Dulu masa kat sekolah, saya bukanlah seorang yang hebat sangat dalam bidang atletik. Ramai yang lebih laju. Larian long distance bukanlah acara yang digemari dan saya lebih suka sukan berpasukan daripada berseorangan.
Tak tahu kenapa tahun ni saya berminat sangat nak join marathon. Mungkin sebab saya sentiasa kagum terhadap mereka yang mampu menghabiskan marathon penuh sejauh 42.2 km. Jauh tu.. Kalau ikutkan statistik, kurang daripada 1% populasi dunia mampu menghabiskan marathon penuh. Dengan tiket sebagai wakil media, saya menyertai Standard Chartered KL Marathon 2012 (terima kasih kerana acknowledge penyertaan ariffshah.com).
Kategori yang dipilih adalah 10km Speed. 10km adalah untuk mereka yang baru menceburkan diri dalam acara ini. Ada yang lebih rendah iaitu 5km tapi kalau habis 5km tak dapat medal :P Kategori 10km pula dibahagikan kepada tiga kalau tak silap, iaitu Speed, Leisure dengan apa entah lagi satu. Untuk kategori speed, perlu habiskan larian dalam masa satu jam.

Malangnya permulaan saya pagi tadi agak kelam-kabut. Bangun seawal jam 3 pagi, masa tu nak hujan. Tak terfikir pulak kalau hujan dalam marathon macam mana. Jadi redah jelah hujan renyai tu untuk ke Kelana Jaya. Dari situ, naik bas yang disewa khas untuk peserta larian SCKL 2012 ni.

Disebabkan bas sampai lambat, jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup kerana ada peserta kategori lain yang telah dilepaskan. Terpaksalah pusing balik dan terus hantar ke Jalan Parlimen, starting line saya. Lagi best, masa tu peserta untuk kategori saya pun dah dilepaskan dan ada yang dah nak habis lari!

Tak sempat simpan beg di Dataran Merdeka (ada tempat yang dikhaskan untuk peserta). Mundar-mandir sekejap tanpa arah tujuan. Hajat nak tangkap gambar kat starting line untuk dimasukkan ke dalam blog, sekali ada pegawai daripada pihak penganjur nampak saya tak lari lagi, terus dipanggil olehnya. “If you want to run for your category, you better run now”. Apa lagi, terus la berlari..
Sebenarnya, beberapa hari sebelum ini saya mengalami sedikit kecederaan ringan pada kaki sebab training terus sangat. Yelah, bila dah lama tak train dan bila sedar event day dah dekat, memang bersungguh-sungguh la training untuk ganti balik hari yang tertinggal training. Memang saya ragu-ragu samada dapat habiskan ke tak larian dengan masa yang tak corot sangat. Takut jugak kalau masa lari nanti tiba-tiba kaki kejang sampai kena angkut naik ambulans.
Sepanjang larian memang kena kawal pernafasan dan kelajuan berlari. Paling elok, lari ikut kelajuan sendiri supaya boleh tahan lama. Takde masalah kalau nak jalan sikit-sikit supaya otot dapat recover balik daripada kita paksa diri sampai otot kejang. Kadang-kadang masa tengah berjalan, akan ada pelari yang memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan larian. Berkesan sebenarnya. Kadang-kadang sokongan daripada orang lain inilah yang memberikan kekuatan kepada kita. Maka berlarilah sampai badan kata cool down balik, terkpaksa ikut kalau tak nak injured.

Akhirnya tamat jugak larian. Hasrat nak jumpa si Aslam yang menyertai kategori 20km tak kesampaian sebab dia balik awal ada hal lain. Cukup gembira sebab dapat habiskan larian ni walaupun mengalami sedikit kecederaan otot seminggu sebelum larian. Kalau siapa nampak saya masa nak sampai garisan penamat, muka tersenyum je. Bila tengok masa larian saya, memang terkejut sebab catatan peribadi adalah 1 jam 9 minit. Untuk kategori Speed, catatan masa yang diperlukan adalah satu jam, jadi terlebih 9 minit tu masih boleh dimaafkan. Memang tak sangka..

Satu pengalaman yang sangat menarik untuk saya. Pertama kali menyertai marathon dan dapat habiskannya dengan catatan masa yang agak memberangsangkan. Paling penting, catat masa tu adalah rekod peribadi saya. Satu kejayaan peribadi tercapai hari ini.
Tahun depan, nak masuk lagi. Harap dapat perbaiki catatan masa peribadi untuk kategori ini.


Comments
23 responses to “Pengalaman Pertama Menyertai Marathon”
Tahniah bro wah hebat juga ternyata ya..mungkin jika terus dilatih dan berlatih dengan baik akan ada prospek yang jauh lebih besar untuk kedepan
okla tue sbg permulaan..well done! yang penting training, tingkatkan stamina, cukup rehat dan jaga makan..pape pn congrats..:)
Wahh dapat pingat ke??hehe..mesti best kan..pengalaman terindah kiranya..
Memang best. Biasanya dalam marathon siapa yang habis dalam masa yang ditetapkan akan dapat pingat.
Mmm..nasib baik gua injured kalo idok sah gua join sekali..huhu
Baguslah.
every thing has its first time..
Wah tahniah bro.. satu percubaan yang baik tu.. 1 jam 9 minit pun dah ok tu.. dulu masa saya mula2 join 10k ni mau dekat 2 jam baru habis.. sebab asik jalan hehehe..
huh tal larat dah nak lari jauh2 macam nih he3..not bad gak la ariff,boleh lagi join tahun depan.
Sekarang boleh ajak boleh Bro AE masuk marathon tahun depan…
Tahniah berjaya habiskan larian + dapat medal
Tahniah Bro..pertama kali ikut dah ada rekod..
Kali terakhir saya masuk marahton ketika di tahun akhir dikolej. Ketika itu kalau berjaya menamatkan didalam masa yang ditetapkan akan diberi sijil. Ini diberi medal okay lah. :-)
aku berlari main2 sampai 10 minit pun dah semput giler dah.. ko lari sampai 1 jam lebih memang hebat ahh..
terbaik laaa bro!!! aku masuk TM Fan Run 3KM aje.. hehhee
satu hari nak join, tp kena buang lemak dulu, haih
Join yang 5km ni. Kalau tak join, sampai bila kita tak memaksa diri kita untuk berubah. Kalau join, sekurang-kurangnya ada alasan kuat untuk bersenam.
terbaik lah bro
Pergh kalau bagi aku boleh pergi 2 jam. hahaha
not bad for first timer!
yeah. I was surprised too!
kena banyak buat latihan kardio. latih jantung dan otot.
tahniah bro :) hebat tu 1jam9minit..
Thanks! Kena rajin training lagi lepas ni untuk perbaiki catatan masa