Bagaimana Menyediakan Simpanan Persaraan Kalau KWSP Pun Tak Cukup?

Reading Time: 3 minutes

simpanan pelaburan kwsp

Tertarik dengan post di laman Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menasihatkan orang ramai supaya tidak bergantung sepenuhnya pada tabungan KWSP untuk persaraan. Nasihat ni seharusnya diambil serius  lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada badan yang menguruskan wang simpanan persaraan rakyat Malaysia.

So kalau KWSP tak cukup, macam mana? Di sini saya kongsikan beberapa idea yang boleh anda gunakan.

1. Loan ASB

Saya belum pernah memperkatakan tentang loan ASB, ini kali pertama. Saya dah pernah cancel loan ASB sebab masanya belum sesuai untuk diambil.

Jadi bila masanya nak ambil loan ASB ni? Jawapan mudah saya, selepas dah ada rumah sendiri dan kereta. Bila keperluan harian semua cukup dan anda mempunyai simpanan RM15,000 untuk dilaburkan.

Ambil ASB loan RM200,000 dengan tenure 25 tahun. Bulanan RM1194. Setahun bayar RM14328. Bayaran tahun pertama kita tolak daripada RM15,000 awal-awal tadi.

Dividen 8% setahun untuk RM200k tu RM16,000. Untuk tahun-tahun berikutnya, setiap bulan keluarkan RM1194 daripada ASB untuk bayar instalment dengan bank. Langkah seterusnya, ulang sampai tamat tenure 25 tahun. Kalau mula umur 30, umur 55 tahun dah ada cash RM200,000 + dividen terkumpul (malas nak kira).

Simple. Perlu disiplin je. Anda ni berdisiplin tak?

2. Pelan Takaful

Simpanan terpaksa seperti pelan Takaful pun membantu menambahkan simpanan persaraan. Bergantung kepada umur anda mula menyertai Takaful (pelan komprehensif ya, bukan pelan yang tiada simpanan), makin awal makin banyaklah simpanan yang akan terkumpul dalam pelan Takaful.

Disebabkan simpanan diletakkan dalam akaun unit trust yang biasanya memberikan pulangan >10% setahun, adalah logik untuk menjadikan pelan Takaful sebagai salah satu tabungan persaraan anda.

Contoh kes mudah, untuk budak muda umur 25-26 tahun simpan RM150 sebulan dan dapat medical card yang boleh claim RM50,000 setahun, bila umur 55 tahun nanti sekurang-kurangnya ada RM40,000 dalam akaun simpanan yang datang dengan pelan Takaful. Tak ke bagus tu?

Cuma itulah masalah anak muda kita, bila kurang komitmen, ramai yang tak berfikir dengan bijak untuk mendahulukan benda penting. Yang dikejar, kereta Honda. Bila dah berkahwin, ada anak dan komitmen banyak, barulah mula terfikir benda penting macam ni, tapi masa tu kurang  kemampuan. Last-last tak ambil.

3. Simpanan Bulanan

Sepatutnya ni jadi kaedah pertama, tapi cara ni memerlukan disiplin yang lebih tinggi. Ada orang kata 10% gaji, ada yang kata 20% yang perlu disimpan setiap bulan. Tak penting.

Kalau 10% pun tak boleh nak commit, maka jangan mimpilah nak simpan banyak-banyak. Untuk mereka yang dah ada #1 & #2, pastinya mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyimpan wang setiap bulan secara konsisten.

*****

wang-saraan-kwsp

Dari tahun 2010 lagi KWSP cakap wang saraan anda tak cukup. Rasanya tiap-tiap tahun mesej mereka sama je

Kaedah #1 & #2 adalah kaedah forced saving di mana kita terpaksa bayar untuk wujudkan simpanan tu. Of course, kedua-duanya ada kelebihan tersendiri, ikut keperluan dan kemampuan semasa anda. Pendapat saya, nak didik untuk menyimpan ni susah kalau tidak dibiasakan dari kecil, jadi kaedah forced saving inilah cara yang paling sesuai untuk mereka yang selalu terbelanja atau sengaja cari alasan untuk berbelanja duit simpanan.

Kepada yang berada di landasan yang betul mengikut kaedah anda, boleh kongsikan kaedah anda di ruang komen untuk bacaan pembaca lain. Apa yang saya sampaikan di atas ini hanyalah cadangan biasa dan saya hanyalah blogger biasa, tak hebat macam kebanyakan sifu kewangan di luar sana.

Apa yang pasti, simpanan KWSP sahaja memang tak cukup!


Posted

in

by

Comments

17 responses to “Bagaimana Menyediakan Simpanan Persaraan Kalau KWSP Pun Tak Cukup?”

  1. miss arrogant Avatar
    miss arrogant

    Beli emas banyak-banyak..lagi bagus beli gold bar 999…harga emas sentiasa maintain…melabur sambil bergaya..

    1. Mazni Azmi Avatar

      Harga emas pun ada naik turun tuan.

      Yang tak best masa nak cash kan duit.. masa tu harga emas turun mendadak.

      Contohnya sekarang.. Memang turun habis ni..

      Simpati juga siapa yang beli banyak banyak sebelum ni

  2. hikaru matsushima Avatar

    betul.

    kena banyak buat side income la jawabnya ni.

    1. Mazni Azmi Avatar

      Yang semestinya pasif income kan tuan.

      Tuan ariffshah.. boleh bantu terangkan tentang snowball effect?

      Saya tak berapa faham konsepnya.

      Terima kasih atas penjelasan

      Saya baru baca blog ni.. Banyak info belajar

      Lebih lebih lagi pasal perlindungan takaful

  3. Cik Siti Avatar
    Cik Siti

    ASB tue da ade tpi bukan loan, just simpan sendiri, and pelan takaful pon da ade..

    1. Ariff Avatar

      Loan tu membanyakkan simpanan dengan lebih cepat KALAU ikut rule yang betul

      1. Ariffin Avatar
        Ariffin

        Bagi saya kalau kita boleh disiplinkan diri bayar loan RM1194/month, lebih baik kita simpan monthly dalam ASB. Still boleh dapat 1million++ after 25 years. At least kita didik diri tak berhutang. Apa yg saya baca dalam blog lain, ramai yg ambil loan, pergi rujuk dgn AKPK sebab dalam tempoh pembayaran loan, terpaksa bayar banyak bebanan hutang lain seperti hutang rumah, kahwin, barang perabot, gadget, motor kereta, kesihatan, kad kredit, makan minum & etc.

  4. siti hazreen Avatar

    hurm…kena ada pelbagai portfolio ;)

  5. L Avatar
    L

    Mmg betul ASB loan cara terbaik utk simpanan persaraan . Sy dan isteri pun masing2 da ambil loan 200k. Dan cara terpantas nk dpt kn 200k dgn mbayar pinjaman bulanan tanpa mgusik sedikit pun dividen y dapat . So dalam 8 thn je kita da boleh ambil 200k

  6. Mira Alwani Avatar

    Artikel ni memang buka minda. Risau juga nak bersara nanti tak cukup duit.

  7. hikaru Avatar

    takaful dah ambil, asb dah buat simpanan..tabung haji pun dah menabung sejak kecil..

    dan nak beli emas sikit-sikit. bukan sebab nak jual. sebab seronok tengok emas. hehe..

  8. eyriqazz Avatar

    Lepas lagi ke bro buat ASB loan utk 25 tahun? Bukan personal loan sudah dipendekkan kepada 10 tahun?

    1. Ariff Avatar

      ASB loan kira personal loan ke? Tengok bank banyak je offer ASB loan sampai 25 years

    2. L Avatar
      L

      Cimb bank boleh buat ASB loan utk 30 thn bro , tp konvensional punya la . Hanya Maybank je y menawarkan islamic ASB loan hingga tempoh maksimum 25 thn

      1. Ariff Avatar

        Tu sebab mention 25 tahun je. Jangan layan konvensional ni kalau Islamic dah ada.

        1. Mazni Azmi Avatar

          Betul. islamic dan bebas riba.

  9. akubiomed Avatar

    Saya larikan simpanan KWSP ke Unit Amanah. Dengan alasan pelbagai sumber.