Tukar Kerja

Reading Time: < 1 minute

tukar-kerja

Kadang-kadang memang rasa sayang nak tukar tempat kerja tapi nak buat macam mana, peluang baik jangan disiakan.

Bila buat keputusan untuk tukar tempat kerja, kita kena tahu bahawa keputusan tu adalah yang terbaik untuk masa depan kita. Tukar kerja ni bukan short term decision, bukan cerita setakat kenaikan gaji (kalau ada) berbanding kerja yang dilakukan sekarang.

Kalau nak tukar kerja, kena lihat pada nilai yang kita akan perolehi di tempat kerja baru serta peluang lain yang lebih baik yang bakal kita dapat pada masa depan, bukan setakat gaji je.

Tapi kalau nak tengok pada gaji, Denaihati pernah bagitau dulu at least kena RM1k beza daripada apa yang didapati sekrang. Alhamdulillah tawaran yang saya dapat ni lebih daripada itu.

Ada logiknya sebab kalau naik sikit, macam no point je sebab kita mungkin boleh dapat lebih baik dalam company sama kalau tunggu lama sikit. RM1k ni safe figure untuk jump to a new job.

Cuma sekarang kerja baru terletak di LCCT. Tak tau macam mana; samada nak berulang ataupun cari bilik sewa kat sana. Apa pendapat korang?

P.s. Jangan tanya pasal nak jadi full time blogger. Not in the near future.


Posted

in

by

Comments

14 responses to “Tukar Kerja”

  1. faiz mansor Avatar

    U can ask for 30-40% increment from current salary. That’s the standard…

  2. Firdaus Azizi Avatar

    Tahniah dan buatlah keputusan yang terbaik berdasarkan panduan dari Allah (dengan beristikharah). Semoga terus sukses dalam kerjaya baru.

    P.s. – Nanti boleh la slow-slow rancang untuk menjadi full time blogger ;)

  3. Rina Avatar

    Ikuti kata hati saja, Insya Allah akan ada petunjuk mana pilihan yang terbaik tu …

  4. Akmal Zaidi Avatar

    Dah nak tukar kerja ke bro, apapun semoga sukses dalam kerjaya

  5. hazman aka species1980 Avatar

    Kalau tinggal area Bandar Baru Salak Tinggi or sekitar KLIA tu okey la sebab kadar sewa murah skit la dari area KL or Subang…. cuma malam tu tak happening la

  6. risi yusoff Avatar

    Salam,

    Kalo aku, aku suka tinggal dekat dengan tempat kerja.. kalo bini tak keje, kalo umah belum beli, kalo anak belom ada. pindah kat lcct je la bro .. kalo berlawanan dengan yang diatas .. berulang je la bro.. atau sewa bilik..time penat giler xyah balik .. bahaya ooo drive time penat ..

  7. Akuro San Avatar

    kalau pada saya, Subang still lagi best dari Sepang. Sepang nih mcm tak der apa-apa lg. Lepas tuh kalau nak sewa rumah atau bilik pun, budget lebih tinggi dari kat Subang. Apa pun, saya rasa dr segi budget tu tak jadi masalah bagi kamu… terpulanglah… kalau kamu larat berulang dr Subang ke Sepang setiap hari.. sebab banyak jer LAE yang stay kat Subang, tapi keje kat Sepang.
    Dia org ulang-alik naik superbike jer… huhu~

  8. Yuyu Avatar

    Dipersilakan discuss dgn wife kau..afterall, dia jugak yg akan suka/tak suka kau blk awal/lambat..and bear in mind too, traveling cost yg akan involve tu utk jangka masa yg panjang..you don’t need anyone’s opinion, just some math and discussion w your wife perhaps..?compare harga sewa w traveling cost (toll, fuel etc)

  9. Hafiz Rahim Avatar

    Kalau tny aku ulang alik je bro. Lelaki..x kisah sangat naik motor.

  10. ERIDY Avatar

    ulang alik , save cost cuma kena korban masa sikit..

  11. fazrol Avatar

    Kalau sewa bilik rumah yg sewa skrg camna?

  12. Abang Ensem Berketak Avatar

    Sewa bilik la Bro. Area LCCT @ KLIA ramai awek stewardess yang cun.

  13. akubiomed Avatar

    Tukar kerja selalu cepat naik gaji. Ada junior kerja tidak sampai 3 tahun selalu lompat kerja dengan gaji melebihi RM5k++.

  14. faizalpj Avatar

    Loh kat mana.
    ritu pi LCCT boleh lepak