Ruang Kerja Seorang Blogger Tegar

Reading Time: 2 minutes

Cakap pasal kerja, layankan lagu daripada Meet Uncle Hussain – La La Kerjalah

[audio:http://www.fileden.com/files/2010/1/26/2738707/Meet%20Uncle%20Hussain%20-%20La%20La%20La%20Kerjalah.mp3]

Pertama sekali apa yang aku maksudkan dengan blogger tegar ini ialah blogger yang duduk depan komputer 24 jam. Blogger tegar ni tak semestinya dia buat duit ribu-riban setahun daripada hasil berblogging, yang buat duit banyak tu aku panggil blogger otai atau lebih ringkas lagi, otai. Aku ni tegang tegar je, belum otai lagi. Dah takde aktiviti lain cuti ni, duduk depan komputer je la. Dunia yang aku terokai adalah dunia internet ni. Nak keluar, malas! ..kecuali kalau pergi gym sebelah ni.

Disebabkan aku baru je kemas bilik hari ni, maka aku kongsilah sikit rupa ruang kerja aku. Seorang blogger tegar memerlukan ruang kerja yang luas, kemas, hensem dan selesa untuk membolehkan dia menulis perkara-perkara mengarut di dalam blognya. Yelah, kalau barang bersepah otak mesti serabut..

Pandangan atas

Semua standard je kot. Kertas putih tu jadual waktu solat. Waktu sembahyang kat sini berubah-ubah dan kalau berubah memang jauh beza. Bergantung pada musim. Kalau musim sejuk, subuh start pukul 7:50 pagi, zohor 12:30, asar 2:00 petang maghrib pukul 4:00 petang and isyak pukul 5:15 petang. Jadi kalau takde jadual memang leceh la.

Pisau lipat untuk mempertahankan diri dan kalau ada orang kacau aku berblogging boleh kasi zass sama dia. haha.. Inilah pisau yang aku cakap dalam pos sebelum ni, pasal cerita aku bertembung dengan mamat Russia muka ganas.

Kat bawah monitor ada duit Russian 10 rubles. Lebih kurang RM1.10 camtu la. Bodoh punya currency. Lepas tu ada earphone untuk iPhone aku. iPhone tengah charge. dah lama phone aku tak berbunyi.. Kunci 2 set tu dua-dua kunci bilik. Keychain London ngan Paris orang kasi. Aku belum sempat lagi nak jalan-jalan.. still waiting for the right companion.

Ni bahagian tepi belah kanan meja

Air mesti sentiasa ada. Aku baca kalau nak kuruskan badan ni elok minum air banyak-banyak sebab bila minum banyak perut penuh. Jadi nanti masa nak makan takdelah makan banyak-banyak. Lepas tu ada buku I Will Teach You To Be Rich oleh Ramit Sethi. Buku beli direct from US. Bagus gak buku ni. Macam-macam dia ajar pasal personal finance. Masih belum habis membaca buku itu. Bawah buku tu ada majalah Men’s Health. Haha.. Pinjam member punya je.

Yang balang besar tu aku dah tunjuk kat pos sebelum ni pasal nak jadi gagah tu.. title memang tak boleh blah. Benda tu adalah muscle gainer, aku amik gainer sebab aku nak besarkan sikit badan ni. Kadar metabolisma badan aku terlalu tinggi, jadi makan banyak pun susah nak naik. Kena amik supplement. Minum sebelum tidur dan time breakfast. Atas gainer tu pulak multivitamin untuk lelaki. Don’t play play eh.. haha. Yang peliknya, kat kotak tu tulis suruh makan 3 biji sehari. Mak aih.. banyak tu! Satu pil pun dah cukup besar dah. Jadi aku tak ikut cakap kat kotak tu, aku bantai makan sebiji sehari je. Saving sket :D

Jadi itulah yang ada atas meja aku. Itulah yang aku hadap sepanjang empat tahun ni dan akan aku hadapi lagi dua tahun. Cisdel betul..


Posted

in

by

Comments

53 responses to “Ruang Kerja Seorang Blogger Tegar”

  1. MIEYRA Avatar
    MIEYRA

    ko mnum btol plastik ek.xelokla…aku ade bce byk psal btol keburukan btol plastik ni.ko cbela google.aku tgk work on blog aku sal info2 cmtu.lau ko gne btol gak at least jgn lme sgt or jgn lgsung ltk air panas/suam dlm btol plastik.sgt xelok.k la.aku da bke ni.mkn nandos lg.adoi…nsb2

  2. hanis Avatar

    Heh.. metabolisme terlalu tinggi… makan banyak mana pun takkan naik. tunggu kawen baru naik.. Haha…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Kena tunggu ada bini kasi makan, kejap je badan naik

  3. IZA Avatar

    Adakah aku juga seorang blogger tegar?
    mmmm…..kemas ya meja, ke nak ambil gbr baru nak kemas?
    ahak….

    1. ariff Avatar
      ariff

      Of course nak ambil gambar baru kemas :P
      Tapi.. lebih kurang camtu jer pun all the time. huhu~

  4. farra Avatar

    agak kemas la meja kamu..

  5. hafizmd Avatar

    Aku tak leh tahan punyer bile ade juge pisau lipat tuh atas meje…hikss..

    p/s – Tegar takpe, jangan tegang. Susah nak berblogging :D
    .-= Cerita terbaru hafizmd.. Chot vs Saod =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Uh.. betul2. Tegang karang.. haish. Susah cakap.

      Kalau nak menulis ni minda kena clear, tak boleh berkecamuk dengan perkara-perkara
      lain yang takde kaitan.

  6. qismina Avatar
    qismina

    lampu tue mcm lmpu aku yg beli kat ikea.. ngeh3..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yup. Ikea :)

      Barang-barang Ikea mana-mana pun sama, senang betul business model dia. Tak payah pening2 nak buat special item untuk negara-negara tertentu. Buat something yang satu dunia boleh terima pakai.

  7. sitikus Avatar

    Kemasnye meja tu..atau mase nk amik gmbar baru kemas..hahaha…blogger tegar takpe jgn penagih tegar dah le…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haha. of course dah kemas baru amik gambar. Malu muka nanti kalau tunjuk sepah-sepah kat orang

  8. Pekanbaru Riau Avatar

    onde..mande… is cool… :D
    .-= Cerita terbaru Pekanbaru Riau.. Mekong Fish =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Onde mande?

  9. paan Avatar

    kemas gak meja ko.hahaha.aku guna laptop, memang atas meja jer…xleh masuk kategori blogger tegar lagi la..juz leh masuk kategori pengguna laptop tegar…

  10. mancai Avatar

    salam singgah,
    peh kemas beb..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Hoho. Thank you =)

  11. Mr.Bintang Avatar

    hehe.. ruang keje aku berterabur.. haha..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tapi blog kau lawa giler ok! Haha..

  12. fiezaradzi Avatar

    kemas giler blogger tegar ni punyr tempat.. hehe.. abgus2.. biar kemas, supaya senang fikir utk menulis..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thank you :)

      Harap dapat kekal kemas camni la. hehe..

  13. mr.mind Avatar

    waaa kemas giler…tgk mr.mind blh pengsan…hahaha…jd ke weight gainer 2???mr.mind pb dlm proses besarkn bdn…hahahaa

    1. ariff Avatar
      ariff

      Hm. Baru 3-4 hari amik. Biasanya benda ni slow.

  14. ecardgraphics.net Avatar

    ni kali pertama aku mai blog ko…………… aku akan follow. boleh buat post awek rusia tak….aku nak tengok macamana rupa awek rusia…ni

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha. Tu memang dalam perancangan. Mencabar sikit nak tangkap gambar diorang ni. Aku ni bukannya smooth talker pun ngan pompuan.

      Takpe2. Aku akan still try.

      1. ecardgraphics.net Avatar

        Спасибо, сэр. я буду после этого блога
        .-= Cerita terbaru ecardgraphics.net.. Happy 21st Birthday =-.

  15. yuyu Avatar

    byk la ko pny tegar..weh..kn aku ckp..u wan 2 look buff..xde ny bonus2 bagai.. :p
    .-= Cerita terbaru yuyu.. toilet stinks! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yela2. Aku nak buff :P weh. tolong hapdate blog tu sket eh.

      1. yuyu Avatar

        dah..aku dh lose skill mnulis..aku perlu idea~!!!

  16. aboi Avatar

    part botol-botol tu tak tahannn…haha
    .-= Cerita terbaru aboi.. 290120101117.jpg =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tu kadang-kadang 3 botol boleh habis dalam sehari. Haha..

  17. joegrimjow Avatar

    bab kurus aku sensitif
    lose weight now
    ask me how
    hehehe
    .-= Cerita terbaru joegrimjow.. tunaikan benda WAJIB ok! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Okeh. Nanti kalau orang tanya aku, aku suruh diorang refer kat ko =)

  18. elyana yazmin Avatar

    ko mesti duk minom ape yang botol gedabak kt meja ko tu.. kawan aku suke minom mende tu n gi gym..gile r..mase first year jupe die ok lagi..now dah cam hulk je aku tgk..ko jgn lak ikot die,.ske ngusik nk bg penumbuk..besar gile..menggerunkan.ishk~
    actually tadi aku ingt ko nak cite sal workingspace ko wat blog. pkai WLW ke ape ke.hik3x. ape pon. tahniah berjaye kemas bilik.hahha boys payah doe kemas bilik =)
    .-= Cerita terbaru elyana yazmin.. bila xx + xy (V)… =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Hm. Aku tak nak la sampai jadi hulk macam tu sebab bila macam tu kalau tak pergi gym lagi senang gemuk.

  19. ieda Avatar

    berkemas sakan ko, ehehe!! sebelum nih sepah giler tak? ngee :) eh..kunci paris same ngan aku, org bagi….nak g paris tak mampu lagi, huhuhu!! :)
    .-= Cerita terbaru ieda.. KAMU LELAKI MISKIN?? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Agak bersepah la jugak. Aku pun naik rimas.

  20. Kujie Avatar

    mesti sebelum snap
    berpeluh di musim sejuk sebab mengemas kaw kaw punya…

    hehehehe
    .-= Cerita terbaru Kujie.. Mencuba Nasib =-.

    1. elyana yazmin Avatar

      terbaek! hahahha~
      .-= Cerita terbaru elyana yazmin.. bila xx + xy (V)… =-.

    2. ariff Avatar
      ariff

      Hehehehe.. orang bujang biasalah kak jie.

      Kalau time belajar start, memang susah nak kemas. Kalau kemas hari ni, esok dah bersepah balik.

  21. maisyara Avatar
    maisyara

    hehehe.. kemas yea.. drpd meja mai ney… tk de ciri2 seorang pmpuan.. ngee^^
    .-= Cerita terbaru maisyara.. Boys Over Flower VS Hana Yori Dango. mana lagi best? (^^,) =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haish. Mana boleh camtu. Cepat kemas :D

  22. Lord Zara Avatar

    pergh~
    aku sedang memikirkan nak beli meja since aku graduated, aku dah takde meja study~
    hahaha~
    oh, itu botol protein tu ke?
    ariff, dulu time aku ‘diet’ aku minum air sebab kadang2 perut kita salah tafsir antara lapar dan dahaga – lama2 aku berat air plak~ hahaaha~

    aigoo~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Bila Biologi Dan Fizik Tidak Menyebelahi Aku, Kimia Buat Diri Kental Berdiri Dan Sejarah Menghidupkan Naluri Hati : Jangan Benci Sejarah. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Berat air takpe, jangan berat lemak.

      Tak mahu berat lemak ni. Ish..

  23. DaHLia Avatar

    apa barang kemas dulu baru amek gmbr..hhee…len kali selerak baru nampa ketegaran
    .-= Cerita terbaru DaHLia.. Krisdayanti & Siti Nurhaliza – Amarah =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haha. Version tak kemas syiling bersepah, kertas sana sini (exam notes) ada habuk biskut la dan macam-macam lagi yang tak menyenangkan.

  24. luth Avatar

    blogger tegar dan tegang. hang pakai iphone. syokla..

    1. ariff Avatar
      ariff

      iPhone 3g lama je. Aku beli kat New Zealand. Masa tu ringgit mahal, dapat murah tak sampai rm2000

  25. Ruang Kerja Seorang Blogger Tegar | blog.ariff…

    Pertama sekali apa yang aku maksudkan dengan blogger tegar ini ialah blogger yang duduk depan komputer 24 jam. Blogger tegar ni tak semestinya dia buat duit ribu-riban setahun daripada hasil berblogging, yang buat duit banyak tu aku panggil blogger ota…

  26. topo Avatar

    hehehhe tak cukup tegar itu ruang..
    .-= Cerita terbaru topo.. 5 Kesilapan yang Perlu Dielakkan Semasa Menulis Komen =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      HOho. Kalau time betul2 tegar karang memang malu aku tunjuk. Wahaha~