Hari ini saya ditahan daripada bertemu project advisor dan meneruskan projek tahun akhir saya. Kenapa? Sebab tak selesaikan pembayaran insurans. Perkara ni nampak kecil, tapi kalau dibiarkan alamatnya tak sempat siap projek saya dan terpaksalah repeat semester depan.
Undang-undang di Russia ni mewajibkan semua pelajar antarabangsa untuk mempunyai insurans mereka tersendiri. Now, Mara sebagai sponsor telah menjalankan tanggungjawab ini dengan menyediakan insurans yang premiumnya berjumlah RM2000 setahun, tapi kami di sini masih diminta untuk membeli insurans lain. Sebabnya ialah insurans daripada MARA tak cover untuk ambulance hotline, cuma cover kos untuk ambulance. Maksudnya bayar dulu, nanti claim.
Berbeza dengan insurance yang diambil di sini, ada nombor telefon khas disediakan untuk memanggil ambulance yang didaftarkan di bawah syarikat insurance di sini. Mereka buat ni sebab syarikat ambulance tak nak lah angkut orang yang takde duit nak bayar ambulance, betul tak?
Ini adalah sesuatu yang MARA perlu betulkan. Masukkan sekali dalam pakej insurance supaya pembaziran (dua kali bayar insurans) tidak berlaku. 5 tahun saya di sini, benda sama tak settle2 lagi -____-‘
Berbalik kepada masalah saya tadi, jadi saya dah cakap elok-elok dengan perempuan yang jaga bab insurans di pejabat international students. Saya delay dengan memberi alasan yang kami dah ada insurans sendiri dan memandangkan dia masih baru, terpaksalah dia refer orang atas.
Pada masa yang sama, saya berjaya meyakinkan wanita tadi untuk memberikan surat pelepasan supaya saya dapat meneruskan kerja final year projek saya hari ini juga dan berjanji padanya yang saya akan berjumpanya pada hari Isnin nanti.
Apa yang diberikan adalah surat yang mengatakan saya dah bayar insurans. Surat ni perlu ditunjukkan kepada ketua department di fakulti saya dan ketua department akan memberitahu project advisor saya bahawa semuanya ok dan saya boleh meneruskan kerja saya.
Yeah, kat Russia sehelai surat macam ni memang berkuasa. Ketua department yang tengah mengajar dalam kelas pun saya boleh suruh dia berhenti sekejap semata-mata nak uruskan masalah saya. Alhamdulillah semuanya selesai. Dapat jumpa advisor dan teruskan kerja saya.

Jadi sekarang, nak jumpa ke tak hari Isnin nanti? Kalau jumpa, sudah pasti saya akan disuruh untuk membayar insurans ini yang dikatakan berharga 7300 ruble (RM700+) untuk setahun. Duit terbazir sebenarnya kalau bayar sebab saya akan meninggalkan negara ni pada bulan Febuari. Kacau duit nak beli IPO je..
Kalau tak jumpa macam mana? Saya dah dapat surat pengesahan yang mengatakan saya dah bayar. Apa perlu takut, betul? Betul. Tapi kita tak tau apa lagi kejahatan yang boleh mereka lakukan. Prioriti sekarang adalah untuk menyiapkan semuanya di sini tanpa sebarang masalah dan berambus secepat mungkin.
So what do you think? Btw, tengok dah sebab saya nak Samsung Galaxy S II? Penat buat entri tu…..

Comments
31 responses to “Soalan Kemahiran Berfikir Untuk Anda”
[…] : Maaf kalau aku ada terkasar bahasa semasa mengendalikan sesi pagi semalam. Maklum sajalah aku (bukannya Ariff Shah) cuma insan ‘ensem’ yang […]
banyak jugak keperluan untuk belajar di luar negara ni.tak terfikir pulak insurans pun kena ada.kat malaysia ni takde pulak insurans tu.tak tau pulak kalau ada…
Kalau kat Russia, insurans wajib ada.
eee… strict sana ek!
sib baik tak belajar kat moscow dulu…hehehe
kadang2 strict sampai menyakitkan hati pulak..
Bilalah b3njy dapat menjejak kaki ke Russia ni yer … bermimpi je lah ..
mungkin suatu hari nanti..
ariff, kalau tak silap boleh bayar insuran untuk 1/2 tahun. so, tak delah banyak sgt nak korbankan duit tu. still boleh beli IPO. haha…
hahahaha… kalau bayar pun aku cari cara bayar lagi murah. tengoklah macam mana..
Kenapa nak kena masukkan perkataan ‘hensem’ dalam translation tu?? Arrggghhhh *sambil menghantuk-hantukkan kepala ke papan kekunci*
dah dalam surat tulis macam tu
priority untuk berambus secepat mungkin.. hahaha.. cam tensi je duk sane..
ada surat tu kalau dia suruh bayar mungkin leh tanya dengan detail kenapa perlu bayar lagi.. nak cadang lebih pun tak leh sebab tak tau kondisi dan sistem di sana camane..
Isnin ni nak try tanya lebih lanjut, tengok macam mana..
Mas kahwin? WAKAKAKAKAKAKAKKAKA. Bayo la Ariff, nanti apa2 hal susah plak kantui kat sana haru the viru tau….:)
Will see about it. haha!
Secara jujurnya, aku rasa kau perlu bayar. Walaupun kau dah ada surat yang menyatakan kau dah bayar kan?
1 – Tak tau apa tindakan kalau kau boleh dikatakan menipu (dengan tak bayar tu). Sia-sia kalau kena saman atau perkara lain. Tak dapat habiskan study lagi parah. Jangan, jangan.
2. Bayaran tu sebahagian daripada proses kau nak teruskan hidup di sana, buat urusan sebagai seorang pelajar dalam menuntut ilmu. Yes, kau menuntut ilmu dengan baik, tapi kalau dalam masa yang sama kau buat perkara begini (contohnya) – mungkin tiada keberkatan dalam ilmu kau.
3. Ehem. Karma always happened & they might called it as b**ch. Mana tahu apa yang kau buat kali ni terlepas, dan dalam masa depan, sesuatu sebegini berlaku dalam hidup kau & kau mangsa? Ah, jangan buat main. Bahaya.
Er, again – itu pandangan peribadi sahaja. Terpulang kau nak buat apa.
P/S : Macam tu tulis nama kau dalam Russian? Gila panjang tu.
hehe.. thanks. Setiap pandangan dihargai =)
Akan cuba lakukan perkara yang betul.
Wah ! dashyat juga kat Russia tu … sekeping surat yang simple je macam tu dah boleh stopkan pembelajaran sekejap … kalau kat malaysia diaorang buat kertas balut makanan adalah tak pun simpan dalam laci sampai 3-4 bulan. Dari segi penguatkuasaan kat Russia cam mana yer ? tegas ke ?
Ada benda tegas, ada yang boleh dirasuahkan. Tapi dalam hal ni, fakulti saya memang tegas.
translation tak boleh blah..kah3x
Tak boleh blah dengan translation tuh…. hahaha
lebih afdal dibayar hehe
haha.. mas kawen x tahantu…
Nasib baiklah tidak minta resit pengesahan pembayaran yang banyak diminta oleh pihak satu lagi di Malaysia. Semasa kolej dahulu setakat surat belum cukup perlu dibukti dengan resit asal. Susahkan
sebenarnya kalau bayar nanti pun pada orang yang sama. Jadi dia ada kuasa keluarkan surat dan dialah sebenarnya yang suruh fakulti aku tahan daripada continue kerja..
kalau ikut etika, kena bayar gk bro. bukan apa, keberkatan tu terletak pada tanggungjawab yg kita perlu tunaikan tak kira la dunia ke akhirat. mungkin boleh terlepas di Rusia, tapi manatau di Malaysia sangkut kot2 payah nk cr lubang kerja ke. Tp tu prinsip saya la. What you give, you get back.
betul tu..lebih baik bayar sebab takut nanti emosi terganggu bila dah balik malaysia..haha..lagi satu takut2 dia ambil tindakan ke apa..lagi la susah kalau jadi macam tu..
Ya..s0k0ng ulasan ini :)
K0t masa nak berlepas di airport kena tahan polis ker…
Manalah tahu kan..Janji tetap Janji…
:) so0k0ng ah prinsip kamu Bro
hehe… rasa insaf pulak baca komen ni
kene kot.. kang tk psal2.. dier cari kang.. x bley grad da.. huhu
pehh translation… hahahaa..