
Disebabkan berlakunya beberapa insiden yang tidak diingini, kawalan keselamatan di kebanyakan shopping complex kini kembali ketat. Kenapa saya gunakan perkataan ‘kembali’? Senang je. Sebagai manusia, bila dah selamat dan tak berlaku apa-apa kes, kita akan melihat langkah keselamatan yang diambil tadi sebagai sesuatu yang tidak diperlukan.
Jadi dalam empat lima bulan nanti bila dah takde kes, berkemungkinan pihak ini akan mengurangkan semula bilangan kakitangan keselamatan yang bertugas untuk mengurangkan kos & meningkatkan keuntungan. Saya benar-benar berharap ini tidak berlaku dan mereka mengekalkan (atau menambah) bilangan pengawal keselamatan yang bertugas.
Oleh itu, jangan bimbang kerana sekarang shopping mall adalah tempat yang paling selamat, termasuk kawasan parking lot mereka. Security guard bersepah sana-sini. Serius. Nak suruh diorang escort pergi ke kereta pun boleh. Time ni lah nak merasa ada bodyguard sendiri. Free of charge!
Apa yang anda perlu sentiasa risaukan adalah jenayah rompakan ketika berada di atas jalan raya. Yang ni boleh berlaku di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Big mistake kalau anda letakkan barang berharga anda di seat sebelah yang kosong ketika memandu. Be careful.


Comments
40 responses to “Selamat Ke Nak Keluar Rumah Sekarang?”
Intinya Tetap waspada setiap nak keluar rumah, Hati-hati. Kejahatan Bukan karna Niat Pelakunya Tapi Juga Karna Kesempatan.. Tetap Waspada..
salamz…….
tidak semestinya….kita mengharapkan keselamatan diri kita sepenuhnya
kepada pak guard sahaja…kita sendiri pun mau kene jaga diri juga…cuba fikir sejenak……punca….dan bagaimana boleh terjadik …..contoh knp urg kene samun,curi,rompak?(kadang2 kita nie menunjuk sgt kat urg lain yg kita ni ada duit,,,kenapa urg nak rogol ?klo seksi mane x nafsu bergelora beb…mcm2la….nak citer pnjg sgt maleh ……mcm nabil ckp juga LU PIKIR LA SENDIRI BEB……..itu lah hakikatnya yang kita sebagai manusia kadang2 ALPA akan keadaan… :P
Terus terang katakan, jika menilai dari segi persekitaran sememang rasa kurang selamat bila diluar. Terutama tempat yang jadi tumpuan ramai dan banyak dikerumuni orang luar. Sebetulnya kalau nak buat jahat tak mengira siapa. Tapi tak dapat nak elak juga mentaliti kita ni. Tambahan jika sebelum ni kita tahu banyak kes melibatkan mereka. Apa pun keselamatan diri utamanya tanggungjawab tuan punya diri, kemudian baru pihak lain. Namun bila melibatkan masalah rakyat asing, saya merasa pihak kerajaan main peranan besar. Kita tidak perlu berbuat baik sehingga menggadai keselamatan rakyat tempatan.
semoga semue jenayah dapat di atasi …
dan kita harus waspade bang,, saling ingat mengingatkan itu juge sangat penting,,
waa baguslah ada buggy..at least rasa selamat sikit
keselamatan diri harus diutamakan. walaupun sesaat kita lalai, akan ada orang yang ambil kesempatan…
Assalamualaikum..penjenayah memang sentiasa mencari peluang dimana2 saja bandar,kampung,pulau ada saja mereka ini..jadi kita kena bijak dan sentiasa waspada.
sume org mmg kena berhati2 termasuk kesemua blogger2 huhu
entri kena rompak. :)
jgn hangat2 taik ayam je. kalau pak guard ada srg je pon, aku xrs kwsn tu akan secure. sdgkan peragut bley meragut dpn pak guard kondo cmtu je, inikan pula tmpt2 parking yg sunyi cmni. yg menyamum 2 3 org, yg menjaga srg. last2 lari cmtu je
Sekarang ini kejadian seperti ini sering berlaku tidak kira tempat. Manusia makin berani untuk melakukan sesuatu di luar fikiran kita.
Terapkan dalam keluarga kita tentang keselamatan di mana sahaja.
Kalau di parking Curve Mutiara Damansara boleh berlaku dengan adanya CCTV dan guard. Apatah lagi keselamatan kita di tempat lain…cuma peringatan sesama kita.
dah terhantuk baru terngadah. itulah sifat manusia. kalau sebelum ni, tak nak pulak meningkatkan kawalan keselamatan? nak kenaa tunggu ada kes macam ni baru nak ketatkan kawalan. selama ni pikir keuntungan je la
kebanyakan Mall Besar di Indonesia dan banyak negara lain telah mengadakan fasiliti imbasan di pintu masuk memang agak menyusahkan tapi mungkin psiko rasa lebih selamat. tak mustahil suatu hari di Malaysia.
kena lebih berhati-hati sekarang terutamanya wanita,,,kalau boleh jangan memandu berseorangan,,,
Kalau tidak salah diberitahu oleh kawan di negara Filipina sebelum memasuki pasar raya, pihak keselematan bersenjata akan membuat pemeriksaan dengan mengunakan cermin untuk melihat bawah kereta bagi memastikan tiada bom dipasang.
Ada beberapa hotel di Moscow pun mempunyai langkah keselamatan macam tu
Kawasan meletak kereta yang besar dan sunyi tidak berasa selamat. Kalau ada pengawal yang selalu buat pengawasan mungkin boleh mengelak perkara tidak diingini berlaku. Penjenayah pun sudah bijak akan buat tinjaun dahulu tahap keselamatan sebelum merancang kegiatan jenayah mereka.
Betul. Kalau diorang tengok banyak kawalan, memang tak berani nak kacau tempat tu.
itu kat Curve..ada gak guard..kalau kat ceruk2 pekan kecil ..ada ker?
kalau kat pekan kecil, memang tak dapat la
walaupun bersepah security namun harus hati2 juga..
malang tak boleh bau… tapi bau musyuk ada.. har3
dimanapun kita berada harus tetap waspada, keselamatan harus tetap dijaga. Apa lagi di tempat shopping complex pengawal keselamatan harus bertugas untuk mengamankan semuanya
boogie tu buat rondaan ke? apesal panjang sangat? macam nak tour ride macam kat zoo je. kalau suruh bodyguard tu angkut barang yg kita beli, dia tolong tak?
Buggy tu untuk hantar orang dari entrance ke kereta mereka
salam….betul ariff…auntie risau setiap kali dua orang anak dara auntie tu lambat balik rumah….orang jahat/gila ramai sangat la ni….tak tau apa ada kat dalam kepala otak dia orang…main rembat aje anak orang…harap pihak berkuasa lakukan sesuatu demi keselesaan hidup masyarakat negara ni…biar ada rasa selamat walau di mana jua kita berada…
panjang benor komen 1001resepi…kakak ok ni mama…loooolllll
Mak awak risau. Normal la tu.. mother’s instinct
Kena selalu ingatkan diorang supaya berhati-hati la auntie. Nak suruh balik awal pun kadang-kadang tak boleh sebab masing-masing ada hal sendiri.
Yang penting diorang sentiasa berhati-hati dan tak cuai. Elok lagi kalau keluar ke mana-mana (terutamanya waktu malam) berteman.
Selalu waspada dan hati-hati memang diperlukan sekali saat pergi keluar rumah, karena kejahatan senantiasa terus mengintai, apalagi kejahatan sekarang selalu menggunakan senjata api…ngeri juga jadinya !
Kena hati2 terutama wanita,mudah sgt kena,tapi tu lah jenayah tak kira tempat dan masa,kalau ada kawalan pun,masih berlaku juga.
kiranya dah selamat la ye kalau nk ke the curve tu.. erm.. kejadian jenayah tu kat rumah pun boleh berlaku.. Kat rumah pun rasa tak selamat.. Saya sendiri masih trauma kalau duduk rumah sorang2 lbh2 lagi waktu malam… Walau kejadian yang berlaku ketika kami tak ada di rumah tp kesannya mmg mendalam.. :( sememangnya semua kita menjaga keselematan diri sebaiknya. lebih berhati-hati dan jgn sesekali beri peluang kpd penjenayah untuk melakukan jenayah ke ats kita.
bila dah berlaku baru nak recover semula yek..standart lah tu…
Dah kena sekali baru la nak buat…biasa la tu malaysia…
bukan malaysia je.tpi kat mana2 un sama juga :)
ni lumrah manusia :)
ini sudah bagus.
menjaga keselamatan pengunjung adalah tanggungjawab pengurusan kompleks. bila dah selamat makin ramai lah orang datang.
Susah nak kata tentang keselamatan sekarang ni. Kat mana-mana kalau tak berhati-hati gerenti terkena punya. Apa-apa pun satu langkah yang bagus dari pihak pengurusan.
Seriously dengan banyak benda berlaku, memang paranoid. Bayangkanlah, bawa kereta memang biasanya seorang diri ke sana ke mari. Lepas tu dalam beg ada macam2 barang – dari phone, dompet, tablet etc. Punyalah paranoid, beg kadangkala campak je dekat bahagian kaki, tablet simpan baik2, kalau brek takdelah menggelungsur, phone letak tempat boleh capai , tapi terlindung dari orang.
Pastu tv tunjuk orang pecahkan cermin kereta masa memandu, berhenti kat trafik light la, memang lagilah paranoid. =.=”
Dah lama tak pegi The Curve. Ape yg jadi kat minah tu sebenarnye?
Ustaz aku penah cite, kat arab, dworang transfer duit berjuta2 pakai trolley 2 orang je, tak de pun pakai pistol pelbagai. Sebab kat sana takut hukum islam, rilek je bawak berjuta dpt plastik beg, masuk dlm trolley tolak luar kedai. hahaha.. kalau malaysia buat camtu tak kena rompak?. haha.. bila malaysia nk ubah?.. hehe
Sy pernah dipertanggungjawabkan menyimpan RM45,000 Tunai untuk tempoh 9 jam. Tak perlu troli setakat 45K. Aku bubuh duit tu envelope, letak dalam singlet baju. Dakap je duit tu takut hilang. Pi Solat pun duit tu ada dlm baju. Tapi yg musykil …. hilang jugak sekeping. Terpaksa arr ganti RM50.
wah, ni gambar parking lot kat the curve ke? terang gila kot.. tempat lain kebanyakkannya gelap…