Saya paling tak suka kalau makanan tak habis dimakan dan terpaksa dibuang. Tak kisah la bila, time majlis atau waktu makan biasa di rumah. Bulan Ramadhan ni boleh kata pembaziran makanan tu semakin berleluasa.
Biasanya macam ni. Sorang keluar pergi pasar Ramadhan akan beli sekurang-kurangnya tiga barang makanan, tak kisahlah apa (kuih, air, lauk, nasi). Yelah, dah keluar susah-susah ke pasar Ramadhan, takkan nak beli satu item je, betul tak? Jadi tak boleh tidak, mesti beli lebih daripada satu.
Makanan tadi dibawa balik. Kemudian ada ahli rumah yang lain pun pergi ke pasar Ramadhan dan beli lagi makanan lain. Perkara yang sama berulang. Yang masak kat rumah tu lain cerita.
Makanan yang confirm habis masa berbuka biasanya 2/3 daripada apa yang dibeli. Kemudian perut dah penuh. Lebihan makanan tadi disimpan.
Lepas tu tengoklah kalau ada yang rajin nak habiskan makanan. Tak pun makanan tu disimpan elok untuk waktu sahur, itupun kalau bangun sahur.
Bila lapar dan penat tu bercampur, memang tak fikir sangat masa membeli di pasar Ramadhan. Itu sebabnya orang berebut nak berniaga masa bulan ni sebab senang sangat nak menjual. Yang membeli kebanyakannya membeli ikut nafsu.
Jadi kena beringat selalu. Kalau tinggal dengan keluarga, kena plan apa nak makan dan apa yang nak dibeli. Kalau duduk rumah bujang, yang terbaik adalah berbuka di masjid. Semoga amalan pembaziran ni dapat dihentikan.
Alang-alang bercakap tentang berbuka, join giveaway Ramadhan di blog Koleksi 1001 Resepi ni.


Comments
17 responses to “Tiap-tiap Hari Buang Makanan”
yang penting jangan membazir ok..
memang tak bisa disangkal bulan ramadhan yang seharusnya bulan penuh perasaan kepada orang miskin tetapi alah membadzir makanan untuk berbuka atau sahur, untunglah dirumah kami keluarga besar jadi jarang ada makanan yang tersisa yang ada malah kurang
Itu belum lagi yang makana cepat basi, memang tak dapat lah nak simpan sampai sahur. Sebab itu saya dah tak pergi bazaar dah. Takut-takut kalau membazir. Baik saya makan di restoran sambil order nasi goreng atau makan nasi putih + lauk..
Ada juadah yang berbuka baru beli pun dibuang sebab sudah basi. Saya telah kena beberapa lauk yang telah basi untuk dimakan ketika berbuka.
buka kat masjid melawati pun dah mantap kenyang. nasi arab tu!
kalau kat utp ni, beli je makanan kat cafe beberapa minit sebelum berbuka. tak pernah lagi pergi pasar ramadan setakat ni
Nafsu ketika memilih makanan memang menggila. semua nak di sapu tetapi makannya hanya beberapa suap jer.
Biasanya, ‘nafsu’ nak berbelanjad di bazar ramadhan ni bila bersama family dan kawan2 je. Macam-macam la nak beli. Tapi bila sorang2, apatah lagi bujang, rembat je la apa yg kat dapur tu. haha. tapi betullah, sakit hati tgk byk sgt pembaziran. sayang tengok kuih yg best2 kne buang camtu je.
Pergi pasar ramadhan ni sama jugak macam pergi pasar malam. Yang peliknya orang kita ni suka sangat pergi. Mungkin kat rumah tak masak atau daripada kecik dah didik beli makanan kat luar. Sudah jadi macam habit, wajib kena pergi pasar malam atau pasar ramadhan. So, mungkin itu puncanya yang utama.
Nak pergi hari-hari takpe. Problem bila pergi lepas tu shopping sampai tak ingat dunia. Tu yang jadi membazir
tahun ni aku berjimat cermat sikit bro..beli mana yang nak makan je..control..control..haha
Bagus2
Masa bujang dulu mmg buka kat masjid…
pengalaman bersama rakan2x di asrama dulu2x, makanan yang mesti ada balik dari bazar mesti rangka ayaamm. ada hari boleh habis, ada hari tak boleh habis, kalo tak habis bagi kat kawan..stakat nie bulan pose ni belum pergi bazar lagi…takde kesempatan plus jauh dari umah..
dulu masa kat ums..lepak masjid dan surau ajelah. hehe
teringat time bujang, memang berbuka dekat surau berhampiran je sepanjang ramadhan. Best makan ramai-ramai sebenarnya.
yup! sangat setuju..idea terbaik kalau nk jugk prgi merasa setiap juadah dkt bazar tuh, sehari beli satu jenis saje~ puasa kan ada sebulan, sehari satu dahlah! jimat pn ye..