Kenapa Susah Dapat Kerja? – Bagi Jawapan Salah Semasa Interview

Reading Time: 2 minutes

Kerja baru ni sebenarnya adalah hasil daripada interview saya yang ketiga. Pertama, gagal. Kedua, gagal. Ketiga, baru dapat.

Syarikat pertama ni adalah sebuah syarikat penerbangan. Saya ditemuduga oleh empat orang panel, sorang bakal jadi boss, sorang dari HR, sorang mid-senior level dan sorang lagi engineer pangkat eksekutif. Biasanya kalau panel macam ni susah sikit nak kawtim sebab nak kena dapat review positif daripada majoriti panel. Saya lebih suka interview direct dengan bakal boss.

Dari segi pengalaman dan kelayakan, rasanya dah mencapai tahap minimum yang mereka perlukan. Dari segi training, saya ada kelebihan hasil daripada training di company yang sekarang ni. Saya ada kelebihan kat sini.

Masa interview memang kena tanya cukup-cukup oleh engineer tu. Orang yang luar daripada bidang aviation kalau kena tanya soalan macam tu memang confirm tak dapat jawab sebab saya sendiri pun ada yang tak dapat jawab. Masa ni saya tak kisah sangat sebab next candidate lepas saya tu background dia kerja kilang Panasonic dan study pun mechanical engineering. Confirm dia blank terus kalau kena tanya soalan ni.

IdiotQuestion

Silap saya adalah masa dia tanya soalan pasal gaji, “Kalau kami tawarkan jawatan ini dengan gaji sebanyak RMXXXX, nak terima atau tak?” Jawapan saya pendek je, “Definitely no”. Lepas tu HR dia bersuara tanya kenapa. Saya bagilah jawapan standard pasal cost of living bla bla bla.. Then the rest is history.

Next couple of weeks, lepas ditanya keputusan interview, mereka cakap saya kena reject sebab tak boleh accomodate gaji yang saya pinta. Alasan standard.

Mungkin company ni memang bayar ciput je sebab ada kawan kerja sini dan masa awal-awal dulu memang tiap-tiap hari dia komplen. Orang takkan komplen pasal kerja kalau gaji dia setimpal dengan workload yang mereka dapat.

Mungkin jugak mereka reject saya sebab mereka lihat saya ni tukar kerja semata-mata untuk naikkan gaji. Come on la, semua orang pun macam tu. Tak banyak sikit pun mesti faktor gaji tu ada. Sekurang-kurangnya saya tak bersikap hipokrit dalam hal ini. Cuma itulah, kalau saya bagi jawapan yang desperate sikit, kebarangkalian untuk ditawarkan job tersebut adalah lebih tinggi.

Jangan bagi jawapan negatif masa interview kalau ditanya soalan yang berkaitan gaji macam ni. Kena positif. Selagi tak nampak black and white offer letter tulis gaji banyak tu, just say “Yes” kepada semua soalan yang macam ni. Nothing to lose sebab kalau dapat pun tawaran dengan gaji banyak tu dan korang tak berminat, reject je dan kalau mereka nak senang kerja dan malas nak interview candidate lain, mereka akan counter dengan offer yang lebih baik.

In my case, saya rugi sebab awal-awal lagi dah reject. Terus tak dapat apa-apa offer, buat penat pergi interview je. Untuk kisah interview kedua dan ketiga, lain kalilah cerita.


Posted

in

by

Comments

20 responses to “Kenapa Susah Dapat Kerja? – Bagi Jawapan Salah Semasa Interview”

  1. nabila biela Avatar

    memang geram kalau ditawarkan gaji yang tak sepatutnya dengan kelayakan yang kita ada….huhu

  2. kayriel e'izham Avatar

    Huhu.. Bab interview ni memang lemah.. perasaan gementar tu mmg sntiasa ada even buat rilekk je..haha.. akhirnya..kantoi…..

    salam perkenalan… =)

  3. faiz mansor Avatar

    Jawapan yg paling baik bg sy “that salary is okay but can we negotiate? Cost of living is high, and i want to give my full commitment to this company. Hence i don’t want to be distracted by financial probs…”

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Good idea. Thanks for sharing :)

  4. Amran Avatar

    Jawapan dalam interview biar tegas. Lebih baik kata NO macam tu. Maknanya kita tahu takat mana mereka meletakkan harga diri kita waktu tu. Kalau masa tu pun dia masih menilai kita setaraf sampah yang rendah nilainya.. baik kita tahu masa tu juga yang kita tak dapat.

  5. akubiomed Avatar

    Mengenai gaji ini agak sensitif. Lebih-lebih lagi syarikat tidak membuat penyelarasan atau kenaikkan gaji. Kalau beri gaji tinggi kepada pekerja baru nanti menjadi masalah ketika bekerja nanti sebab ada senior yang berpengalaman gaji tidak setinggi dan lebih rendah tangga gaji daripada calon pekerja baru yang setahun jagung. Silap-silap gaji yang diminta lebih tinggi dari panel temuduga telan air liur panel. Nampak macam tidak logik apa yang saya kongsikan ia berlaku di industri kita.

  6. guliroket Avatar

    normal. bab gaji tu memang isu sensitif kat mana-mana kerja pun.

  7. ika Avatar
    ika

    tukang driver pun penat

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Alolo.. Nanti belanja makan

  8. Fadhlan Avatar

    Bab gaji memang prioriti bg yg sudah ada 2-3 thn working experience. Kalau xde peningkatan gaji, better stay on current company.

    Masa interview tu, make sure you different than others, tp jangan over confident plak.

    My advice, jangan stay terlalu lama dlm satu company, nanti dah conform zone, you xkan terpikir utk jump to another company.

  9. akak tulip Avatar
    akak tulip

    Baru balik dari interview bulan lepas untuk promotion naik pangkat. Even promotion dlm company yg sama , tapi memang sengsara. Tapi my boss yg berjaya dlm interview ni past few years cakap just be yourself.

  10. Jumix Design Avatar

    Gaji tu topik yang paling sensitif dan itu key point yang determine bolehkah kamu dapat job itu.

    Tapi kalau kamu setuju dgn gaji yg rendah dan lepas tu mereka keluar offer letter dan offer kamu gaji yang disetuju, kamu reject pulak, juga x jadi kan.

    Kalau tak desperate untuk kerja baru, boleh negotiate utk gaji yg lebih tinggi, to shows that you are worthy.

  11. ProfHariz Avatar

    Aku setuju pada part

    ” Orang takkan komplen pasal kerja kalau gaji dia setimpal dengan workload yang mereka
    dapat.”

  12. hazman aka species1980 Avatar

    Hurmmm…. memang kalau pergi temuduga nie kena jadi YESS MAN je la kan…

  13. Azri Johan Avatar

    part gaji ni yang pening, kalau kita nak suruh dia evaluate pun mesti dia bagi gaji rendah sebab company mesti nak minimumkan cost, dan lebihkan keuntungan so cara ni pun merupakan salah satu daripadanya.. betul tak bro?

    1. akubiomed Avatar

      Perihal gaji bergantung kekukuhan kewangan syarikat yang menawarkan jawatan kosong. Kalau syarikat Oil & Gas tidak ada masalah hendak beri gaji tinggi.

  14. Syahril Hafiz Avatar

    Dengar kata interview dari pihak kerajaan lagi melecehkan, gua tak de lagi experience dengan dorang, so swasta kalau bab gaji gua YES sedia. Maklumlah fresh graduate jangan demand, nanti makan kangkung.

    Lani gua ikut haluan gua, come back to petani. Kah!

    1. akubiomed Avatar

      Tips yang boleh dikongsikan kepada fresh graduate perlu “be different’ sebabnya rakan class mates pun mohon juga jawatan sama dengan tahap kelayakkan akademik yang sama. Jangan tidak percaya ada lebih dari seorang calon temuduga berada disesi temuduga yang sama. Disini calon yang mempunyai kelayakkan akademik yang sama akan diuji untuk mengenal pasti calon temuduga yang terbaik untuk terpilih jawatan yang ditawarkan.

  15. kenny Avatar

    interview memang mimpi ngeri bagi setiap orang….kena ada keyakinan, dapat tak dapat itu terpulang kepada di mana rezeki kita….

  16. shifa Avatar

    CEO ABNxcess share something 2 hari lepas, dia cakap dia lebih suka ambil candidate yang ada keupayaan want to learn more, want to improve something & to be better. Walaupun candidate tu cuma ade 70% skill tu pun dah cukup.