Tips Mengelakkan Diri Anda Dirompak Ketika Di Dalam Kereta

Reading Time: < 1 minute

To tell you the truth, Malaysia lagi bahaya daripada Moscow sekarang dari segi jenayah rompak. Kes rompakan di Malaysia berlaku di siang hari di tempat-tempat awam menunjukkan yang pihak berkuasa Malaysia sangatlah tidak digeruni oleh penjenayah-penjenayah ini.

Disebabkan Malaysia dah tak selamat, silalah berhati-hati lebih-lebih lagi kaum perempuan yang selalu keseorangan. Beberapa tips untuk mengelakkan diri dirompak kepada awek-awek yang memandu di luar sana:

1. Handbag baru anda memang cantik dan trendy tapi takde maknanya kalau handbag tu diletakkan di seat sebelah ketika memandu sebab tiada orang nampak. Kalau letak kat seat sebelah, perompak (biasanya menunggang motosikal) yang nampak.

Bila dah tau kat mana handbag, senang. The next step is ‘just do it’ Solution paling mudah, sorokkan handbag dalam dashboard (kalau muat) atau bawah seat. Standby duit awal-awal untuk bayar tol supaya beg tadi tak perlu dikeluarkan. Langkah mudah ini boleh mengurangkan risiko anda dirompak by 90%. Serius. If they can’t see it, they can’t rob it.

2. Sentiasa kunci pintu kereta semasa memandu, especially ketika berada dalam parking lot basement/dalam bangunan.

3. Untuk mengelakkan kes kecurian, jangan tinggalkan beg atau apa-apa bungkusan dalam keret walaupun dalam beg tu takde apa-apa. Letak dalam bonet kereta. Walaupun tak kisah sangat kalau barang dalam beg tu kena curi, tapi duit habis jugak bila nak repair pintu yang dirosakkan oleh pencuri tadi.

Semoga kecelakaan seperti ini tidak berlaku pada anda. What to do kan.. Malaysia tak selamat. Banyak sangat penyangak. Jadi kita tak boleh cuai dalam menjaga keselamatan diri dan harta benda kita.


Posted

in

by

Comments

27 responses to “Tips Mengelakkan Diri Anda Dirompak Ketika Di Dalam Kereta”

  1. atiqah Avatar
    atiqah

    mcm my aunt la..perompak 2 pecah tingkap blkg semata2 nk amik beg kt seat blkg.bkn ade pape sbb anak2 punya beg ngaji..kesian

  2. iva saionji Avatar

    memang sakit hati kalau cermin or pintu kereta rosak sebab perampok tu juling biji mata nengok ade bag or bungkusan dalam kereta..tapi kadang2 suka2 je nak pecahkan cermin kereta org semata2 nak buat lawatan amal dalam kereta sambil konon2 nak angkut ape yg ade…iva pernah kena…cermin kecik kat pintu belakang dipecahkan.umah flat,nasib baik dengar dan alert bunyi alarm kereta sendiri..huhu..xsempat dia nak amik ape2 pon..cuma kitalah kluar duit pulak nak buat cermin baru..huhuhu

  3. cikpuanhady Avatar

    harap2 dijauhilah dari benda2 camgini..apapun, pencegahan itu penting..

  4. Sya Isya Avatar

    memang bahaya kalau letak hand bag kat seat sebelah. hand bag pun lesap, cermin tingkao pun pecah.

  5. obat tradisional asam urat Avatar

    saya coba tips nya…hehehe thanks

  6. Miss Meen Avatar

    Yup!! Sokong 3 langkah ini…
    Tak boleh leka..sorang ke berdua ke..
    Yang penting kena beringat…
    Berusaha utk mengelak..
    Kalau dah nak terjadi..mmg nasib kita..(moga dijauhkan)

    *Sunway Piramid?? Huishh…bila lah nak berubah dunia ini…Tak cukup ke bencana dunia..Benda dah nak jadi apa mahu buat.. *

  7. LilyNrman Avatar

    Perkongsian menarik. Satu lagi, sentiasa KUNCI kereta anda bila keluar, WALAUPUN SEKEJAP. contohnya, ko nak keluar bayar kat kaunter, masa nak isi minyak…kalau kereta tak kunci, tak kira kereta tu buruk ke tak.. jaga-jagalah. Ada kes macam ni berlaku. Masa nak bayar duit, pencuri masuk senyap kat bonet kereta atau pun seat belakang. Tunggu ko masuk n drive jer. By the time, nyawa berada di pisau. Masa tu, nyesal tak sudah hanya kerana kerete tak kunci…

  8. paeh Avatar

    aku selalu letak beg aku bawah seat. sebelah kaki aku. kehkehkeh

  9. TJ Avatar
    TJ

    betul ke malaysia lagi bahaya dari rusia?

    tapi memang berlambak pun jenayah sekarang nie

  10. kimmie Avatar

    kadang2 kita sebagai manusia selalu terlupa, jadi perlu sentiasa diingatkan oleh orang lain, jadi terima kasih atas peringatan ini.

  11. Queen Teratai Avatar

    memang menggerunkan situasi di Malaysia skrg.. bkn setakat rompak waktu dalam kereta even dalam rumah sendiri pun kadang2 takut nak duduk lagi2 kalau tinggal berseorangan… Siang2 hari pun boleh kena rompak di depan rumah sendiri.. Bila malam hari kena rompak dalam rumah pulak.. siap bawak parang, pisau, pistol dsbgnya… Agaknya kat Malaysia ni mmg senang ye nak dapatkan pistol? Kdg2 mmg ngeri kalau dapat tahu ada kejadian rompak ni..

    Apa yg saya selalu buat setiap kali nak mula memandu bykkan berdoa, bila keluar dan masuk rumah juga bykkan berdoa supaya Allah SWT melindungi kita dari sebarang kejadian yang tak diingini…

    Yang pastinya Tip2 di atas memang sya dah amalkan dari dulu lg.. walau kereta masih di depan rumah yakni semasa hendak keluar atau baru sampai rumah pintu kereta pasti berkunci. Seeloknya masuk je dalam kereta terus kunci pintu terutamanya bila berada di parking lot atau basement.

  12. Wan Gerrard Avatar

    orang makin jahat skrang..berhati-hatilah selalu :)

  13. aslam Avatar

    nice tips bro.. tapi dengan sikap lepas pandang,kita boleh jadi. so untuk awek2 kat luar tu,sila jaga diri bebaik..woha!

  14. ohcikgu Avatar

    hemm..takyah la bawa beg besar gedabak tu..bawa yang kecil-kecil aje..

  15. idasm Avatar
    idasm

    kak ida dh pernah kena masa nak parking kat tepi jalan kawasan perumahan org2 kaya. diorang pecahkan pintu kereta dan ambil beg mcm tu aje. masa tu gear kereta pun masih kat D. mmg fobia sgt2. tp tulah kecuaian sendiri.

  16. JAI Avatar

    Memang sekarang ni Perompak di Malaysia semakin berani merompak. Tak kira siang dan malam dan secara terbuka. Naik risau dibuatnya. Sepatutnya langkah berjaga-jaga perlu diambil berat oleh empunya badan dan juga langkah pemantauan dari PDRM diperlukan tanpa mengira tempat. Jangan sekadar hanya menumpukan kawasan yang dikunjungi oleh pelancong sahaja sehingga menyebabkan rakyat tempatan terabai..

  17. hatiputera Avatar

    memang idea yang bagus letak bag dalam bonet kereta.Memang pencuri tak nampak dan takkan pecah cermin kereta.tapi kalau nak pecahkan jugak kira memang dah nasib la jawabnya,,,

  18. takky Avatar

    jgn sekali-kali rasa yg letak brg especially laptop dlm bonet (means tempat letak beg) is safety…..
    my friends say that pencuri still dpt kesan laptop guna alat apa ntah….
    he say kalau nk letak jugak, cabut bateri dari laptop dan jgn letak sekali buat sementara waktu….
    itu apa yg kawan saya cakap…

  19. sukacuka Avatar

    perempuan, masuk kereta igt da selamat..kalau da duduk tu, memang lupa dunia luar..walhal kereta tak kunci lagi..

  20. Fadhil Husin Avatar

    Walaupun kebanyakkan mangsa adalah perempuan, namun orang lelaki juga haruslah berhati-hati sebelum menjadi mangsa.

  21. cikgu hairul Avatar

    uih.. malaysia adalah negara paling selamat di dunia.. Itu kata ketua polis negara. Dengan kenyataan dan jaminan itulah kebanyakkan kita jadi alpa. Hakikatnya macam bro kata.. Malaysia memang tak cukup selamat.

  22. shahrul Avatar
    shahrul

    jgn lupa yg bwk motor. senang2 je letak dlm raga huhu

  23. titan Avatar

    lenkali..bawa kapak gi mana-mana..

  24. akubiomed Avatar

    Sekarang ini di Malaysia perompak mengunakan teknik langgar dan rompak. Mereka akan melanggar kenderaan dan apabila mangsa berhenti untuk melihat kerosakan kenderaa ketika itu mereka di rompak.

    Begitu juga dengan kes samun bermotosikal mereka akan mengunakan teknik menjatuhkan mangsa yang menunggang motorsikal dengan menendang motosikal mangsa. Melakukan samun ketika mangsa mengerang kesakitan akibat jatuh motorsikal.

  25. Azman Avatar

    Yup itulah sepatutnya dilakukan,tetapi kaum wanita ada juga sering lupa,sebab kekadang mereka nak cepat,dalam jangka masa nak cepat itulah pencuri ambil kesempatan.

  26. Fazreen Avatar

    Dah kena baru beringat orang kita ni.

  27. namia Avatar

    perkongsian yang menarik .. terima kasih banyak ariff ..

    memang kebanyakkan memadu wanita suka letak handbag di sebelah supaya senang katanya .. tp dalam masa yang sama mereka tidak sedar tindakan itu membahayakan mereka…