Nak Jadi Gagah Punya Pasal

Reading Time: 2 minutes

Sebelum nih aku ada buat entri pasal gadis/wanita Melayu nih, tentang keperluan mereka untuk berfikir seolah-olah mereka ini supermodel Victoria’s Secret. Sekarang nak buat untuk jejaka-jejaka Melayu ni pulak. haha~

Aku hidup kat Russia ni, aku perasan satu je, orang Russia memang dari segi fizikal dia lebih kuat daripada orang Melayu. Yelah, dah badan besar macam tu kan, memang kuat lah tapi bukan sahaja kuat, stamina diorang pun tinggi. Kalau main basketball tu, aku  main dengan budak Russia yang tak reti main pun, memang budak-budak ni non-stop betullah.

Aku terfikir, tak penat ke budak-budak ni? Majoriti hisap rokok, sejam sekali nak hisap rokok. Mentang-mentangla rokok kat sini murah..

Budak Melayu pulak, aku nampak main futsal tu kejar bola pun tak nak. Nak tahu kenapa ramai orang minat main futsal daripada main bola sepak kat padang besar? Sebab semuanya malas nak lari kejar bola. Tak percaya tepuk dada, tanya diri sendiri.

Kat gym aku tengok budak-budak Russia ni lepak situ kemain lama. Dekat dua jam gak kadang-kadang. Memang diorang tala habis-habisan la. Lepas abih kat gym, mandi pakai smart-smart and pergi clubbing. Memang tak boleh blah. Haha~ Patutlah senang je diorang ni ber-one night stand. Ade je awek sangkut, yelah body mantap dengan bisep dan trisepnya yang berketul-ketul. Sekelip mata awek datang. Tapi aku takdelah nak pergi clubbing-clubbing ni. Buat apa aku bazir duit rakyat Malaysia hantar aku belajar kat sini untuk pergi disko dan strip club. Baik simpan duit tu banyak banyak. Nanti boleh beli BMW Z4.

Ben ni nanti anak lelaki dia mesti takut nak buat hal. Mau masuk hospital kena belasah nanti.
Kalau anak pompuan lak, boyfren anak pompuan dia confirm takut nak buat pasal. Takut woh~

Aku respek sama blogger Ben Ashaari. Dah kawin pun rajin lagi pergi gym. Biasanya orang dah kahwin ni dah malas sangat nak fikir pasal nak jaga badan, terutamanya lelaki lah. Kalau perempuan still kena jaga, wajib jaga actually sebab takut husband cari lain. Betul tak? Tapi tu dah macam diskriminasi pulak. Kesian kat isteri-isteri ni jaga badan, tapi tengok husband boroi. Especially yang muda-muda lagi. Memanglah orang cakap tak kisah sangat, asalkan bahagia tapi cuba tanya diri sendiri, kita ni mesti nakkan pasangan kita sentiasa cantik. Haish. Aku tak sanggup nak boroi boroi ni. Itu sebab aku start awal, sebelum terlambat.. Aku tau potensi perut aku untuk memboroi sangat besar, ngeri betul.

hambik ko. aku bantai pro punya..

Tapi sekarang ni target aku bukan nak kurus, target nak besar. Aku ni macam kurus sangat je, tapi kalau terlebih makan perut je yang jadi besar. Fedap betul. Itu sebab kena pergi gym, kasi otot badan bekerja sikit. Baru dia boleh membesar. Lepas tu beli supplemen protein lagi. Kopak la eden~ Tapi takpe, aku percaya usaha ni semua suatu hari nanti akan membuahkan hasil yang memuaskan. chewah~

Aku yakin kalau macam ni, memang sekelip mata awek datang. Tak tipu punya!
Lokasi penggambaran: Gym sebelah hostel ni

Ariff Shah: Siapa dalam gambar last sekali tu?


Posted

in

by

Comments

35 responses to “Nak Jadi Gagah Punya Pasal”

  1. beliamuda Avatar

    huhu. risiko perut memboroi semakin tinggi untuk lelaki yang semakin meningkat umurnya. gambar last tu macam ko je. betul ke? :D
    .-= Cerita terbaru beliamuda.. Google Doodle: Happy Chinese New Year, It’s Tiger Year =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Huhu.. tu kawan aku lah. Mamat tu lagi hardcore pergi gym.

  2. anakgajah13 Avatar
    anakgajah13

    tak suka lelaki berketak-ketak besar2.. geli.

    :P

    1. ct soleha Avatar

      sama2..xsuka gak tgok yg muscle berketul2 cam nak terkeluar 2..geli jugak..hehe..tp ade je pompuan minat..bersederhana sudah..asal jgn boroi.hehe

      1. ariff Avatar
        ariff

        Yang berketul-ketul nak terkeluar tu macam.. entah la.. alien. haha..

  3. zik Avatar
    zik

    perghh , bila nak jadi macam kat atas tuh…huhu

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau macam tu kena tiap-tiap hari pergo gym. Makan pun kena skema.

  4. mancai Avatar

    peh lawo badan bro, kalau debik aku ni lenyap terus aku ni
    .-= Cerita terbaru mancai.. mana lu punya janji? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha. Tu bukan aku la. Saje pinjam gambar member.

  5. diden Avatar

    wahaha….. semangat tu penting bro! ak nk wat gak ni
    .-= Cerita terbaru diden.. WMITXRF.EXE VIRUS DALAM YM!? =-.

  6. aleyana Avatar
    aleyana

    badan bsr + muscle bsr2 x cantik…yg penting tough n maintain macho…huhuhu ;)

  7. elyana yazmin Avatar

    x minat bdn gtu..geli..hahahahhhaha~

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ramai lagi minat :P

      1. elyana yazmin Avatar

        ape jelir2 ni..potong lidah nt baru tau..hahaahha..eleyh..yela2..ramai minat..tapi aku bukan..ngeh3x. aku suke bese2 je..hek3x.
        .-= Cerita terbaru elyana yazmin.. bila xx + xy (V)… =-.

  8. maisyara Avatar
    maisyara

    takot tgk bdan ben.. peehh! bketul2 otot yea.. hahaha…

  9. nursarah Avatar

    otot ketul2 tak penting, yang penting tak boroi, hahahah
    .-= Cerita terbaru nursarah.. kadang-kadang saya hangin juga. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Betul-betul. Bori adalah sesuatu yang menakutkan

  10. neon Avatar

    aku xmau husband badan ketul2 sgt ;( hihihi

  11. denaihati Avatar

    Aku ni baru berangan-angan nak kembali beraktiviti…kalau kita tak sayang badan kita siapa lagi nak sayang….tak gitu!!!
    .-= Cerita terbaru denaihati.. Hidup Berani Untuk Gagal apa entri pilihan ANDA =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Betul2. Time badan masih mampu ni la kena beraktiviti sikit. Esok-esok bila dah tua memang tak larat dah.

  12. FrogPrince Avatar

    Aku nak jadi badan besar juga. Entah gym yang mana baik untuk ku ni. :) Senam kat rumah cukuplah :p
    .-= Cerita terbaru FrogPrince.. Activity Date Ideas =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kat rumah pun boleh. Pergi youtube, search p90x. Ha.. tu bagus!

  13. BEN ASHAARI Avatar

    mcm aku kenal jeeee lelaki tu…..iskh iskh iskh…g gym best..selain bersenam , boleh bersantai dgn rakan rakan lain…berbilang bangsa..muhibah..bukan senang nak tengok cam ni..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Gym ko memang muhibah habis. Tapi macam kecik je..

  14. Nak Jadi Gagah Punya Pasal | blog.ariff…

    Budak Melayu pulak, aku nampak main futsal tu kejar bola pun tak nak. Nak tahu kenapa ramai orang minat main futsal daripada main bola sepak kat padang besar?…

  15. Amir Avatar
    Amir

    Gym sebelah hostel… Seronok ah. Kat sini 2 km dr tmpat aku tinggal.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Oo. Swimming pool? Kat sini pun ada pool dekat, tapi aku malas nak jenguk2. Gi gym sudah.

      1. Amir Avatar
        Amir

        Tu la. Swimming pool naik basikal stengah jam boleh smpai. Cuti ni ingat nk merajinkan diri prgi berenang…

  16. Lord Zara Avatar

    hahaha~
    aku aritu ben tu pun ngeri~
    ngeri kalau2 ben siku orang, mau masuk longakng terus tu..
    (ampun ben..hehehe)

    hehe~
    aku suka futsal~
    bukan sebab aku gemuk malas lari, tapi sebab kawasan tertutup~
    aku boleh main dengan senang hati~
    hehehe~

    =]

    ariff, tu kamu ke?
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Bila Biologi Dan Fizik Tidak Menyebelahi Aku, Kimia Buat Diri Kental Berdiri Dan Sejarah Menghidupkan Naluri Hati : Jangan Benci Sejarah. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau perempuan memang bagus sangat futsal. Lari-lari sikit dah peluh banyak.

      Itu siapa? hehe..
      Takdelah. Bukan aku tapi kalau aku cakap aku percaya ke?

        1. ariff Avatar
          ariff

          Haha. Tu gambar tahun lepas =)

          Apa yang confusenya?

  17. Mr.Bintang Avatar

    perghhh!! kaguum aku tngk ben… ekekeke. jeles.. aku skeping jerk.. hahaha..
    .-= Cerita terbaru Mr.Bintang.. Vodafon McLaren Mercedes Revealed Its Brand New MP4-25 =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Aku pun masih sekeping. huhu~

    2. beliamuda Avatar

      mmg kagum ah ngan ben. body dia mantap woo.
      .-= Cerita terbaru beliamuda.. Google Doodle: Happy Chinese New Year, It’s Tiger Year =-.