Student Nak Beli Rumah RM200k

Dapat komen dalam entri PR1MA daripada seorang pembaca yang masih lagi belajar di sebuah IPTA (tahun kedua). Saudara ni mintak pendapat saya berkaitan pembelian rumah. Bukan seorang yang layak nak bagi pandangan, cuma saya boleh cerita apa yang say tahu je. Apa-apa pun tengok dulu apa yang dia tanya:

*****

Salam en. Ariff, i nak mintak pendapat uโ€ฆ

i student tahun 2 kt IPTA, dulu penah keje 2 tahun (construction company) sblm masuk U. now i duduk kt hostel & i nak beli new apartment harga rm188k (market price rm220k) kt area university then i apply loan rumah kt bank rimau this year tp diorang xleh proses sbb i xde payslip. Fya, i dah ade 3 loan ASB total rm200k (2010;40k, 2011;100k & 2012;60k) for 15 years kt bank yg sama, total monthly around rm1600 n i selalu bayar extra. Loan kete xde sbb naik kapcai buruk je gi kelas. Credit card bank rimau i byr rm1k โ€“ rm1.5k monthly depend on usage (insurance, self expenses n stationery).

i ade buat part time consultation for construction & dapat scholarship jugak tp bank cakap xblh consider as income (bank cakap status same as pencen). Down payment rm20k i dah sediakan, ASB loan & credit card i xpenah miss bayar.

Mintak pendapat u all kalo ade idea nak share, i sudah pening cmane nak buat. Thanks en. Ariff.

– D. Y. Lan

*****

Pertama sekali nak ucap tahniah sebab dah mampu nak ‘downkan’ untuk rumah RM200k. Saya masa tahun 2 dulu pun duit berapa je dalam akaun tu. Baguslah anak Melayu pandai buat duit dan simpan duit macam ni.

Kedua, likely solution. Saya cakap ‘likely’ sebab benda ni boleh jadi dan tak boleh dan ia berdasarkan pengetahuan saya yang cetek. Here goes:

Since saudara dah ada income, register company/business dengan SSM dan buka current account. After that, apa-apa pendapatan masuk kena lalu account tu. Maintain amount yang sama atau semakin bertambah setiap bulan. Every month dalam current account transfer masuk dalam savings/ASB account sendiri, kira nampak macam gaji bulanan la.

Cara ni boleh jadi cuma syarat-syaratnya kena ikut macam ni:

  1. Duit savings dalam akaun saudara bertambah setiap bulan. Daripada situ dia nampak yang saudara betul-betul ada income business menjadi.
  2. Kalau amaun masuk setiap bulan kurang daripada RM10k, kena tunggu dua tahun baru mungkin mereka nak pertimbangkan saudara untuk loan (kalau masih lagi belajar dalam masa dua tahun). Kalau lebih daripada 10k, minimum enam bulan.

Ketiga, komitmen saudara tinggi. Nak bayar loan ASB bulan-bulan RM1600, banyak tu. Kecuali kalau saudara ada income RM5000 sebulan, then only bank akan pertimbangkan untuk loan tu, itu pun kalau dua syarat kat atas ni dah ikut.

Sekarang ni susah sangat nak apply loan rumah. Kalau bank nampak ada loan ASB, lagi susah dan kalau jumlah komitmen tinggi, memang bertambah susahnya.

Keempat, solution terbaik adalah menggunakan nama ahli keluarga lain untuk membeli rumah ni. Buat joint purchase atau boleh jadikan mereka guarantor. Cara ni paling cepat dan kurang sikit lecehnya. Cuma pastikan ada persefahaman dengan ahli keluarga yang mana namanya saudara nak gunakan tu.

Harap dapat membantu dan harap sangat mereka yang lebih arif berbanding Ariff Shah dalam hal ini dapat memberikan pendapat.

P/s: Penat type panjang-panjang. Tolong tekan button vote kat bawah ni ok!


Posted

in

by

Comments

42 responses to “Student Nak Beli Rumah RM200k”

  1. HAK Avatar
    HAK

    terfikir 1 solution, ASBloan tu kalau dah melepasi “lock-in-period” bolehlah jual dlu sementara tggu loan umah tu lulus. lepas loan lulus, re-apply ASB-loan. ASB loan tu, walau brp tinggi komitmen, ada je cara boleh lepas. sebab ASBloan kira Dividen+bonus ASB sebagai income..

    Saya juga ada masalah “rekod kewangan” dgn ASB loan ni. dah ade 4 akaun. nk amik 2nd Credit Card pun xley. income more than 40k per year~ tp sayang ASB loan bg ROI 23% setahun…

  2. Otai Rumah Avatar
    Otai Rumah

    Tiada apa yang dapat dibuat jika anda mempunyai loan ASB yang besar + Student + tidak dapat buktikan monthly income kepada bank…

  3. Kamilah Avatar

    Wow kagumnya…Kita yang dah kerja 5 tahun ni pun takleh nak beli rumah lagi..

  4. matjoe Avatar

    misteri pulak bank kasik lulus loan asb 200k, takkan la main bagi jer, mesti kene tengok kemampuan utk buat loan, which is slip gaji

  5. Lynn Avatar

    Patut diambik perhatian oleh anak-anak muda yang eager nak beli rumah dan kereta dalam usia masih belajar di IPTA/IPTS. Maintain account 2 account. Maintain transaction with the same amount untuk selama 6 bulan sekurang-kurangnya…
    Thumbs up to Ariff Shah.

  6. shahril Avatar

    wah bertuahnya. masa belajar dah mampu nk beli rumah.. satu pelaburan yg bijak.

  7. Kak Mahh Avatar

    Memang hebat anak muda ini….teruskan buat seperti tuan blog ini cadangkan insyaallah rezeki akan memihak anda. Segeralah bertindak,rumah semakin mahal sekarang.

  8. UpProfits Avatar

    Bestnyer muda2 dah aa simpanan byk tuh..huhu

  9. ohcikgu Avatar

    banyak juga duit pembaca tu ye..

  10. daddydee Avatar

    Hebatlah. Saya pun belum ada simpan sebanyak itu. Apatah lagi nak buat downpayment 20k tu.

  11. farah Avatar

    saya memang respect lah dalam usia yang muda dan seorang pelajar masih mampu membeli rumah sana sini.. saya harap saya akan dapat ikuti jejak saudari nanti :)

  12. Ekspresi Ruang Avatar

    bangga dgn pembaca tersebut.
    saya pon masih blom cukup simpanan utk downpayment rumah mcm tu.
    semoga berjaya buat Lan dan semoga loan diluluskan lps dpt pandangan dan nasihat Ariff

  13. Myra Jay Avatar

    Suka baca muda2 dah ada income, siap nak beli rumah dekat 200k, MJ nak beli yg 100k pun berkira..huhuu

    Ooo kalau ada loan ASB lagi susah nak aprove ye, patut masa beli kereta cam susah nak lepas tapi alhamdulillah berjaya miliki :D

  14. cmratu Avatar

    cukup menarik.. saya baru buka syarikat dgn SSM tapi ilmu masih 0, thanks atas padangan yang di beri.. :)

  15. nurmisnan Avatar

    Bagus.. ada keazaman sendiri + susunan untuk masa depan..
    aku dah vote lu brother.. Gd luck and all d best

  16. D.Y. Lan Avatar
    D.Y. Lan

    Salam all..thanks to en. Ariff for this entry & abang2 seme yg willing to share info & ideas..really appreciate this. *thumbup*

    By next week akan try discuss idea u all dgn bank officer yg approved ASB loan i tu, die je yg blh di approach..bank lain tak layan langsung sbb i budak sekolah huhu..risau jugak nak register SSM & buka Current Account, sbb kt scholarship agreement ade clause ‘..dilarang menjalankan apa-apa kegiatan yang mendatangkan pendapatan..’. Nak joint purchase or get guarantor pon susah sbb family pon keje kmpg je..

    Final exam dah dekat, wish me luck!!
    Thanks all.. *thumbup*

  17. Bahrain Avatar

    Bagusnya dah ada duit beli umah..
    aku takde lagi…ish3x..

  18. amirnawawi Avatar

    Fuhh! Hebat gak eh mamat nih.. Masih belajar tuh. Saya pun kena kumpul duit gak nih. Rumah sekarang bukannya murah dah.

  19. Mychannels Network Avatar

    dah vote yang ke 431..Good luck bro

  20. sensasi2020 Avatar

    Dah vote yg ke 429, semoga berjaya bro…he..he….Nama dah blacklist susah juga ya nak beli apa atau buat pinjaman/loan ya?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau nama blacklist lagi panjang ceritanya. Kena clearkan terlebih dahulu. Jauhkan daripada benda ni berlaku

  21. pinkbubblegumprincess Avatar

    wow..nak tau, dia single lagi ke?? hahahha lariiii… :p

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Harap dia baca komen ni XD

  22. sohoque Avatar

    aku salute dia ni.. muda2 dah mampu menyimpan. sebagai financial consultant (unit trust n takaful), jarang aku jumpa anak muda yang mampu berdisiplin gitu. yg paling bestnya dia tak pandang keta. dia naik kapcai jer. biasanya org muda mudah terjebak dengan loan kereta which is liabilty. cuma kegunaan credit card tu maybe agak tinggi.

    cuma kalau ASB tu dia simpan secara bulanan tanpa ambik loan lagi mantap. terus asb tu jd miliknya secara 100%.

    cadangan en ariff dah bagus dah tu.

    1. apes Avatar

      Ambil loan lagi mantap compare dari simpan sendiri.. Contohnya, tahun 2012, dia ambil loan ASB sebanyak 200k dan bayar guna duit dia selama 1 tahun tu.. Next year, tahun 2013, dia dah dapat dividen ASB.. Dividen ASB tu yang dia akan rolling untuk guna bayar installment loan ASB sampailah habis.. So, duit gaji yang dia dok bayar loan ASB sebelum ni dah boleh guna untuk simpan di tempat lain untuk menambahkan lagi profit macam Tabung Haji.. :)

      Track record selama 10 tahun ni, dividen ASB memang melebihi dari interest rate bank.. So, kat sini kita dah boleh manipulate benda ni.. Interest bank 6.6% – 1.6 = 4.95% dan dividen ASB selalu dalam lingkungan 7% ++

  23. Blog Keperawatan Avatar

    Mendapatkan pengetahuan dan ilmu baru.
    Saya juga beri vote sahabat ariffshah

  24. Myvitrd Avatar

    satu vote untuk bro..

    Tahniah pada yg bertanya soalan tu.. perggg syabas sebab dalam usia muda dah ada saving dalam ASB 200k.. bukan mudah tu.. serius mengikut pengalaman saya yang beli rumah 2 tahun lepas.. memang kalau ada komitmen loan ASB setiap bulan.. bank memang berat nak luluskan pinjaman..

    Ada baiknya kalau bercadangan nak ambil loan ASB denagn beli rumah tangguh loan ASB dulu.. seatlekan loan rumah sbb benda tu akan kacau proses loan anda..

  25. Dawaihati Avatar

    Nabung…? saya belum bisa disiplin dalam hal yang satu ini

  26. Bang Iwan Avatar

    Menabung diusia muda, kaya dihari tua… jangan lupa sedekah, mati masuk surga Insya Allah.
    Saya vote Bro Ariff

  27. Denaihati Avatar

    Bukan mudah nak menabung dari usia muda perlu ada disiplin yg tinggi mengawal nafsu dengan keperluan semasa .. tapi susah dahulu senang kemudian

  28. yangbaik Avatar

    di mana ada kemahuan di situ ada jalan… ada lah sumber pendapatannya di mana-mana.. yang pasti harta itu halal… :)

  29. aslam Avatar

    Jika tiada kerja tetap dan sekadar jual takaful atau unit amanah, kena sertakan penyata ‘komisen’ selama 6bulan. dengan syarat kena la byk.. hehehe..

  30. azriMy Avatar

    fuhhh gila lah… berapa umur brader yang bertanya ni ek?

  31. halif Avatar

    Tabik hormat kepada brader tu.. *Salute*

  32. are_rull Avatar

    tabik spring kat brader ni .. sgt bijak dlm menabung .. hebat3!

  33. Elieza Avatar

    Kalau mengikut CIMB bank, even tho ada ASB loan and still nak apply housing loan, ASB loan tu diorang ‘tutup mata’ je. Sbb nya ASB loan ni disupport oleh sijil saham tu. If tak boleh bayar, diorang boleh jual je sijil tu and cover balik loan kita. So dengan kata lain, ada ASB loan banyak pun still consider ok (mengikut orang bank tu). But I thank Ariff pasal info on register the company, current account and semua tu. New things for me :)

  34. Faris Al-Muhandisu Avatar

    Terbaiklah zaman belajar pun dah ada income ribu riban. seriously i nd to learn this from u guys. :)

  35. Orang Kampung Avatar

    Idea yg baik utk dikongsi…tq

  36. titan Avatar

    payah tu. dulu pernah tanya gak. takde pay slip. memang payah sikit. nak transaction aktif setiap bulan pun..mesti aktif dan tinggi..

    jadi..sebab itulah aku kerja yang ada slip gaji. dah setel semua..baru senang aku nak blah. haha..

  37. akubiomed Avatar

    Wah hebat menabung di usia muda.

  38. Een Avatar

    Aku tambah. Company mesti at least 6 bulan atau nak elok tunggu setahun dua. Duit keluar masuk dlm current akaun mesti aktif dan melebihi 5k transaction per month. Ada berapa dlm current acc tak kisah. Yg penting duit keluar masuk sangak aktif. Kalau semua ni ok bank dgn sendirinya akan offer bagi loan. Bercakap daripada pengalaman sendiri.

    1. Zulhilmi Zainudin Avatar

      Yeap. Pernah dengan benda yang sama daripada seorang senior dalam bidang ini. Wang keluar masuk yang aktif itu penting.