Pasar Ramadhan

Reading Time: 2 minutes

Pasar Ramadan 2010

Apa yang best sangat pasal pasar Ramadhan?

Lebih-lebih lagi di Lembah Klang dan bandar-bandar besar yang sewaktu dengannya, makanan yang dijual di pasar Ramadhan adalah sangat tidak memuaskan hati.

Kuih 40 sen satu, laksa kuah air, mee goreng lambak RM2.50 sebungkus dan macam-macam lagi makanan yang dijual pada harga yang tidak berpatutan. Of course, tempat macam ni tak ada kawalan harga dan tak akan ada kawalan harga, jadi mereka boleh letakkan harga sesuka hati asalkan orang beli.

Dan orang akan beli! Semua orang datang ke pasar Ramadhan sebab nak cari makanan dan semua orang datang dalam keadaan yang lapar. Jadi mereka tak fikir panjang ketika membeli. Asalkan nampak sedap, beli terus. Dah masuk perut baru sedar makanan yang dibeli tadi tak berbaloi dengan harga yang diletakkan.

Bagi penjual, mereka tak kisah kalau orang semalam tak datang semula. Ada beribu-ribu orang lagi yang datang ke sini. Tutup mata pun pelanggan datang.

Kebanyakan yang menjual di pasar Ramadhan ni adalah orang yang memang nak buat duit cepat. Itu sebab harga makanan yang dijual tidak berpatutan.

Tak suka sangat pergi pasar Ramadhan ni. Kalau pergi pun tak sampai 15 minit. Masuk, beli apa yang patut, balik. Rasa rimas sangat dengan traffic jam dan orang berhimpit-himpit nak beli.

Beli pun tak banyak sangat. Biasa ada satu main dish (nasi dagang, nasi kerabu, mee atau apa-apa yang sewaktu dengannya) dan roti boom. haa.. roti boom kalau boleh mesti ada.

.. setakat dua tahun saya pergi ke pasar Ramadhan kat USJ 4 ni, roti boom naik dari 60 sen ke 70 sen. Oklah tu. Ada yang jual RM1 sekeping, tapi yang tu memang dah kena boikot. Nasib baik mak cik ni bagus tak macam penjual makanan dari neraka yang lain yang letak harga entah apa-apa.

Jadi itulah sedikit sebanyak kisah saya tentang pasar Ramadhan ni..


Posted

in

by

Comments

24 responses to “Pasar Ramadhan”

  1. Sunshine Kelly Avatar

    kalau terjah pasar ramadhan habis la duit kat dompet, aduhh semua nak beli coz semua nampak sedap tapi sampai rumah tak dapat habis pon :)

  2. Izwan Avatar

    jadi peniaga bazar ramadhan ni seronok.
    lagi satu sikap yang tak amalkan kebersihan susah nak kawal. minded peniaga biasanya.

  3. Bidadari Avatar

    Saya tak kisah sangat pasal harga kalau sedap dan elok. Tapi kalau harga melampau sangat memang kisah. Kalau harga mahal sikit tak apa asalkan jangan melampau harga. Tetapi masalanya sekarang makanan di bazaar indah rupa dari rasa. Susah nak cari yang betul-betul elok dan sedap. Tu yang dah lama tak beli kat bazaar. Baik saya gi beli kat restoran atau makan dekat restoran je..

  4. Yuyu Avatar

    bukan setakat kena rancang apa nak beli..tp kena rancang – cukup ke terlebih cukup utk makan sampai sahur..

    skrg ni bazaar tu dh mcm sindiket pun ada..memalukan melayu je *sebab mostly peniaga bazaar ni melayu and melayu tak jujur/tak ikhlas* ..aku tak faham..syaitan semua dah kena ikat dalam neraka..tapi kenapa mcm tak ada effect..?both on customers and peniaga..pelanggan dah tau makanan mahal/tak sedap, still beli byk2 instead of masak besederhana kat rumah..peniaga plak, sanggup jual makanan rosak dgn harga yang mahal..

    memang perangai dah tak boleh ubah kan org melayu ni..?yang peniaga nak untung banyak cepat2..yang pelanggan tak belajar dari kesilapan..

    OH! aku emo baca post kau..this is embarrassing..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Relax2. Aku tau ko memang emo sikit when it comes to food. haha

      Jokes aside, ada yang genuine sellers but yeah, nak cari those people memang susah sekarang especially kat kawasan bandar.

      Worse, pasar Ramadhan yang bukan Malaysian berniaga. Lagi tension. Entah macam mana orang Indonesia boleh dapat lesen and berniaga. Nasib baik kat tempat aku tak ada lagi fenomena macam tu

  5. daddydee Avatar

    Saya ke bazar ramadhan sebab nak beli air tebu je.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Yes. Air tebu. Susah nak cari kat tempat lain

  6. azrijohan Avatar

    setakat ni, belum jejak kaki lagi pergi pasar ramadan. hehe

  7. Azham Vsvc Avatar

    Hehe saya kurang suka pergi pasar ramadan ni sebab tak tahan bau makanan yang sedap….pastu ramai orang dan pernuh godaan mata hahaha!

  8. Zuan Avatar

    Salam ramadhan bro, dulu waktu study, rajin la ke bazar ni walaupun tau mahalnya sebab kawasan student.. sekarang dok rumah, tup tup dah ada makanan atas meja..hehehe

  9. Ladfe Amir Avatar

    setakat hari ni masih belum ada pelaung utk mencari makanan di bazar ramadan ni.

    kadang2 memang nampak meriah, tapi menu makanan lebih kurang sama saja

  10. Shahrul Avatar

    memang tak best pasar ramadhan lagi2 kalau merantau kt tempat org…tak terbuka selera tgk, yg bagusnya tak habis duit

  11. hisham Avatar

    Setuju sangat. Dalam bab ni kita sebagai pengguna perlu peka…. kena lihat objektif berbuka, jangan terlampau fokus pada emosi… kalau tak memang akan berlaku pembaziran.

    Peniaga yang tidak jujur ni biasanya menjerat pelanggan yang membeli dengan emosi.

    saya biasanya membeli di gerai yang dah biasa. Tak berani nak cuba gerai yang tidak pasti.

    – Selamat berbuka semua.

  12. myvitrd dot com Avatar

    memang makanan dkt bazar tahun ni nampak ada naik sikit.. sebelum ni roti jone rm3.50 sekarang dah rm4 sebatang..

  13. haiqal Avatar
    haiqal

    Bazar dekat Shah Alam ini lagi lah.Macamkan sewa tapak bazar Ramadhan tu sama harga dengan sewa kedai kat KLCC.Tak masuk akal punya harga.

    No wonder orang kata,dengan berniaga bazar,nanti dapat rezeki melimpah ruah.Yeah,I admit it,but then,keuntungan yang dia dapat tu macam mana pulak kan?

    Ah,im getting sick out of this matter.Nasib baik today balik rumah keluarga,sure dapat makanan yang berkhasiat dan berkualiti.:)

  14. hafizrahim Avatar

    Nak marahkan peniaga sepenuhnya tak boleh juga..terlalu banyak faktor yang memainkan peranan..sewa tapak, kos petrol, kos bahan mentah, tenaga kerja..cuma kita sebagai pembeli kena bijak..jangan beli ikut nafsu..ala kadar je..time berbuka bukan makan banyak pun..kadang2 minum air segelas pun dah kenyang..aku pun pegi bazaar beli satu dua makanan pun terus balik..malas nak lepak lama2.

  15. Lord Zara Avatar

    Tak suka lama2 dekat bazar Ramadhan. Selain himpit2, baju berbau makanan. -_-“

  16. Juan Avatar

    saya pon x jenis lama lama kat pasar ramadhan, beli air soya, beli nasik terus balik, kalau ternmpk kuih menarik saya beli pastu terus balik, xda nya nak jalan jalan tgk

  17. akubiomed Avatar

    Saya tidak pasti samada tapak bazar Ramadhan dinaikkan harga dan kenaikkan harga barang antara faktor peniaga menaikkan harga.

    1. iz Avatar
      iz

      mmg ada kemungkinan Pbt naik harga tapak bazar tu, mcm makcik sya selalu meniaga di bazar bangi, pastu caj sewa dinaikkan double… trus dia x meniaga lagi sbb dia X smpi hati nak naikkan hrga makanan… baik dia x meniaga dr org marah, pastu untung x sbrapa…

    2. Ahmad Hati Avatar

      Mungkin nak cover sewa tapak utk Bazaar sbb tu harga semua naik

  18. BK Avatar

    kadang akan hal nak beli makanan tu tak penting

    cuma nak rasa xperience setahun sebulan sekali ini

    xperience pegi bazaar

  19. CARL LESMANA Avatar

    salam ramadhan abg ariff :)

  20. Sop Avatar

    belum pergi pasar ramadan sbb awal2 ni ramai sgt org
    lagipun pening tgk makanan byk sgt
    bg org rumah jer pergi… hehhe