Tips Membayar Hutang Kad Kredit

Reading Time: 3 minutes

hutang kad kredit

Selalu kita dengar orang terdekat kita mengalami masalah dalam pembayaran kad kredit. Kadang-kadang masalah ni memang tak dapat dielakkan dan bersempena tema kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ni, saya yakin ada sesetengah daripada kita terpaksa berhutang dengan bank pengeluar kad kredit.

Sekarang ni berhutang dengan bank adalah sesuatu yang normal. Negara yang kaya dengan sumber minyak pun berhutang, inikan pula orang biasa yang bekerja makan gaji dengan orang setiap bulan. Untuk selamat, perlulah pandai berhutang secara berhemah dan mengurus pembayaran hutang dengan baik.

Biasanya mereka yang mempunyai masalah dalam pembayaran kad kredit adalah yang mempunyai banyak kad kredit. Yang ada satu kad biasanya tak pening sangat. Antara tips yang boleh diamalkan:

1. Kurangkan kad kredit. Kalau ada dua, potong salah satu. Ini adalah untuk mengelakkan kebergantungan yang berterusan terhadap kedua-dua kad kredit tadi.

Kalau hutang dah terlalu banyak, maksudnya perbelanjaan anda dah tak terkawal. Tengok balik kat mana terlebih belanja setiap bulan dan kurangkan mana yang tak perlu.

Bila dah kurang kad kredit, kurang alasan anda untuk berbelanja lebih setiap bulan.

2. Jangan buat pembayaran minimum. First rule kalau nak berhutang dengan kad kredit ini ialah untuk tidak membuat pembayaran minimum. Biasanya pembayaran minimum ni adalah 5%  daripada hutang atau RM50 setiap bulan (mana-mana lebih tinggi). Bila buat pembayaran minimum, tinggi hutang tertunggak maka tinggi faedah yang dikenakan.

3. Katakan dalam kes ada banyak kad kredit tadi, hutang mana nak bayar dulu? Paling bagus adalah lebihkan pembayaran pada kad yang paling banyak hutang dulu. Ingat, lagi banyak hutang tertunggak, lagi banyak caj faedah yang dikenakan.

Prioriti kedua adalah melebihkan pembayaran pada kad yang mempunyai caj faedah paling tinggi. Caj faedah ni bergantung kepada jenis kad dan bank, lain kad/bank, lain kadar faedah yang mereka kenakan.

kad-kredit-hutang

4. Jangan lambat bayar. Alasan seperti terlalu sibuk dengan komitmen sehingga menyebabkan anda terlepas tarikh akhir membayar kad kredit adalah satu alasan yang tidak boleh diterima.

Kadang-kadang saya rasa orang yang lambat bayar bil sehingga dikenakan caj lambat bayar ni sepatutnya dikenakan caj 10% berbanding 1% yang dikenakan kebanyakan bank sekarang. Tak hairan orang yang lambat bayar bil ni akan menghadapi masalah kewangan yang lebih teruk pada masa hadapan.

5. Bayar online. Sekarang ni semua orang ada Maybank2U dan CIMB Clicks. Jadi tak perlu dah pergi ke cawangan bank untuk melakukan pembayaran. Jangan bazirkan minyak, tenaga dan duit parking semata-mata nak membayar hutang. Hari gaji masuk terus bayar.

6. Jangan meminjam untuk membayar. Ini memang ramai orang buat. Bila dah max out pada kad kredit, mereka buat personal loan untuk bayar hutang. Katanya korek lubang sini, tutup lubang situ.

Kalau kena gayanya, memang menjadi. Tapi risikonya adalah pada diri kita sendiri. Bila nampak duit banyak, nafsu nak berbelanja tu mesti datang. Mesti ada je benda yang nak dibeli/ditukar.

Bila meminjam untuk membayar, kita tak betulkan apa yang silap sebelum ni (banyak hutang kad kredit terkumpul). Masalahnya adalah cara hidup dan perbelanjaan kita. Bukan gaji tak cukup, tapi hidup di luar batas kemampuan. Kalau ini tak diperbetulkan, sampai bila-bila anda akan berdepan dengan masalah kewangan.

Harap tips yang diberikan ni dapat membantu anda melangsaikan hutang dengan lebih efisyen. Macam saya cakap, berhutang tu memang normal dalam keadaan hidup sekarang tapi ia boleh menjadikan hidup anda tidak normal sekiranya ia tidak dikawal.


Posted

in

by

Comments

18 responses to “Tips Membayar Hutang Kad Kredit”

  1. akubiomed Avatar

    Kalau tidak berhemah mengunakannya kad kredit setiap bulan akan ada masalah perbelanjaan kerana jumlah yang banyak diperuntukkan untuk pembayaran kad kredit. Paling bahaya kalau bayar kadar minimum sahaja.

  2. nurmisnan Avatar

    MasyaAllah… bila sudah pakai kad kadang2 kita leka hingga nak belanja saja.. tetapi utk membayar sgt2 sakit sbb list bill panjang dan besar angkanya..

    Nice sharing here

  3. Syahril Hafiz Avatar

    Tak terniat pun nak buat kad kredit ni takut membebankan.
    At least tengok la, sekarang mana ada orang bawa duit seguni pi beli iPhone, kad kredit or debit je jalan. Baru selamat berbelanja. Tapi itu lah ini salah satu problem..

    Liat nak bayar, boros. Hutang mai seguni :)

    1. Ariff Avatar

      Tak membebankan kalau pandai guna. Bulan ni semua transaction minyak saya dapat 10% cashback. Banyak tu.

  4. Juan Avatar

    kalau sesapa ada kat kredit dicadangkan hanya pakai satu jer

    1. Ariff Avatar

      That’s the best especially untuk orang yang baru ada kad kredit

  5. Amran Avatar

    Assalammualaikum,
    Pandangan saya pulak, lebih baik bayar minima pada kad kredit yang masih banyak hutang dan maksimumkan pembayaran pada kad kredit yang paling sikit jumlah hutangnya supaya boleh cepat habis hutang dan boleh cepat potong kad kredit tu. Lepas tu barulah selesaikan pulak kad kredit yang tinggi tadi.

  6. Faizal Fredley Avatar

    tak berani nak ambil kredit kad lagi….nanti kerja pun harap-harap x terjebak dengan kad kredit nih…dah byk sangat kaum belia yg bankrap disebabkan kad kredit

    1. Ariff Avatar

      Kad kredit ni berguna especially untuk orang yang buat online business dan perlu ambil stok dari luar. Dengan kad kredit, takde masalah nak bayar kepada merchant2 luar ni

  7. Farisya Anastasyia Avatar

    tips yg sgt berguna :)

  8. nabila biela Avatar

    thanks share…..ciyes…memang tak tahu..sebab xde kad kredit lagi..hihi

  9. Dkna Abza Avatar

    setuju sebab kalau bayar minimum jumlah kad kredit tu macam tak bayar langsung..

  10. Mohd Isa Avatar

    nice tips bro, aku pun selalu bayar lebih daripada minimum. ikut bajet gak la, paling minimum pun aku akan bayar 10% maksudnya lebih daripada minimum dari bank. hehe

  11. fyna Avatar

    tips sangat penting. memang seronok kalau ada kad kredit. tapi kalau tidak pandai urusnya akan memakan diri.

  12. Alola.MY Avatar

    Perkongsian yang menarik! Buat masa ini pakai debit card je, tak terlintas lagi nak guna kredit card. Adik beradik yang lain memang pakai sebulan je kad kredit, habis bayar terus tak guna haha!

    Mungkin tidak pandai uruskan pengunaan kad kredit.

  13. Salam Media Avatar

    Info yang berguna. Boleh saya tambah point terakhir?

    Buat pinjaman peribadi dan cancel semua credit card. Selagi tidak selesai hutang, jangan guna credit card.

    7. Tinggalkan credit card di rumah. Simpan di dalam laci meja. Jangan usik

  14. Azri Johan Avatar

    Hutang kad kredit memang satu yang membebankan kalau tak dapat urus dengan baik, ramai sangat dah sangkut dengan masalah ni.

    *suka layout baru ni ada related post boleh baca :D hehe

    1. Ariff Avatar

      Related post ni guna Microkid Related Post plugin. Kena pilih related post satu-satu. Lagi bagus macam tu