3 bulan menggunakannya.
1. Yuran tahunan – Biasanya kad kredit ada yuran tahunannya yang tersendiri tetapi ada juga kad kredit percuma seumur hidup – tiada langsung yuran tahunan.
Ada juga kad yang menetapkan jumlah minimum penggunaan yang perlu diikuti supaya tiada yuran tahunan akan dikenakan kepada pengguna kad tersebut. Dalam kes ini, asalkan anda menggunakan kad tersebut (biasanya sekali sebulan), yuran tahunan akan tidak akan dikenakan. Nilai yang digunakan tak kisah, nak isi RM10 untuk minyak motor pun takde masalah. Masih dikira.
2. Cukai RM50. Setiap kad kredit akan dikenakan cukai oleh kerajaan sebanyak RM50. Cara yang paling mudah untuk mengelakkan pembayaran cukai ini adalah dengan menggunakan kad yang menawarkan rebet wang tunai kepada pengguna baru.
3. Bayar penuh. Walaupun saya pengguna tegar kad kredit, saya melakukan pembayaran penuh setiap bulan. Dengan ini saya tidak akan dikenakan apa-apa caj faedah oleh bank.

4. Pilih kad yang menawarkan rebet wang tunai. Kad yang saya gunakan sekarang (UOB One) menawarkan 5% rebet untuk petrol. 5% ni nampak sikit tapi kalau sebulan dapat save dalam RM7, setahun dah ada RM84. Kan banyak tu..
5. Gunakan kad untuk bayar barangan orang lain. Contohnya, rakan sekerja nak isi minyak tapi bayar cash. Takpe.. kita ambil cash dan swipe guna kad tadi. Dapat dah rebet percuma dari situ.
Bank cipta kad kredit untuk menggalakkan kita berhutang. Daripada hutang tersebut, mereka akan mengenakan pelbagai caj dan faedah ke atasnya. Oleh itu, jadilah pengguna bijak. Jangan ikut kehendak bank yang mahukan kita berhutang dengan mereka dan anda tidak akan menghadapi apa-apa masalah dengan kad kredit.

Comments
43 responses to “Tips Penggunaan Kad Kredit”
Ada baik nya kad kradit dan ada burunya juga…:)
Kad kredit hanya tidak layak untuk orang yang bernafsu gajah…
Guna tapi in the end bayar minimum, lepas tu nak salahkan kad kredit cas mahal.
Use it right at a right time.
Good tips ni..thanks Ariff
Info yang menarik bagi mereka yang ingin guna kad kredit.
perlu bijak untuk menggunakan kad kredit..contohnya penukaran treatpoint..berbaloi-baloi..cuma perlu beringat, tersalah langkah buruk padahnya..
apa maksud cash rebate dlm konteks penggunaan kad kredit yg xmelibatkan transaksi tunai?
Aah, kalau dah guna maximum tuh, macam ner nak setelkan penuh setiap bulan yer? :)
Kalau dah maksimum tu, patahkan jelah kad tu. Settlekan hutang sampai habis.
kalau bayar tiap-tiap bulan penuh, takde masalah sebenarnya nak guna kad kredit nih.
Hehe..info yang berguna..kebanyakan saya dengar, masalah jer bila memakai kad kredit..selepas baca artikel ni, terbuka la sikit pandangan positif pasal kad kredit..hehe
apa-apa pun gunalah kad kredit islamik. kad kredit conventional sudah pasti ada riba’. byk dah bank islam yg offer kredit card skrg…
Aku suka yang bayar kat member dapat cash + rebet…
Walau pun sikit, at least ada juga…
Tips yang baik untuk kegunaan kad kredit
bayar penuh aje tetiap bulan. takde hal punya.
kad kredit ni kire macam pisau…kalau betul dan berdisplin guna boleh jadi kawan..tapi kalau salah guna susah nanti.
kad kredit ni ada kebaikan dan keburukan..
yg penting cara si pengguna kad kredit itu..
saya anti kad kredit, takut sakit dkemudian hari..kuar duit macam air, baik xyah..hehe
saya sentiasa amal untuk tidak lewat untuk bayar setiap bulan.. :)
kad kredit ni boleh jadi kawan dan juga musuh
Nasihat aku…Jgn salah guna kad kredit…kelak akan memakan diri,,,,:)
Yang penting, bila ada kad kredit, nak kena tahan hati.. hehe..
Salam..
bab kredit kad ni saya dah banyak pengalaman, jadi pada orang muda rasanya kalau tak pandai berhemah baik jangan pakai, tak pasal hutang keliling pinggang..bab NO-3 yang Bro nyatakan itu adalah yang terbaik, tapi ramai yang membuat bayaran minima je. samapi tualah berhutang jawabnya..saya guna kad untuk kecemasan dan isi minyak, lagipun ada rebat tambahan untuk petrol, tu yang suka..he he
satu cara lain ialah dgn evaluate voucher redemption option yg dioffer sebelum sign up utk CC from any banks. saya claim voucher utk belanja brg dapur / isi minyak keta, so dpt bantu jimat budget.
kalau ada department function, saya akan offer untuk bayarkan dulu dgn swipe card kemudian baru claim.
Yup,saya anti kad kredit coz takble tahan the temptation n kadang bila dah ada sukar nak bezakan kehendak dengan keperluan…Apapun, tepuk dada, tanya selera…
So, as diri sendiri takble tahan temptation, better safe than sorry….Hik3…
betul2…kalau guna CC haruslah kiter guna pakai dengan baik…payment mmg kena byr full utk mengelakkan interest yg tinggi..
kad kredit ni penting time kecemasan, so prepare je dalam wallet walaupun tak selalu guna
jangan terpedaya dengan kelebihan dan kehebatan kad kredit kerana kita akan teraniaya di kemudian hari.
yup bila beli brg boleh dapat point.
tunggu Maybank Ikhwan tak dapat2 lagi
Setuju. Kad kredit ni penting sebenarnya. Tak sanggup nak bawak cash kepuk2 dalam wallet. Buat kembung poket je. hehe
Kalo nak pastikan tidak di blacklist oleh kad kredit. pastikan bayaran minimum setiap bulan perlu dijelaskan. Ini kalo kes tak mampu bayar full setiap bulan lah.. :)
cuba elakkan bayar minima
sebaiknya bayar penuh..
tak mampu jangan pakai, guna cash
je, kita boleh budget perbelanjaan kita
mampu baru beli, tak mampu..telan
air liur je la dulu..he he
saya pun pro credit card.. pada saya cash flow management tu penting. yg penting kita kena tau kemampuan kewangan kita macam mana..masalahnya orang sekarang ni berbelanja ikut nafsu.. nak swipe je walau pun tak mampu..
dah terkena dengan perangkap kad kredit ini, sebab disiplin – bila kita fikir kita mampu, so kita swipe… sebetulnya kita tak mampu waktu tersebut….
tapi, kalau disiplin dan pandai manipulasikan produk yahudi ni kita akan mendapat manfaat… contohnya ezypayment…
Akakpun pengguna kad kredit tegar,jarang duit cash dlm beg
kad credit ni pn kekadang tuk emergency case juga..
depend pada org yg guna..
good info bro……now guna i kad bank rakyat…..maybe nak tukar lain kot bila dah expired nanti.
Disiplin dalam berbelanja mmg kena strong la bila pakai kad kredit. Sebab kadang2 tak terasa wang mengalir kecuali kalau kita betul2 catat n make it transparent.
cara bro manage kad kredit aku suka.. insyaallah akan cuba dipaktikkan nanti.. tq bro
Yang bagusnya guna kad ni apabila
booking flight. Point banyak kat situ.
Movie = tiket rm14 dapat rm10
Banyak lg.. Jimat + untung
Godaan untuk kerap swipe ini tingga. Boleh berbelanja diluar kemampuan. Tidak dinafikan pengunaan kad kredit memudahkan sesetengah urusan tanpa tunai.
bila dah rambang mata asik nak slog jer..
Memang kena control, kalau x sakit
Aku sekarang ada dua kad, satu kad khas untuk beli barang, sebab nak kumput point lepas tu balik kat rumah terus bayar. Satu kad lagi yang selalu ada ezypayment, cari sapa-sapa nak beli barang, bagi guna, diorang bayar bulan-bulan, aku dapat point.
Yes. Another good one. Thanks for sharing