
Ini persoalan yang bermain di benak fikiran saya sekarang. Nak beli rumah kedua atau tunggu PR1MA? Kepada yang tak tau, mereka yang mempunyai lebih daripada sebuah rumah tak layak nak memohon PR1MA.
Kelebihan kalau dapat rumah under PR1MA ni adalah harganya yang dikatakan berpatutan dan mampu milik serta lokasi yang sangat strategik. Contoh lokasi yang dimaksudkan adalah Kwasa Damansara.
Kekurangannya pula, moratrium 10 tahun yang dikenakan kepada pembeli. Maksudnya rumah di bawah PR1MA tak boleh dipindah milik (dijual) selama 10 tahun selepas pembelian dan perlunya kebenaran daripada pihak PR1MA untuk urusan pindah milik. Who know lepas 10 tahun, mereka masih tak benarkan pindah milik?
Komen pak mentor semasa sesi ngeteh di Shah Alam siang tadi:
“Banyak lagi rumah yang kamu boleh beli. Buat apa tunggu benda yang belum pasti?”
– “Kenapa pulak tak pasti? Gaji semua dalam range, rumah pun baru satu.”
“Yelah. Bayangkan berapa ramai lagi yang belum ada rumah pertama memohon PR1MA. Kamu dah ada satu rumah. Kalau diorang bandingkan permohonan kamu dengan orang yang belum ada rumah, agak-agak diorang nak bagi kamu ke?”
Betul jugak kan. So langkah seterusnya, get ready untuk rumah kedua.

Comments
21 responses to “Rumah Kedua Atau PR1MA?”
Salam en. Ariff, i nak mintak pendapat u…
i student tahun 2 kt IPTA, dulu penah keje 2 tahun (construction company) sblm masuk U. now i duduk kt hostel & i nak beli new apartment harga rm188k (market price rm220k) kt area university then i apply loan rumah kt bank rimau this year tp diorang xleh proses sbb i xde payslip. Fya, i dah ade 3 loan ASB total rm200k (2010;40k, 2011;100k & 2012;60k) for 15 years kt bank yg sama, total monthly around rm1600 n i selalu bayar extra. Loan kete xde sbb naik kapcai buruk je gi kelas. Credit card bank rimau i byr rm1k – rm1.5k monthly depend on usage (insurance, self expenses n stationery).
i ade buat part time consultation for construction & dapat scholarship jugak tp bank cakap xblh consider as income (bank cakap status same as pencen). Down payment rm20k i dah sediakan, ASB loan & credit card i xpenah miss bayar.
Mintak pendapat u all kalo ade idea nak share, i sudah pening cmane nak buat. Thanks en. Ariff.
jeles plak tgk org2 bandar bsr buat investment dlm properties. kt perlis ni mcm xberbaloi sket nk invest housing ni sbb appreciation xsetinggi di cities.
Bro, nasihat untuk bro, apply je bro. Dapat ke tak itu belakang kira. Kadang-kadang kita expect yang ramai akan mohon, tapi mana tahu bumiputera tak ramai yang memohon. Masa tu sebab nak bagi pada bumi maybe dia longgarkan sket syarat2 tu. Anyway, peraturan kadang-kadang boleh berubah.
btol jugak.
kdg2 kita rasa dgn insentif mcmni yg kerajaan bg, sbnrnya kenyataan di luar tu silap2 xramai lg btol2 mampu nk memiliki PR1MA ni.
mcm NEP yg kerajan buat dulu la. allocation 30% penguasaan bumiputera dlm ekonomi sampai skg masih blom dpt dicapai sbb blom ramai bumiputera yg btol2 berani nk sahut cabaran berniaga sendiri dan membuka peluang pekerjaan yg lebih byk kpd org lain. mereka ni lebih selesa bekerja makan gaji….
As-Salam. Satu pelaburan yang menguntungkan jika kena cara. Boleh juga merana kalau tempat tak berapa bagus … itu kalau nak melabur dalam hartanah dan pemilikan kediaman la.
Serius, kalau ada duit lebih sikit … carilah rumah sendiri. Daripada sewa baik beli untuk diri dan masa depan. Rumah merupakan asas untuk kehidupan … tempat tinggal perlu, apatah lagi tmpat tinggal sendiri, bukan sewa yang akan pada bila2 masa je kena tendang kuar ….
Banyak cara nak dapatkan rumah sendiri. Banyak yg murah2 … kalau tak dapat KL, carilah tempat lain. Tak rugi. Paling kurang kalau kena sepak kuar rumah sewa, dah ada rumah sendiri yang dah abis bayar!!
Emm betul juga kata-kata AE tu..emm semoga perancangan untuk rumah kedua berjaya..hehe
sy setuju. kalau mampu, beli rumah kedua. tak terikat dgn sesiapa atau apa2 prjanjian. hak milik spenuhnya. dan berikan peluang dan ruang utk mereka (yg lbh layak) & belum mampu utk membeli rumah pertama tanpa bantuan kerajaan. :)
tunggu rumah 2 tahun lagi yang duduk sekarang ni.. dalam rancangan nak refinance untuk beli satu rumah bawah 70k nak buat sewa.. hehehe
goodluck bro mengapai rumah kedua..eden tak tercapai2 lagi nak beli rumah ke-3
ya la… nak tunggu application org 1st time dpt umah dulu, kita yang dah ada umah ni berjanggut lerr..
I hope the second home you’re targeting is livable for me in 10 years time. Thanks.
kalau ramai government staff..diorang akan bagi diorang dulu. baki baru kita dapat maa..itupun kalau dapat atau ada orang dalamm..
ada benar juga kata pak mentor tu..kalau saya better ambl umah kedua..senang dlm byk pengurusan…kalau saya lah…:)
Kadang-kadang peluang yang disediakan kerajaan ini terlalu kuat persaingannya. Kalau dapat pilihan yang sama nilai atau kurang sedikit lebih baik ambik terus daripada bersaing dengan orang lain yang banyak cara yang mereka gunakan. Ada yang guna pintu depan dan ada juga yang pintu belakang. Itu pandangan saya.
saya ingat nak beli..tetapi apakan daya, dah ada 2 rumah..tapi betul juga kata abangensem..jngn mengharapkan benda yang tidak pasti..
waaaaa pening jugak nak fikir kalau dalam situasi macam ni..
tapi betul jugak cakap brother hensem tu, buat apa tunggu benda yang tak pasti.. hehe
goodluck bro, semoga keputusan yang dibuat nanti betul dan memberikan hasil yang terbaik di masa hadapan, Insyallah
First of all…heyyyyy awak sebaya saya rupanya. Tahun 87!
Ok, berbalik kpd topik atas. Rasanya memang ade “priority” pada government servant memandangkan projek ni pun dibangunkan kerajaan tapi kuota utk government servant dgn non government servant pn mesti ade.
Pro dan kontra PR1MA. Dipermudahkan kepada staf kerajaan tapi mungkin ade proses-proses yg merumitkan utk memohon. Tengok pula nanti pada syarat loan kerajaan dll, dan, tengok juga pada kesesuaian rumah dgn pembeli. Wallahua’lam.
kebiasaannya untuk pr1ma ni diutamakan staff gomen..walaupun atas kertas takde mention, mesti ada syarat pemilihan macam tu. so, bagi aku tak peduli sangat pr1ma ni..better aku aim projek perumahan lain.
betul kata bro…mostly pr1ma nih dia utamakan gomen servant…
Macam tu rupanya. Thanks for the info
tak payah la tunggu prima. Kau rembat je mana dpt dl.