See You At Putrajaya Night Marathon

Reading Time: < 1 minute

Belum puas memaksa diri berlari sejauh 10km semasa Standard Chartered KL Marathon hari tu, saya dengan sukacitanya menyertai event Putrajaya Night Marathon yang akan berlangsung pada 20 Oktober 2012. Terima kasih kepada warga kerja BSN Putrajaya Night Marathon atas jemputan ke event ini.

Selain daripada mencari sebab supaya saya dapat bersenam dengan lebih rajin lagi, saya sebenarnya agak curious bagaimana agaknya event marathon waktu malam ni. Seramai 10,000 orang akan berlari dalam kategori masing-masing pada malam tersebut dan larian akan bermula pada jam 8 malam dan dijangka habis menjelang jam 11.00 malam.

Secara peribadi, target saya untuk event kali ini adalah untuk menamatkan larian 10km dalam masa kurang daripada 60 minit. Rekod sebelum ni adalah 69 minit 56 saat. We’ll see :)


Posted

in

by

Comments

20 responses to “See You At Putrajaya Night Marathon”

  1. Ekspresi Ruang Avatar

    urban event utk urban people :)

  2. akubiomed Avatar

    Selamat berjaya kepada bro. :-)

  3. Hairul Azni Avatar

    Semoga berjaya bro!

  4. Myvitrd Avatar

    pernah lari 2 tahun yang lepas masa baru2 kawin.. lari siap dengan wife lagi tapi ambil kategori fun run.. lari waktu malam best sikit bro.. cuaca sejuk putrajaya tu memang best..

  5. ReM Avatar

    Menarik sungguh marathon malam hari. Tapi larian marathon ni lama sangat la..biarpun yang mini 10 km.. Respect kepada mereka yang masuk.

  6. Sya Isya Avatar

    kawan Sya mesti join marathon ni. Dia memang selalu je dapat medal. sana sini marathon ada muka dia. hehe :D Good luck ya Ariff

  7. matjoe Avatar

    ramai la pulak org gila lari. it’s a good thing though

  8. halif Avatar

    Aiseh dah tutup ker?baru pindah putrajaya ni ingat nak join event yg ada. xpela, tgk dr jauh jerla nampak gayanya

    1. Adam Dzirhan Avatar

      ok see u there (macamlah boleh jumpa dlm ribuan manusia tu)..

      Halif..still you can join..pirate..but no finisher medal 4U!

      1. halif Avatar

        Jgn la macam tu, nak tambahkan jugak koleksi finisher medal. Bangga tu walaupun dapat no last. hehehe. Bole je jumpa bro, pakai kod baju warna sama or senang, kol je la bila dah sampai venue…

  9. boni kacak Avatar

    kalau aku masuk ni, kompem betis aku bertukar posisi ke belah keting.hahaha

  10. muazfaris Avatar

    open kepada sesiapa nak masuk ke? mcm best je

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Open tapi dah registration closed sebab dah sampai kuota

      1. aslam Avatar

        bro muazfaris,byk lg run kalau kau nak join. usha kat hooha.asia atau myraceonline.com

  11. joegrimjow Avatar

    ada link? nak tengok, nak masuk gak!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Registration closed dah

    2. aslam Avatar

      joe,jom join run lain. NIke run esok dah open for registration

  12. Aslam Avatar
    Aslam

    Tunggua aku kalau kau dah habis lari..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      haritu cepat giler ko habis

      1. Aslam Avatar
        Aslam

        Mana ada cpt, kan mula awal.