Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..

Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub

Laa.. takkan satu sebab je? Macam mana nak menang? Takkan nak Galaxy S2 tu sebab nak tangkap gambar awek je? Gatal siot. Ehem.. kepada yang tak tau, lalukan tetikus pada Samsung Galaxy S2 atas ni. ha.. magic tak?

Lebih kurang 16 jam telah dihabiskan untuk men-design imej-imej atas ni. Berpeluhlah jugak sebab saya ni memang noob sikit kalau guna Photoshop. 5 jam lagi telah dilaburkan untuk belajar CSS supaya boleh buat magic trick dalam entri ni. Tapi kalau dapat Samsung Galaxy S2 daripada Beta.my & MyNewsHub, memang priceless!

Saya belajar banyak daripada contest ni. Saingan pun boleh tahan hebat. Tapi inilah yang terbaik dapat saya berikan. Yang penting, saya berpuas hati dengan usaha saya, betul tak? Dalam hidup kita ni, kalau kita kuat berusaha untuk sesuatu barulah apa yang dibuat tu rasa berbaloi walaupun kadang-kadang tak beroleh kejayaan.

Sesungguhnya kalau penganjur memilih saya sebagai pemenang, anda telah sedikit sebanyak membantu saya mengurangkan hutang study loan belajar di Russia ni. Yelah, phone lama nanti akan dilelong dan duit hasil lelongan tadi sedikit sebanyak dapatlah membantu mengurangkan hutang belajar kat sini. Banyak beb..

Apa-apa pun, terima kasih kerana menyediakan hadiah yang best. Saya sentiasa menghargai contest yang kasi hadiah mahal-mahal macam ni. Penyertaan saya ini adalah sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi kepada anda.

Oklah.. cukup dengan ucapan macam pak menteri. Semak balik kalau dah patuhi semua syarat dan peraturan giveaway ni.

[checklist]

  • Sebab yang munasabah untuk memiiki Samsung Galaxy S2
  • Elemen membodek penganjur
  • Kreativiti – Gandingan Ted Mosby & Barney Stinson, ko hado?
  • Gambar dan ayat wajib
  • Originaliti – ehem. Benda ni dah buat since seminggu lepas tapi sebab ke-busy-an final project melanda, tak sempat nak siapkan and publish. Takde elemen tiru orang lain di sini

[/checklist]

Kepada pembaca, kalau rasa penyertaan ni layak menang, tekan Like banyak2. Mohon menang.. Sekian, Terima kasih.

P/s Boleh rujuk roomate saya untuk pengesahan yang dia adalah pemilik Samsung Galaxy S2

50 Comments