3 Langkah Mudah Menyediakan Simpanan Pendidikan RM50,000 Sebelum Anak Berusia 20 Tahun

pelan-pendidikan-anak

3 langkah mudah ini tidak memerlukan anda untuk menyimpan ratusan malahan ribuan ringgit sebulan. Cukup hanya beberapa puluh ringgit sahaja untuk suami dan isteri.

Andaian yang saya gunakan adalah berdasarkan majoriti masyarakat kita sekarang iaitu suami & isteri bekerja dengan pendapatan seisi rumah bermula RM3,500 sebulan.

#1. Kumpulkan RM1,000 Sebelum Kelahiran Anak

Bila dah confirm isteri mengandung, mula kumpulkan RM1,000 sebagai modal permulaan simpanan pendidikan ini. Susah ke nak kumpulkan RM1,000 ni? Jawapannya bergantung kepada anda.

Pada saya RM1,000 ni hanyalah RM100 sebulan (suami RM50 + isteri RM50 = RM100). RM100 x 9 bulan = RM900. Kemudian salah seorang (mungkin suami dapat bonus) cukupkan lagi RM100 jadilah RM1000 semasa anak dilahirkan.

Mudah je. Tapi kalau RM50 sebulan pun dah berkira, saya anggap pasangan ni masih belum bersedia dari segi kewangan untuk berkeluarga.

RM1,000 ni perlu dimasukkan ke dalam akaun unit trust dengan potensi pulangan yang paling tinggi berdasarkan kaedah yang saya dah ceritakan dalam entri Idea Pelaburan Aidilfitri. Tak perlu lagi SSPN sebab SSPN bagi ~4% je. Kalau dah plan nak simpan untuk pendidikan anak, mula dengan unit trust dulu.

Kalau ikut idea ni bulat-bulat, tak kurang daripada RM15,000 akan dapat dikumpulkan bila anak dah mencecah umur 20 tahun.

#2. Simpan Duit Raya Anak RM100 Setahun

sampul-duit-raya

Kalau baca entri Idea Pelaburan Aidilfitri, tak perlu banyak pun nak simpan dalam setahun supaya pada tahun ke-20 nanti ada RM15,000 dalam akaun. RM100 yang dikumpulkan anak setiap tahun semasa beraya pun cukup dah. Yang lebih tu kalau nak bagi anak belanja, bagilah.

Lagipun orang bagi duit raya biasanya bukan nak suruh dibelanjakan semuanya, selalunya mesti datang sekali dengan nasihat, “belajar rajin-rajin.. ” atau “jangan belanja habis duit ni.. “.

Walaupun hanya RM100 setahun, tapi nilainya bila dikumpulkan dan digandakan selama 20 tahun memang boleh jadi besar. Jangan pandang rendah.

Tapi kalau RM100 setahun duit percuma yang diberi oleh orang ramai pun tak dapat dimasukkan ke dalam akaun untuk simpanan pendidikan anak, tak payah mimpilah nak kumpulkan RM50,000 untuk anak dengan kaedah ini.

#3. Ambil Education Plan Untuk Anak

Education plan ni untuk apa? Simple je. Education plan ni adalah kaedah untuk memindahkan risiko kewangan akibat daripada kehilangan pencari nafkah utama dalam keluarga.

Bagaimana ianya berfungsi?

Katakan salah satu daripada senario ini berlaku, pencari nafkah utama (biasanya si ayah) meninggal atau mengalami kecacatan kekal dan tak dapat bekerja. Sudah tentu pada masa itu kalau si ibu walaupun bekerja, belum tentu boleh menanggung segala perbelanjaan keluarga. Kalau dah perbelanjaan bulanan tak tertanggung, simpanan pendidikan tak usah cerita lagilah kan.

Bila situasi ini berlaku, plan pendidikan anak ni tadi dah dibayar oleh ahli Takaful yang lain sehingga anak mencapai usia 25 tahun. Dalam erti kata lain, plan yang sepatutnya dibayar RM100 sebulan ni dah jadi percuma sehingga anak berumur 25 tahun.

Berapa pula yang dapat dikumpulkan? Tengok jadual di bawah:

education-plan

Anggaran cash value dalam jadual di atas adalah berdasarkan anggaran pulangan 8% setahun. Disebabkan duit yang dimasukkan dalam education plan ini akan dilaburkan ke dalam akaun unit trust, memang tak lari pulangan melebihi 10% setahun.

Jadi adalah selamat untuk saya katakan sekurang-kurangnya RM35,000 dapat dikumpulkan ketika anak berusia 20 tahun melalui langkah ini, tak kisahlah samada si ayah kepada anak ini ada untuk meneruskan simpanan sehingga anak berumur 20 tahun ataupun tidak.

Kalau tak berlaku senario buruk tadi, saya yakin golongan pasangan suami isteri yang bekerja ni takde masalah nak simpan RM50 setiap seorang untuk setiap anak. Kalau tak cukup, sila hentikan langganan Astro di rumah anda kerana pendidikan anak lebih penting daripada hiburan anda.

Kalau tak cukup lagi, sila hentikan langganan data plan kalau anda tak buat duit melalui perniagaan online. Tak cukup lagi? Sila berhenti merokok kalau ayahnya merokok atau lebih best, sila downgrade kereta kepada kereta nasional.

Dalam zaman sekarang ni, RM50 tu terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan kebocoran kewangan kita pada pelbagai perkara yang tidak diperlukan.

Isi borang ini sekarang sekiranya anda ingin mengambil education plan untuk anak anda.

28 Comments

  • miraellyna

    12 August, 2014 at 1:23 pm

    saya kurang faham tp berminat macam mana nak contact ye.. tlg email saya secepat mungkin. saya nak tahu lebih lanjut.

  • ryz

    11 August, 2014 at 9:42 am

    alhmdulillah…mmg dah lama praktikkan benda ni since my 1st child lgi & siap buat diversification…not just masuk unit trust.. tabung haji/saham didik pun join sekali.. and my son merupakan yg terawal amik education plan dr prubsn masa mula diperkenalkan dulu

    dan skang tgah consider utk naikkan caruman bulanan sbb nak gain more profit later bila terasa nk antar anak belajar oversea..inshaAllah

    tapi kan Ariff, time pregnant nnti just save 1k tak cukup sgt… apalagi kita org islam msti uat akikah kan… so suami-istri must save higher amount supaya dpt simpan & juga dapat ketepikan utk kenduri kikah nnti (bgi ingatan je, in case klu ada parent yg x bersedia utk tu)

  • halif

    6 August, 2014 at 12:19 pm

    Ariff, saya ada invest lebih kurang RM 300 untuk dua orang anak saya dalam HLA Income Builder. Konsep lebih kurang yang education plan tu. But, yerla..amik tu dgn kawan berbangsa Cina dan telahpun dia confirmkan patuh syariah. But, i just nak 2nd opinion dari another agen so that takde bias. If u can give an insight about it, maybe next child saya amik dgn ariff or if that HLA not syariah compliance, maybe i can switch it too. Dah carum lebih kurang 3 tahun untuk anak pertama dan setahun anak kedua. I just need to pay until anak berumur 6 tahun sahaja, n the dividen will accumulate sampai time i nak withdraw. Usually, time umur 20 tahun waktu nak masuk U or if dapat biasiswa, biarkan dia accumulate n withdraw bila nak beli hartanah.

    • Ariff

      6 August, 2014 at 9:26 pm

      Pertama sekali kena faham kenapa ada entiti insurance konvensional dan takaful.

      Lesen takaful ni hanya diberi oleh Bank Negara bila company tu dah follow guideline panel syariah mereka. Bila ada lesen takaful, company boleh gunakan term takaful untuk produk mereka. Konsep underwriting pun berbeza antara konvensional dengan takaful.

      In your case, yes, dana mungkin disalurkan ke dalam fund patuh syariah tapi konsep underwriting mungkin ada elemen tidak syariah. Adalah normal untuk produk konvensional salurkan saving ke dalam fund syariah, tapi produk tu sendiri belum tentu syariah compliant lagi.

      Produk yang betul-betul syariah compliant dijenamakan di bawah entiti syariah compliant (macam Prudential untuk konvensional dan PruBSN Takaful untuk takaful/syariah compliant). Tak boleh campur.

      Nak cerita senang macam ni la. Kita beli ayam kat pasar. Berani tak beli daripada peniaga cina yang mana dia letakkan ayam yang disembelih dengan tak disembelih sebelah-sebelah? Kita sendiri rasa ragu-ragu nak makan nanti. Mana tau silap letak atau entah betul disembelih atau tidak.

      Jadi untuk selamat dan yakin, kita beli daripada peniaga Islam (dalam hal ini, company Takaful) supaya yakin produk mereka betul-betul syariah compliant.

      Dan terus terang, produk konvensional memang nampak pulangan dan protection lagi banyak sebab market mereka dah terlalu besar. Orang cina khususnya dah percaya dan bergantung kepada insurance ni sejak awal-awal lagi. Orang Melayu je baru tak sampai 20 tahun nak diperkenalkan kepada produk insurans, takaful lagilah..

      Kesimpulan, insuran yang syariah compliant mesti datang dengan nama Takaful. Kalau takde, minta dijauhkan. Biarlah protection/untung kurang sedikit semata-mata nak kejar yang halal

      • halif

        7 August, 2014 at 11:05 am

        Thanks for the comment. Memang betul, masyarakat Melayu kita ni xramai didedahkan dengan hal mcm ni. Sebab takde keperluan katanya, tapi biarlah kita dapat merancang sebelum apa-apa berlaku.

  • myvitrd

    5 August, 2014 at 4:36 pm

    Tq bro.. bagi idea untuk pelaburan anak.. rasanya anak yg usia 2 tahun 7 bulan belum terlambat lagi.. untuk mulakan pelaburan mcm yg ariff cdgkan ni.. :-)

  • Afiq

    2 August, 2014 at 10:50 am

    Kalau aku amik inisiatif simpan semua duit raya. Sementara umur tak masuk 7-8 tahun lagi. Kalau dah masuk umur tu, keja nak perabis duit raya je, better awal tu simpan siap2 :)

  • Izwan

    2 August, 2014 at 12:48 am

    ibu bapa gen y sekarang memang kena fikir macam ni. saya pun fikir benda sama. saving dari kecil. biar belajar tak yah berhutang.

    diri sendiri dah rasa. habis belajar tanggung hutang. komitmen nak kahwin lagi.

    another option, didik anak dari kecil dengan perniagaan. biar pun jual kuih untung sen-sen. dah besar nanti ada la kegunaannya ilmu street-smart.

  • hisham

    1 August, 2014 at 9:31 am

    Berhenti langgan Astro..berhenti guna data plan…berhenti merokok. Cara mudah untuk mula berjimat tapi ramai yang buat tak tahu sambil mengeluh kesempitan wang